Soalan 268: Contoh Faraidh (pembahagian harta pusaka)
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
dan doa dan salam kepada
Rasul-rasul Muhammad dan ilahi.
Untuk Sayyed Ahmed Hassan
semoga Allah melindunginya, kewujudan ketenangan Maulana Imam (aj) pro-Allah.
Soalan no 1: Seorang wanita
meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian
peninggalan ini, diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-kananya
(tiga lelaki dan dua perempuan)?
Soalan no 2: Bolehkah dimakan
daging ikan Tuna – (Al-Tun – Thon)
- dan udang - halal atau haram?
Soalan no 3: Daging tanpa
lemak jenis merah dan putih yang dijual negara-negara Arab dan pasaran Islam
tradisional dan moden - PASARAYA - Bolehkah membeli dan menggunakannya?
Semoga Allah memberi
ganjaran kebaikan kepada tuan dan Semoga Allah memberi ganjaran yang besar mengingati
kematian ninda tuan Saiyidah Nisaa’ Al-‘Alaminm Fatimah Zahra’ ke atasnya dan
keluarganya selawat dan salam dan cucunya Ruh Allah Al-Musawi Al-Khumeini
rahsia sucinya.
وإنا لله وإنا إليه راجعون
Kita adalah kepunyaan
Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.
والسلام عليكم ورحمة الله تعالى و بركاته
Salam
atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.
Al-Dar Al-Baidhaa’ – Maghribi
Jawapan:
بسم الله الرحمن لرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Segala
puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
Soalan no 1: Seorang wanita
meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian
peninggalan ini, diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-anaknya
(tiga lelaki dan dua perempuan)?
Jawapan: suku (satu
perempat) untuk suami, dan satu perenam untuk ibu, dan setiap anak lelaki dapat
dua bahagian daripada dua orang anak perempuan itu.
Bahagikan harta pusaka ini
kepada 96 bahagian, suaminya mendapat 24 bahagian dan untuk ibunya 16 bahagian dan
setiap seorang daripada tiga anak lelakinya mendapat 14 bahagian (14 + 14 + 14)
dan bagi setiap anak perempuannya mendapat 7 bahagian (7 + 7).
Soalan no 2: Bolehkah dimakan
daging ikan Tuna – (Al-Tun – Thon)
- dan udang - halal atau haram?
Jawapan: Ikan Tuna dan
udang halal.
Soalan no 3: Daging tanpa
lemak jenis merah dan putih yang dijual negara-negara Arab dan pasaran Islam
tradisional dan moden - PASARAYA - Bolehkah dibeli dan menggunakannya?
Jawapan: Untuk ayam perlu diselidik
pada sumbernya (sah sembelih); Kerana ianya disembelih dalam skala besar menggunakan
pisau automatik dalam penyembelihan dan supaya dipertimbangkan penyembelihannya
sah menurut syara’, dan penyembelihannya bagaimanapun mesti dengan tangan orang-orang
Islam bukan dengan mesin, tidak boleh bergantung atas kewujudannya di pasaran
Islam pada tarikan luaran daging ayam dan burung sahaja dengan tidak diperiksa dan
diselidik ia benar-benar sah penyembelihannya dengan tangan dan bukan dengan mesin.
Bagi lembu dan kambing; boleh
dipegang dengan perkataan jika penjual adalah seorang Islam dan mendapat
jaminan penyembelihan yang sah dengan perkataannya. Untuk daging merah atau
daging lembu dan kambing boleh bergantung kepada kewujudannya di pasaran orang-orang
Islam pada sifat luarannya.
Semoga Allah memberi
ganjaran kebaikan kepada tuan dan Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada
anda dan menjayakan anda untuk kebaikan dunia dan akhirat dan menjauhkan
kejahatannya.
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan