Rabu, 19 Ogos 2015

Soalan 274: Mahdi Pertama keluar sebelum Imam Mahdi (as)


Soalan 274: Mahdi Pertama keluar sebelum Imam Mahdi (as)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,... Pertimbangkan ... Pertimbangkan ... Pertimbangkan

Jika riwayat mengatakan (selepas Al-Qaim) apa bagi (pendapat) anda bagaimana anda menilainya.

Amaran kepada anda dan diri saya (neraka ... neraka ... neraka) dan Segala puji bagi Allah.

Dihantar oleh: Ahmed Aliraqi313

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
                      
       
Selain daripada itu...
Jika anda merujuk kepada riwayat atau riwayat-riwayat, yang mengatakan: bahawa dari kami selepas Al-Qaim dua belas Mahdi-mahdi, Ia tidak berlawanan dengan seruan dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan; Kerana kami tidak mengatakan seperti yang anda katakan bahawa dari Al-Imam Al-Mahdi (as) kepada anaknya Mahdi Pertama dari keturunannya (as), tetapi kami katakan Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah Mahdi Pertama dan Washiy Al-Imam Al-Mahdi (as), dan wujud Washiy (pemegang wasiat) dalam kehidupan pewasiat dari sunnah Ilahiyah, maka tidak ada nabi atau imam melainkan Washiy itu wujud semasa hidupnya, tidak berpisah dari dunia sehingga dia mengamanahkan Washiynya sebelum kematiannya.

Mengenai Washiy Al-Imam Al-Mahdi (as) dan yang namanya Ahmad adalah perlu hadir sebelum Al-Imam Al-Mahdi (as); kerana Al-Rasul Muhammad (S) menulis nash di dalam wasiatnya ketika kewafatan baginda bahawa Ahmad, adalah orang yang pertama beriman, dan tidak boleh disahkan sebagai orang yang pertama beriman melainkan ia datang (wujud) sebelum kebangkitan Al-Imam Al-Mahdi (as). Cuba anda lihat pada keadaan Amir Al-Mukminin (as) sebagai orang yang pertama beriman iaitu: yang pertama beriman dengan terutusnya (risalah) Al-Rasul Muhammad (S) jika dia tidak dilahirkan sebelum diutus Al-Rasul Muhammad (S) apa yang mengesahkan dia yang pertama beriman, maka apa yang telah berlaku pada masa itu berlaku pada masa ini.

Di sana ada riwayat lain yang menunjukkan wujud Washiy Al-Imam Al-Mahdi (as) sebelum kebangkitannya sucinya yang tak ada ruang untuk disenaraikan di sini [149], dan saya pasti jika anda merujuk kitab-kitab ansar Al-Imam Al-Mahdi (as), dengan mempertimbangkan tentang apa yang memaksa timbulnya masalah tersebut, dan saya menasihati anda akses kepada semua buku-buku berikut: Al-Washiah wal-Washiy (Wasiat dan Washiy) dan Al-Yamani Hujah Allah dan Ringkasan Dakwah, Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kitab-kitab lain, di mana jawapan terperinci kepada masalah dan puluhan masalah-masalah lain.

Berikut Saya bawakan sebahagian wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada malam kematiannya, dan saya harap dipertimbangkan kedudukan secara adil dan saksama:

Daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin (as) telah berkata:

Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as) pada malam sebelum kewafatan baginda: Wahai Aba Al-Hassan (Ali (as)) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:

Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). [150].

Akhir sekali, saya bermohon kepada Allah agar anda mendapat hidayah dan bimbingan, dan saya berlindung kepada Allah dari api neraka dan murka-Nya, dan bermohon kepada-Nya untuk meneguhkan Wilayah Muhammad dan Aali Muhammad (as) bahawa Dia mendengar lagi mengkabulkan.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi. dan laknat Allah atas musuh-musuh mereka hingga hari kiamat.


Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy



✡✡✡✡✡
                                     
______________________________
[149] – Daripada Mufadhal bin Umar, Aku mendengar Aba Abdillah (as): Bagi Shohib Al-Amr akan mempunyai dua keghaiban, salah satunya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, sebahagian pula akan berkata dia telah dibunuh, dan sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal daripada sahabat-sahabatnya melainkan beberapa orang. Dan tiada seorang pun yg mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain, melainkan maula yang akan menggantikannya. [Al-Ghaybah oleh Al-Syeikh Al-Thusi, halaman 161-162]

[150] - Al-Ghaybah oleh Al-Thusi, halaman 150.

Tiada ulasan: