Soalan 457: Haramkah
Cinta Antara Lelaki Dan Perempuan
السلام عليكم
Saidi wa Maulai, Washiy dan utusan Imam al-Mahdi.
Maaf untuk soalan ini
kerana saya terlalu inginkan jawapannya, kerana dia dilahirkan dengan konflik
dalaman, adakah agama Islam telah mengharamkan cinta antara lelaki dan perempuan
jika ianya berniat berkahwin dan mengadakan ikatan rasmi, adakah ia dibenarkan
untuk wanita atau adakah ia haram? Saya memohon maaf kerana soalan ini dan saya
mengharapkan jawapan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan kepada soalan saya.
Dihantar oleh: Pelajar Unoversiti-
Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Allah SWT mensyari’atkan
peraturan hubungan untuk perasaan (emosi) dan hubungan seks antara teruna dan dara
dengan pertimbangan sebagai lelaki dan perempuan, dan ia adalah ikatan
perkahwinan di mana kedua-dua saksi diperlukan untuk akad atau isytihar
(umumkan) selepas akad itu jika tidak
ada dua orang saksi .. Ini adalah untuk memastikan hak-hak wanita dan hubungan
antara lelaki dan perempuan sebagai manusia...
Dan Allah mengetahui
saya menasihati anda dan bagi setiap gadis mukminah supaya anda meletakkan kaki
(pendirian) anda di jalan yang benar untuk memastikan kehidupan anda baik dan
mulia..
Apa yang anda panggil atas
nama cinta itu sebenarnya tidak lebih daripada suatu perkara rasa kagum dalam
bentuk atau rupa atau sebahagian daripada tindakan dan kata-kata yang
kebanyakannya adalah tidak benar dan tidak formal dan jauh dari realiti peribadi
sebenar lelaki atau wanita, untuk mengetahui bahawa ia hanya mengkagumkan pada
zahir sebahagiannya tidak pada hakikatnya, melihat kepada realiti luaran, saya
tidak mahu mengatakan lebih daripada mengatakan realiti luaran, dan apa yang
dikatakan pada penyelidikan dan kajian induktif realiti luaran,
Yang menunjukkan melalui penelitian
realiti luaran yang yang
dipanggil cinta atau hubungan cinta antara lelaki dan wanita berakhir selepas
tempoh perkahwinan tidak berpanjangan atau selepas perkahwinan bersekedudukan
seperti yang berlaku di Barat hari ini,
Dan mungkin pada tahap
kedudukan terbaik tidak sempat beberapa tahun, manakala cinta hakiki tidak boleh
berakhir walaupun selepas beberapa tahun kemudian, dan walaupun selepas mati
dan berpisah dengan dunia ini, cinta yang hakiki akan terus semarak (hidup) dan
yang kekal adalah cinta kepada Allah SWT, kerana ia terikat terus semarak (hidup)
dan kekal dengan Dia SWT, dan oleh itu mana-mana cinta yang dikaitkan dengan
cinta seperti ini akan hidup dengan kehidupan cinta yang hakiki ini, Maka cinta
seorang perempuan pada suaminya, atau cinta suami isteri adalah kerana Allah
dan taat kepada Allah, dan supaya pasangannya itu dekat dengan Allah dan taat
kepada Allah akan menjadi kehidupan cinta yang hakiki; kerana, pada hakikatnya,
berpunca daripada cinta kepada Allah ... dan siapakah yang menimpakan hati dan membolak-balikkannya
sebagaimana yang dikehendaki-Nya selain Allah SWT? Hanya Dialah yang dapat
mengekalkan kasih sayang antara pasangan itu yang dibina di atas cinta kepadaNya
SWT.
Itulah sebabnya Al-Rasul
orang yang beriman meminta menyelidiki agamanya (pihak perempuan) dan yang berkaitan
dengannya, dan juga wanita digesa menyelidiki agamanya (pihak lelaki) dan yang
berkaitan dengannya, dan semoga Allah anugerahkan kepad kamu maruah yang mulia
lagi taat kerana Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia yang tidak menyia-yiakan
auliakNya dan merahmati mereka di dunia dan akhirat, Dia berkuasa menjadikan orang-orang
mukmin yang menjurus kepada kehendakNya SWT diiringi oleh lelaki yang beriman dengan
agamanya.
Hubungan yang dipanggil
cinta sebelum ikatan perkahwinan dan penyatuan itu sebenarnya sering menjadi
penyebab wanita kehilangan maruah, kemuliaan dan kesuciannya, maka sepatutnya mukminah
yang mulia dan mempunyai harga diri mengelakkan perkara ini dan manjadikan
minat dan cintanya ditujukan kepada mukmin yang soleh yang diiringi dengan
ikatan yang sah (syar’ei).
Dan ia sepatutnya menjadikan
orang yang beriman dan keyakinannya kepada Allah, bertawakkal dan memohon kepada-Nya
SWT untuk menjadikan dia seorang manusia yang diredhaiNya pada hakikatnya, dan
dengan itu hidup bersama (pasangannya) pada hari-hari yang ditakdirkan Allah untuknya
di dalam kehidupan dunia ini secara mulia dihormati diiringi dengan cinta dan
kasih sayang.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Ini adalah sebahagian
teks yang merumuskan penemuan beberapa ahli sosiologi melalui kajian-kajian
empirik:
Seorang Ahli Sosiology Amerika
William Robinson telah berkata berdasarkan ekstrapolasi cerita-cerita cinta masyarakat:
(Jangka hayat cinta adalah tiga tahun tidak lebih selepas perkahwinan), dan
juga mengatakan: (Apabila cinta sampai ke penghujung hayat kegunaan cahayanya menjadi
malap, dan mungkin memerlukan hampir setahun untuk merealisasikan hubungan cinta
sebenarnya yang melindungi perkongsian hidup).
Beliau juga berkata:
(kimia otak yang mengawal proses cinta kekal menjana penghantaran dan
penghantaran cinta dan tenaga emosi selama tiga tahun dan kemudian menghentikan
penghantaran tersebut seperti bateri kosong (tiada bekalan elektrik), dan tidak
boleh sama sekali mengulang penghantarannya, kemudian menghidupkan hubungan cinta
yang perlu dilakukan dengan kemesraan dan keikhlasan).
Profesor Cindy Hazan
Universiti Cornell di New York menjalankan kajian empirikal ke atas sampel lima
ribu orang lelaki dan wanita yang memiliki 37 budaya yang berbeza pada tahap
negara maju dan negara membangun, dan kajian ini adalah satu set ujian
psikologi dan biologi untuk mengukur tahap kasih sayang antara dua kekasih, dan
hasilnya adalah: (tidak wujud cinta yang boleh terus hidup, di mana kajian ini
mengesahkan bahawa cinta tidak hanya kehidupan dengan hubungan intim dan hanya berlanjutan
sehingga empat tahun, kemudian ia mati).
Ahmad Al-Hassan
Akhir Shafar / 1431
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan