Khamis, 20 Ogos 2015

Pencerahan Dakwah Nuh (as)

بسم الله الرحمن الرحيم
                                                 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Semoga Allah menyanjung tinggi ke atas Muhammad dan keturunannya, Imam-Imam, dan
Mahdi-Mahdi dan limpahan salam pengiktirafan



Pencerahan Dakwah Nuh (as)


1. Nuh (as) adalah nabi pertama bergelar Uli Al-‘Adzim [Yang Memiliki Keteguhan Hati] yang diutus Allah, dan dakwah beliau kepada kaumnya mempunyai pendekatan belas kasihan dan pengajaran yang baik adalah jelas sekali, walaupun amaran seruan Nuh (as) sesuai dengan acuan ini,

﴿إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾

("Aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata") [Surah Ash-Shuara 26:115]

Oleh itu Nabi Nuh tidak berkeras dengan mereka walaupun dalam memberi amaran,
walaupun mereka berlaku zalim dan menindas, (Mereka berkata,

﴿قَالُوا لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ﴾

"Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, kamu pasti akan menjadi orang-orang yang direjam mati") [Surah Ash-Shuara 26:116]

Inilah yang Nuh (as) katakan dalam Surah Al-Araf,

﴿أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَلِتَتَّقُوا وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴾

"Adakah kamu merasa hairan dengan datangnya kepada kamu peringatan dari Tuhanmu kepada seorang lelaki dari kalangan kamu, supaya dia boleh memberi amaran kepada kamu dan supaya kamu takut akan Allah dan supaya kamu beroleh rahmat? ") [Surah Al-Araf 7:63]

Dan Nuh (as) juga berkata di dalam ayat,

﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحاً إِلَى قَوْمِهِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ * أَنْ لا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ﴾

(Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, [berkata], "Sesungguhnya aku bagi kamu (adalah) pemberi amaran yang jelas * bahawa kamu tidak menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku khawatir kamu akan diazab pada hari yang pedih.") [Surah Hud 11:25-26]

Dan Nuh (as) juga berkata, (Dia berkata,:

﴿قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ﴾

"Wahai kaumku! jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu, maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?) [Surah Hud 11:28]

Jadi amaran dikaitkan dengan rahmat pada satu masa dan pada masa yang sama dia khawatir mereka akan diazab. Dan kemurahan hati dari Nabi Nuh (as) ini adalah sama untuk tujuan taqiyyah [Menyembunyikan iman kerana takut penzalim -Penterjemah] dan mengelakkan pertembungan sengit dengan orang-orang kafir, dan bahaya yang akan menimpa kepada orang-orang yang beriman, atau ia adalah usaha melembutkan hati mereka, dan akhirnya mengharapkan agar mereka beriman.

Dari sudut pandangan kedua adalah lebih cenderung daripada taqiyyah dan ini adalah kerana apabila dia tahu dari Allah bahawa tiada dari kaumnya akan beriman selain daripada orang-orang yang sudah beriman, beliau bertegas dengan mereka, memperkecil-kecilkan mereka, mengancam mereka dengan tegas dan kasar. Allah Yang Maha Kuasa berfirman,

﴿وَأُوحِيَ إِلَى نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلَّا مَنْ قَدْ آمَنَ فَلا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ * وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ * وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ * فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ﴾

(36 dan setelah diwahyukan kepada Nuh bahawa ,"Sesungguhnya tiada siapa yang akan beriman dari kaummu kecuali mereka yang telah beriman, maka janganlah tertekan dengan apa yang mereka telah lakukan. 37 dan binalah bahtera dengan (pengawasan) Mata Kami dan Wahyu Kami dan janganlah Engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum Yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan. 38 Dan dia membina bahtera, dan dan tiap-tiap kali kaumnya yang terkenal melalui tempat itu, mereka mengejek-ejeknya, dia pun berkata , "Jika kamu mengejek-ejek kami, maka kami akan mengejek-ejek kamu sebagaimana kamu mengejek-ejek. 39 Dan kamu akan tahu siapa yang akan menerima azab yang akan memalukannya dan kepada siapa akan turun azab yang kekal.") [Surah Hud 11:36-39]

2. Kesabaran dan pengunduran:

﴿قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلاً وَنَهَاراً … ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَاراً * ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَاراً﴾

(5 Beliau berdoa, "Wahai Tuhan! Aku telah menyeru kaumku siang dan malam. 8 Kemudian aku telah menyeru mereka secara terbuka 9 disamping itu, saya telah bercakap dengan mereka di tempat awam dan merayu kepada mereka secara bersendirian." ) [Surah Nuh 71:5,8-9]

Kesabaran dan pengunduran yang diperlukan untuk sesiapa yang inginkan keimanan orang yang didakwahnya, kerana bagi kebanyakan orang, kamu akan menyeru mereka kepada kebenaran tetapi mereka tidak percaya pada mulanya, sebaliknya, mereka menghadapi kamu dengan tegas dan kasar. Walau bagaimanapun, apabila hari-hari berlalu, mereka ditolong [oleh Allah] untuk beriman pada kebenaran dan mungkin menjadi seorang daripada pendakwah yang ikhlas kepada kebenaran.

3. Mengambil perlindungan daripada Allah swt, bersandar kepadaNya dan bergantung kepada perancangan dan pengaturan Allah Swt, dan lebih-lebih lagi memohon kemenangan dari Allah selepas gagal dari berimannya orang-orang yang menolak keimanan. (Lalu Dia berdoa merayu kepada Tuhannya,

﴿أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِر﴾

“Sesungguhnya Aku ini dikalahkan, oleh itu menangkanlah daku!”) [Surah Al-Qamar 54:10]

4. Rahmat kepada orang yang beriman, dan melayan mereka dengan rendah hati, dan hadapi masa lalu mereka sebelum mereka menerima seruan, tanpa mengira apa masa lepas itu, dan yang paling penting mempertahankan kumpulan kecil ini dan berbangga berada di dalamnya

﴿قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ * قَالَ وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ * إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَى رَبِّي لَوْ تَشْعُرُونَ * وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ * إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ﴾

(Mereka berkata: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah?" * Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka? * "Sebenarnya hitungan amal mereka hanyalah terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya . * "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman. * "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran Yang jelas nyata.)" [Surat Ash-Shu’ara 26:111-115]

5. Kerja keras untuk menghadapi bah adalah dengan membuat bahtera yang diberkati dan menyediakan makanan untuk orang-orang dan haiwan, dan menyediakan peralatan dan mengikut bilangan. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibayangkan sebagai kerja mudah, bahkan sebaliknya, ia adalah suatu perkara yang sukar dan orang yang melakukan ini sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah terutama jika dia seorang yang tersisih dari kaumnya, kerana ia tidak mempunyai banyak kemudahan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Oleh itu, kita bayangkan betapa hebatnya kesabaran Nabi Nuh, dan betapa besar penyerahan dan pergantungannya kepada Allah yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa , dan bagaimana besar rahmat dan nikmat Ilahi yang meliputi Nuh, kerana dia berdakwah dengan tangan yang hampir kosong hanya mengharap rahmat Allah dan dia juga berhadapan dengan masyarakat yang tidak tahu apa-apa melainkan ejekan, penghinaan dan sindiran kepadanya.

6. Kepastian, saya tidak maksudkan kepastian dalam kewujudan Allah SWT atau kenabian Nuh as, saya maksudkan makna kepastian dalam kemenangan terhadap orang-orang kafir dan berkuasa ke atas kehidupan mereka. Kepastian ini menjadikan keazaman Nuh (as) yang sangat kuat untuk menyampaikan seruan dari Langit dan mempunyai kesabaran terhadap bahaya, dan tidak berlalu ejekan manusia , sebaliknya dia memperkecil-kecilkan mereka, kerana dia yakin dengan firman Allah SWT:

 ﴿وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ * وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ﴾

(Dan Demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan kami, bagi hamba-hamba kami yang diutus menjadi Rasul - *. Bahawa Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. * Dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang Yang mengalahkan (golongan Yang menentang kebenaran). [Surah As-Shaaffat 37:171-173]



Ringkasan:


Dakwah kepada kebenaran dengan kemurahan hati, belas kasihan, dan kelembutan, maka berbelas kasihan terhadap orang yang beriman kepada kebenaran, dan bersabar dengan orang-orang yang tidak percaya pada mulanya, menyedari bahawa mungkin kemudian nanti mereka akan beriman kepada kebenaran, dan bekerja siang dan malam, secara rahsia dan secara terbuka, untuk menyampaikan kebenaran tanpa bosan atau letih:

﴿وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ﴾

(Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.)[Surah Al-Mudathir 74:6 ]

Dalam semua keadaan ini, mesti ada kepastian dalam Kemenangan Ilahi, dan mengambil perlindungan daripada Allah dan yang diperkaya oleh Allah dan bergantung kepadaNya dengan kebergantungan yang hakiki, yang bermaksud bahawa hamba itu adalah pengesahan ayat suci Al Quran,

﴿لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّـهِ﴾

(Tiada kekuatan melainkan Dengan pertolongan Allah [Al-Kahfi 18:39]


Pencerahan hujah Nuh (as) ke atas kaumnya


﴿أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً …﴾

("Tidakkah kamu melihat [dan memikirkan] bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit berlapis-lapis ...) [Surah Nuh 71:15]

Nuh (as) sama seperti semua para nabi, mereka telah diutus untuk pembaharuan akidah, perundangan, akhlak, politik, dan kebejatan ekonomi, dan hujah-hujah semua para nabi adalah mudah dan bebas daripada sebarang kerumitan, mereka tidak perlu banyak pertimbangan dan pemeriksaan yang serius untuk membuat kesimpulan bahawa kebenaran mereka adalah jelas. Apabila hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang telah mencemarkan alam (fitrah) Allah, dan mengukur diri dengan ukuran yang berbeza dengan ukuran Allah, hujah-hujah ini menjadi sangat kompleks dan kabur kerana mereka telah menyampaikan kepada orang-orang yang mempunyai hati, yang mereka tidak menyedari, dan mempunyai telinga yang mereka tidak mendengar.


Bantahan-bantahan orang ramai:


1. Kamu adalah manusia seperti kami:

﴿فَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا﴾.

(Jadi yang terkenal di kalangan orang-orang kafir dari kaumnya berkata, "Kami tidak melihat kamu melainkan sebagai seorang manusia seperti kami ...")

2. Orang-orang biasa dan orang-orang yang lemah pendapatnya mengikuti kamu:

﴿وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلاَّ الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ﴾

( "... dan kami tidak melihat yang mengikuti kamu melainkan orang-orang yang paling rendah di antara kami [dan] yang pendapatnya lemah...")

3. Kami percaya bahawa kamu dan orang-orang yang bersama dengan kamu adalah
pembohong:

﴿وَمَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ﴾

(" ... dan kami juga tidak melihat kamu mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".") [Hud 11:27]

Dan semua bantahan ini jauh dari inti dakwah dan jauh dari asal punca yang dibentangkan untuk perbahasan itu. Jadi ini hanya kekeliruan dan menyesatkan, bahkan bantahan kosong di mana mereka meyakinkan kesombongan diri mereka, dan ulama menggunakannya untuk memperkecilkan orang-orang yang lemah dalam perkara-perkara agama, bersama-sama dengan pengikut dan peniru yang akan dipenuhi dengan kejahilan dan kebutaan mereka: (Berkata orang yang terkenal di kalangan kaumnya , ...) yang terkenal sebagai orang-orang yang menguasai agama dan pembesar dunia, bukan hanya kesesatan, malah kesesatan yang jelas menurut mereka.


﴿وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآياتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً عَمِينَ﴾

( ... " Malah, kami melihat kamu berada dalam kesesatan yang nyata."), [Al-A’raf 7:60]




Sebelum <<✡✡✡✡✡>>Selepas




Tiada ulasan: