Isnin, 17 Ogos 2015

Soalan 271: Antara yang menyangkal dakwah Al-Yamani


Soalan 271: Antara yang menyangkal dakwah Al-Yamani

Dengan namaNya Yang Maha Tinggi dan dengan memujiNya, Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dalam riwayat Ahl Bait Al-Makshumin (as) menyebut Saidina Al-Yamani Aali Muhammad tidak menyeru (mengajak) kepada dirinya dan tidak menyebut bahawa dia Al-Yamani, tetapi orang-orang akan mengetahui kebenaran dan mengatakan bahawa dia Al-Yamani Aali Muhammad, dan sama seperti yang anda kenai bahawa Al-Syed Ahmad Bin Al-Hassan adalah Al-Yamani, bagaimana terjadi demikian sedangkan Ahli Bait (as) mengatakan bahawa Al-Yamani tidak menyeru kepada dirinya, tetapi menyeru kepada Imam Al-Mahdi (as)

(لا توجد راية أهدى من راية اليماني؛ لأنها تدعو إلى صاحبكم وإلى طرق مستقيم .(
(tidak ada panji diberikan dari panji Al-Yamani; kerana ia menyeru kepada pemilik kamu dan kepada jalan yang lurus.)

Saya akhiri dengan memuji Allah Tuhan sekelian alam Tuhanku selawat dan salam atas Muhammad dan keluarga Muhammad.

Dihantar oleh: Abu Mohammed – Iraq

Jawapan:
       
Di manakah riwayat-riwayat ini, riwayat yang menyebut bahawa Al-Yamani tidak menyeru kepada dirinya dan tidak menyebut bahawa dia Al-Yamani, tetapi orang-orang akan mengetahui kebenaran dan mengatakan bahawa dia Al-Yamani?


Kemudian bagaimana dengan yang berpaling darinya dimasukkan ke neraka dan dia tidak mengatakan bahawa dia Al-Yamani, bukankah tugasan ini sesuatu yang tidak boleh diterima, pernahkah didengar suatu hari hujah dari para hujaj Allah (khalifah dari khalifah-khalifah Allah) tidak mengenalkan dirinya kepada manusia? Maka dengan cara apa dia menyeru (mengajak) manusia untuk bersatu di sekelilingnya untuk persediaan kepada Imam Mahdi kerana dia adalah pemilik panji dan pemilik panji mestilah ada tentera di bawah perintahnya, bagaimana mengumpul tentera ini tanpa seruan dakwah akidah yang diimani oleh tentera ini dan berjuang untuknya?

Bagi perkataan menyeru kepada Imam Al-Mahdi (as) ia tidak bertentangan dengan Al-Yamani mengenalkan dirinya kepada manusia jika tidak bagaimana beliau menyeru sementara manusia tidak kenal siapa dia dan apa yang ditugaskan kepadanya, inilah riwayat Al-Yamani untuk diperiksa dengan baik dan anda jangan menyembunyilan sesuatu darinya:

Bagi menghadkan peribadi Yamani diriwayatkan dalam riwayat Imam Baqir (as):
Berkata:

(وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى؛ لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار؛ لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم)(

“Tiada panji-panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al-Yamani, panjinya adalah panji petunjuk (hidayah), kerana dia mengajak kepada pemilik kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[134]

Dan padanya:

Pertama: Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka...” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan Ilahi. Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNya dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari para nabi, dan Rasul-rasul serta para Imam dan Mahdi-mahdi (as).

Kedua: “Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus atau laluan yang lurus bermakna peribadi ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah maksum bersandarkan nas lantikan Ilahi. Pembatasan sifat-sifat berdasarkan syarat ini adalah amat penting dalam menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (as) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas atau had ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga dijauhkan Allah para Imam (as) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.

Dapat disimpulkan dari kedua-dua perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al Yamani sebagai salah seorang hujah dari para hujaj Allah (khalifah dari khalifah-khalifah Allah) di bumiNya dan dia adalah maksum bersandarkan nas lantikan Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang sahih (qat’’i) bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (S) adalah duabelas Imam (as) dan duabelas Mahdi-mahdi (as) selepas mereka (as). Tiada hujjah (khalifah) selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama (Deen) dan penutup risalah langit.

Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam (as) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (as) dan duabelas Mahdi-mahdi (as). Al Yamani mengajak kepada Imam Al-Mahdi (as). Oleh itu, Al-Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi-mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT:

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

“[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[135]

Mereka (sebelas Mahdi-mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (as), malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (as) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam Al Mahdi (as) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (as) di awal kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (as) sepertimana yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (S)[136]. Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada duabelas Mahdi-mahdi (as).

Ia juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh ahlulbayt (as) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah), Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari sepertimana sabda Rasulullah (S):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah, namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”[137]

Mahdi Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (as), dan dia berasal dari Basrah, [138] terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di kepalanya. Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (as), [139]  di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya wasiat Rasulullah (S). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga Taurat selepas daripada para Imam (as), dan dia akan tampil sebagai seorang pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (S) bersabda: “...kemudian baginda menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah Al-Mahdi.”[140] 

Daripada Abi Abdillah (as), daripada bapa-bapanya, daripada Amirul Mukminin (as), telah berkata: “Rasulullah (SAWA) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali (as)) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.”[141]


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)




✡✡✡✡✡


-----------------------------
[134] - Ghaybah Al-Nu’mani, halaman 264, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 232...
[135] – Aali Imran 3:34.
[136] - lihat Ghaybah Al-Syeikh Al-Thusi: halaman 151, dan lihat kitab Washiy Wa Al-Washiah dan lain-lain terbitan ansar Imam Mahdi (as)..
[137] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1: halaman 44, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 397..
[138] – katanya Amir Al-Mukminin berkata: (Aku mendengar Rasulullah (S), bersabda: yang pertama daripada mereka dari Basrah, dan yang terakhir daripada mereka dari Al-Yamamah) Al-Malahim wa Al-Fitan oleh Al-Syed Ibn Al-Thusi: halaman 289..
[139] - disenaraikan sifat\sifat yang disebutkan di atas dan lain-lainnya di dalam riwayat yang diriwayatkan oleh Al-Syeikh Al-Nu’mani dalam Al-Ghaybah, katanya, diberitahu kepada kami: Abu Sulaiman Ahmad bin Huzah, katanya, diberitahu kepada kami: Ibrahim bin Ishaq Al-Nahawindiy, katanya, diberitahu kepada kami Abdullah bin Hamad Al-Ansari katanya, diberitahu kepada kami: Abdullah bin Bakir, dari Hamran Bin A3yin, dia katanya: Aku berkata kepada Abi Ja'far Al-Baqir (as):. (Semoga aku menjadi tebusan tuan, saya masuk ke dalam kota dan di pinggang unta besar saya ada seribu dinar, Allah telah memberikan janjiNya, saya menghabiskan dari pintu ke pintu Dinar demi Dinar, atau menjawab soalan saya semasa saya bertanya, dia pun berkata: Ya Hamran, Soalan akan dijawab dan tidak janganlah menghabiskan Dinar kamu. Saya berkata: "saya bertanya kerabat tuan dari Rasulullah (S), adakah tuan pemilik urusan ini dan Al-Qaimnya. Beliau berkata: Tiada. Aku berkata: Siapakah dia, demi bapa dan ibu tuan? Dan beliau berkata Itulah minuman merah, matanya cengkung, dua keningnya hampir bertemu, bahunya lebar dan luas, kelemumur di kepalanya, dan ada tanda di mukanya, Allah hubungkan dengan Musa) Ghaybah Al-Nu’mani:. halaman 223.
[140] - Injil Islam: halaman 30
[141] - jawapan ini dipetik daripada satu jawapan, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)


Tiada ulasan: