Khamis, 13 Ogos 2015

Soalan 259 260

Soalan 259 260

Soalan 259: Hukum Pergi Haji Sebelum Munculnya Dakwah
Soalan 260: Bantu Penzalim - IUD - Khums
                            
Soalan 259: Apakah hukum pergi haji sebelum munculnya dakwah (ini), orang yang beriman, dengan dakwah, adakah Hajinya sah? Saya inginkan jawapan dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) secara peribadi.

Dihantar oleh: Umm Banin – Australia

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
               
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
                    
Hajinya sah insya Allah SWT.


Ahmad Al-Hassan


✡✡✡✡✡



Soalan 260: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih

Soalan 1: Saya seorang yang beriman dengan dakwah kebenaran tuan, dan saya bekerja di sebuah pusat Pemeriksaan Peralatan Keselamatan, Dalam beberapa kes, pesalah yang bertanggungjawab akan dibawa untuk dihukum kerana mengambil wang orang lain, mengambil rasuah atau salah guna kuasa. Adakah dibenarkan mereka itu dibawa kerana diketahui mereka melakukan kerusakan dari segi syari’ah, dan mengambil dari gaji bulanan syarikat atau mengambil jumlah wang syarikat sebagai pertukaran untuk memberi kepada mereka kerana meninggalkan kerja atau menolong melepaskan keperluan orang tertentu berbanding mengambil sebahagian daripada gaji mereka?

Soalan 2: jika menghadkan dengan pencegahan hamil, yang dipanggil (IUD) yang diletakkan oleh doktor, adakah boleh bagi seorang wanita untuk berbuat demikian; adalah diketahui proses ini melibatkan kajian semula oleh doctor yang bertanggungjawab yang berkaitan dengan proses itu?

Soalan 3: Apakah hukum dalam dakwah Al-Haq ini dimana sebelum ini Khums dibayar kepada ulamak sesat lagi khianat, adakah seseorang itu diwajibkan membuat bayaran Khums yang baru?. Apa yang perlu dibuat oleh seseorang selepas keinsafannya kepada kebenaran yang tuan bawa, diketahui bahawa dia memiliki rumah, tanah atau harta lain?

Khadam yang berdosa: Abu Mohammad Ali Al Ansari

6 Shafar Al-Haram 1430

Jawapan:
       
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
               
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
          
J 1: Tidak boleh menbantu pada penzalim dalam apa jua cara (bentuk), dan wajib dijatunkan Kerajaan Thaghut dengan segala usaha mungkin yang boleh melemahkan sebahagian daripada kerajaan syaitan, dan tidak boleh merayu kepada hakim-hakim yang menghukum selain daripada apa yang telah diturunkan Allah dan tidak memberi hak hujjah Allah kepada mereka untuk menghukum di antara manusia,

Jika anda bekerja dengan kemungkinan untuk membenteras kezaliman sebahagian manusia kepada sebahagian yang lain, anda juga perlu mengambil kira perkara di atas, dan tidak menjadi penyokong kepada thaghut penzalim dan kejam untuk menguatkan kerajaan dan pemerintahannya dan berkerja sambil membantu orang yang teraniaya dan membantu orang mukmin.

Saya bermohon kepada Allah atas segala yang baik, keredhaanNya dan syurga untuk anda, dan menjauhkan anda dari segala kejahatan yang menjadi murkaNya dan dari api neraka dan, insyaAllah, agar anda dihisab dengan hisab yang mudah, dengan kelebihan iman anda dan penglibatan anda dengan Rab Rahim dengan rahmatNya dan Dia Maha Penyayang dari segala yang menyayang.

J 2: Ia adalah dibenarkan.

J 3: Khums dikenakan pada lebihan dan tidak dan tidak pada untuk memenuhi keperluan, jika anda memiliki sebuah rumah sahaja maka ia tidak dikenakan Khums, atau tidak pada peralatan perabot, tidak dikenakan pada kereta sendiri dan tidak dikenakan pada mata pencarian yang mengisi keperluan anda sahaja, tiada sumber pendapatan lebihan, tetapi jika anda memiliki sebuah rumah, tanah atau kereta yang lain, ia dikenakan Khums, Bagi sumber pendapatan (kedai perdagangan, kilang atau ladang) Jika pengeluarannya (hasil) melebihi keperluan ia dikenakan Khums daripada jumlah tambahan wang bagi keperluan yang sama, manakala pengeluaran atau wang dikenakan Khums atas yang melebihi dari keperluan anda padanya pada akhir tahun.


Ahmad Al-Hassan
                    

✡✡✡✡✡





Tiada ulasan: