Soalan 464: Hukum dan Masalah
Perkahwinan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Salam atas mu Saidi Wa Maulai. Yamani Aali Muhammad (as) dan pada setiap Ansar. Semoga Allah menjadikan
kita teguh atas Al-Wilayah Insya Allah.
Tuan, Saya ada soalan,
saya berharap dapat dijawab jika saya berhak mendapatkan jawapannya.
Soalan saya ialah:
Manakah yang lebih baik untuk seseorang gadis berkahwin atau belajar?
Apabila seorang ansar melamarnya
dia berhenti dari belajar dan berkahwin lebih baik atau menghabiskan pelajarannya?
Apabila menolak untuk berkahwin adakah ia satu dosa kerana keengganannya pada
auliak Allah dan dia menolak, kerana mereka tidak menerima wanita yang
menghabiskan pelajarannya, Bolehkah dia berkahwin dengan bukan seorang ansar?
Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan seorang winita bukan ansar? Inilah soalan-soalan
saya dan saya berharap tuan menjawabnya dan mendoakan saya apa yang tuan lihat sesuatu
yang mengislah saya.
Dihantar oleh: Narjis –
Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Jika terdapat
percanggahan antara perkahwinan dan meneruskan pelajaran, maka perkahwinan
adalah lebih baik bagi wanita, tetapi ia boleh meninggalkan perkahwinan itu dan
menamatkan pelajarannya jika dia lebih suka belajar, atau berkahwin dan
menamatkan pelajarannya jika tidak ada pertentangan antara keduanya.
Dan wanita mukminah kepada
kebenaran boleh berkahwin dengan seorang yang beriman dengan Imam-imam dan
Mahdi-mahdi dari ahli (pengikut) kebenaran, atau berkahwin dengan seorang Islam
yang berbeza (bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi. Dan berkahwin dengan
bukan mukmin adalah makruh bagi seorang mukminah, adalah lebih baik bagi mereka
mengelakkan berpasangan dengan yang bukan mukmin.
Bagi lelaki beriman, dia
boleh berkahwin dengan mukminah (ansariah) atau muslimah yang berbeza (bukan
ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi, dan juga dibenarkan untuk beliau berkahwin
dengan orang Kristian atau Yahudi Ahli Kitab.
Dan saya bermohon kepada
Allah untuk kamu kebaikan di dunia dan akhirat, dan menjadikan kamu teguh atas
kebenaran dan mendokong kebenaran, dan memudahkan urusan kamu yang disukai dan diredhai
Allah Yang Maha Suci.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan