Sabtu, 15 Ogos 2015

Wawancara khas pengarah Saluran Tv Savior of Mankind (Iraq) dan Imam Ahmad Al Hassan (as) Al Yamani yang dijanjikan. Bahagian Akir


Wawancara khas pengarah Saluran Tv Savior of Mankind (Iraq) dan Imam Ahmad Al Hassan (as) Al Yamani yang dijanjikan.
Bahagian Akhir

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan

Soalan terakhir

Maafkan kami kerana menyusahkan tuan.

Apakah kata-kata akhir tuan kepada para pendengar, terutama yang berada di Iraq, pada masa yang bersejarah ini? Jika ada peringatan ilahiyah yang manusia telah gagal untuk fahami, tuan boleh jelaskan kepada orang ramai kerana tuan adalah washiy dan utusan Imam Al-Mahdi (as), pembentuk Negara Keadilan Ilahi

mikrofon untuk tuan

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan

Imam Ahmad Al-Hassan (as):

Semoga Allah mengalu-alukan saudara semua!

Saya telah menasihatkan dan akan terus menasihatkan, seperti Imam Ali (as) menasihatkan mereka yang lain mengenai masalah ekonomi dan krisis perkhidmatan di iraq. Ia adalah kesan sampingan, hanya masalah yang disebabkan oleh mereka sendiri, tetapi masalah yang paling penting dari masalah-masalah ini adalah masalah akhlaq, yang menjadi lebih teruk selepas penganut (ulamak) Islam mengambil alih pemerintahan di Iraq.

Siapa pun penzalim thaghut Iraq adalah model contoh yang baik dan ternyata akan mencari kemewahan dalam perbelanjaan mereka. Mereka kini terus-menerus mencuri tanpa mempunyai sebarang akhlaq yang dapat menghalang mereka atau mengekang mereka.

Ulama dan menteri kedua-duanya adalah pencuri yang tidak akan berhenti. Ia berlanjutan, dan yang mencuri itu bukan oleh semua orang di sekeliling mereka.

Masalah kedua adalah kehilangan iman. Penduduk Iraq telah kehilangan iman sekarang, kerana orang-orang Islam yang membawa negara kepada keadaan yang menyedihkan ini. Untuk menyelesaikan masalah di Iraq, dua masalah ini perlu diselesaikan (dahulu).

Dimana tidaklah mudah untuk mengislah penduduk dan membawa keimanan mereka teratur semula, ia perlukan seseorang yang dapat melepaskan keinginan duniawi. Ini boleh dicapai dengan mengambil langkah-langkah pemulihan yang bermula dengan diri anda sendiri.

Pertama sekali tinggal di sebuah rumah yang sederhana bersama keluarga anda. Jika anda kata anda perlu ada di salah sebuah rumah-rumah besar, bina rumah yang sederhana di taman rumah besar ini. dan anda boleh menerima pelawat di rumah besar. Ambil gambar-gambar rumah sederhana anda dan tunjukkan pada orang yang anda menjalani kehidupan yang sederhana.

Hantar beberapa orang anak-anak anda sendiri ke barisan hadapan menentang ISIS. Sekurang-kurangnya menggalakkan ahli-ahli politik, pemimpin polis, ahli-ahli majlis, ulama dan tokoh-tokoh agama untuk berbuat demikian. Antara anda dan anak-anak anda adalah lebih patut menghantar anak-anak anda. Tidak ada yang betul untuk anda melindungi anak-anak anda sendiri manakala orang miskin menghantar anak-anak mereka. Andalah orang-orang yang menyebabkan kerosakan (korup) ini. Oleh itu lebih utama menghantar anak-anak anda dahulu.

Perkara ketiga adalah memantau (monitor) menteri-menteri.

Islah (betulkan) kesilapan yang dibuat oleh orang-orang yang korup (salah laku) di tempat ini.

Keempat: Sistem Bidang Kuasa Di Iraq

Sistem perbicaraan harus diperbaharui. Bagaimana keputusan dibuat dan berapa ramai hakim-hakim yang membuat keputusan. Ini akan mengurangkan jumlah ketidakadilan berlaku. Bidang kuasa tidak diamalkan kecuali oleh seorang nabi, washiy atau, seseorang yang tidak merengek tentang nasib buruknya.

Kelima: Mengiktiraf pengampunan umum.

Pergi ke penjara dan lihat bagaimana rakyat ditindas menderita. Jika anda fikir semua orang di penjara adalah pengganas, pergilah lihat penjara Syiah. Lihatlah bagaimana mereka diseksa.
Takutilah akan doa orang-orang yang tertindas yang tidak mempunyai penolong melainkan Allah.

Saya mengakhirnya di sini, dan saya tidak punya apa-apa lagi untuk dikatakan kepada mereka. Tetapi saya ingin katakan sesuatu kepada anda Ahmad Al-Hattab, dan kepada kru Saluran TV Savior of Mankind.

Saluran anda adalah saluran agama, tetapi dana tidak mencukupi sekarang untuk membuka saluran politik, jadi saya minta anda memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam untuk menunjukkan kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Iraq. Tunjukkan penindasan yang dilalui oleh orang-orang di penjara, bukan sahaja dari kalangan kita, tetapi semua orang yang ditindas oleh kerajaan. Saya harap anda boleh bersaing dengan media sosial, kerana ada banyak video yang disiarkan oleh laman-laman menunjukkan penderitaan rakyat. Oleh itu bekerjalah dengan mereka mengenai isu ini, dan tunjukkan video-video ini dalam saluran tersebut.

Inilah saja dari saya, para pendengar yang dikasihi sekalian. Tiada apa-apa lagi yang ingin saya katakan di sini.

Dan saya akan tinggal di sini dan mendengar dari anda sebentar lagi, dan kemudian pergi dalam beberapa minit lagi

mikrofon untuk saudara

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):

Matlamat kita adalah untuk menyampaikan mesej rakyat tertindas dan negara .. Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan, ya maulai!


Insya Allah, jika diizinkan Allah kami akan menjemput tuan sekali lagi di sini.

Terima kasih kerana datang dan terima kasih kepada admin di ruang paltalk yang memberi kita peluang ini.

Terima kasih para pengunjung dan ansar yang dihormati untuk datang ke sini malam ini

mikrofon untuk saudara

kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Imam kita untuk wawancara yang indah ini dan nasihat dan jawapan ikhlas dan bagaimana beliau menghuraikan kemanusiaan .. wawancara ini mengenai orang tertindas di Iraq dan bantahan (protes) yang berlaku di sini hari ini



Imam Ahmad Al-Hassan (as):

استودعكم الله
Semoga Allah mengalu-alukan saudara semua
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته مولاي
Dan salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya, maulai.




Tiada ulasan: