31 07 2015
KHUTBAH
PERTAMA
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون
،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد
أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن
المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم
مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan
dalam keadaan beragama Islam.
Wahai
ansar Allah,
Wahai
ansar Imam Mahdi
Wahai
ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Marilah kita melihat realiti dan keadaan manusia dari firman
Allah SWT
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
بسم
الله الرحمن الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا
آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ
حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا
يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ
إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah
tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang
diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah orang-orang
yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami?
Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya akan
pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh
Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
* Dan sesiapa yang berjuang (berjihad) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang
untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian
makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].
Penyelewengan dari jalan yang lurus tidak dapat dielakkan dan
telah berlaku pada umat Islam, sama ada dalam Aqidah-aqidah (Al-‘Aqa’id) atau
Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa sy-Syari’ah):
﴿سُنَّةَ
اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ
تَبْدِيلاً﴾
("Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku
semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi
cara dan peraturan Allah itu. [Surah Al-Fath 48:23],
﴿لَتَرْكَبُنَّ
طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾
Sesungguhnya kamu tetap melalui
beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, [Surah Al-Iinsyiqaq
84:19]
Rasulullah (S) bersabda: (Demi Yang
diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu
contoh setapak demi setapah Dan langkah demi langkah, Sehingga mereka merasa
tidak berdosa dengan cara mereka, tidak sesat seperti sunnah (cara) Bani
Israil,) [27].
Dari Abdullah Bin ‘Amr berkata,
Rasulullah (S) bersabda: “ Akan datang kepada umatku sebagaimana yang terjadi
kepada Bani Israil. Mereka meniru perilakuan seseorang
dengan sepadannya, walaupun di antara mereka ada yang menggauli ibunya
terang-terangan niscaya akan ada diantara umatku yang melakukan seperti mereka.
Sesungguhnya bani Israil berkelompok menjadi 72 golongan. Dan umatku akan
berkelompok menjadi 73 golongan, semua di neraka kecuali satu. Sahabat
bertanya; siapa mereka itu Rasulullah? Rasulullah menjawab: “ Apa yang ada
padaku dan sahabat-sahabatku “ ( HR. At-Tirmidzi, Al-Ajiri,
Al-lalkai. Hadits hasan)
Pengajaran daripada riwayat di atas yang pertama perkara yang akan dilakukan Imam Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah mengubah penyelewengan ini, mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (S), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As-Samiriyah (seperti Samiri di zaman Musa (as)).
Dari Abu Basir, berkata: Imam
Ash-Shadiq (as): “Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan akan
kembali asing sebagaimana mulanya, maka beruntunglah bagi yang asing.” Aku
berkata: “Jelaskan kepadaku yang diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan
dibuka kembali dakwah dari kita seruan (dakwah) baru seperti yang diseru
Rasulullah (S).”
Dan dari Ash-Shadiq (as), beliau
berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang dikerjakan Rasulullah (S), Akan
dipadam apa yang datang sebelum beliau sebagaimana Rasulullah (S) memadamkan
urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui semula.”
Dan dari Ibn 'Ata' , bertanya: “Aku
bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika al-Qaim (as)
bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as) berkata:
“Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan Rasulullah (S),
Islam diperbaharui semula.” [30].
Dari Al-Baqir (as) , beliau
berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia dengan perintah
yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (S), dan bahawa Islam bermula sebagai
sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [31].
Dan mungkin ada yang menyangka bahawa ia hanyalah penyelewengan
yang jauh dari As-Sunnah (kononnya yang sebenar), kerana mereka meninggalkan As-Sunnah
dari berpegang dengan Aali An-Nabi (keluarga Nabi) Imam dua belas (as), yang
akibatnya membawa mereka kepada penyelewengan pada kedua-dua Aqidah dan
Hukum-hakam, tetapi hakikatnya bahawa hadits-hadits dan riwayat dari Ahli Bait
Nabi (Sholawatu Allah ‘alaihim) sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat yang
batil sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam
Aqidah dan Hukum-hukum Syariah dan di kalangan ulamak Islam, sama pada
kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara para ulamak sendiri pada setiap
firqah masing-masing.
Untuk itu, perlu diketahui masalah berlakunya perselisihan
(khilaf) di antara para Ulamak Muslimin, walaupun secara ringkas, supaya tidak
bebas atau berfungsi esok apabila kemunculan Imam Mahdi (as) menjadi mangsa
mudah kepada salah satu imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita -
kerana kejahilan kita tentang hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan
kita fikir kita berada di jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik.
Dengan itu berikut saya akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara
ringkas, dan mungkin keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.
Dipetik dari mukadimah Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) - Kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as)
Dipetik dari mukadimah Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) - Kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as)
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١﴾ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ
مَا أَعْبُدُ ﴿٣﴾ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا
عَبَدتُّمْ ﴿٤﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ
مَا أَعْبُدُ ﴿٥﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ
دِينِ ﴿٦﴾
KHUTBAH
KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ
صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ
رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ
الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ
عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
كثيراً.
Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya
bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat
kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan
perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang,
sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari
kematian itu.
Wahai
ansar Allah,
Wahai
ansar Imam Mahdi
Wahai
ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
BILA mendengar seruan Al-Syed Ahmad Al-Hasan ini tentu ada positif
dan negatifnya, ada yang begitu ghairah kerana sedang menunggu-nunggu, ada yang
akan mengkaji dengan teliti, ada yang membiarkan begitu sahaja dan tak kurang
pulah yang mengejek dan mencemuh seperti soalan yang ditujukan
kepada Al-Syed Ahmad Al-Hasan (Al-Yamani) ini: Dari Kitab Al-Jawab
Al-Munir - Jawapan Penerangan Melalui Internet
Soalannya berbunyi: Apabila orang membaca seruan kamu mula terserlah ejekan dari wajah mereka, kerana dalil-dalil, keterangan-keterangan dan hujjah-hujjah tidak cukup untuk dakwah ini, jadi seruan kamu dinisbah kepada tanda-tanda bagi timbulnya kebatilan, perbalahan, orang yang sesat dan menyesatkan, yang mendahului kemunculan Imam Al Mahdi (aj), (Seperti Al-Hassani dan Al-Yamani atau orang yang mendakwa dirinya Al-Mahdi (aj)), jadi apa yang akan membezakan kamu dengan mereka walaupun dengan sesuatu yang boleh menghalang dari mempertimbangkannya.
Pengirim: Hussein Al-3awadiy - Iraq
11 / Jamadiy Al-Awwal / 1426.H
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
بسم الله الرحمن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين
Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya
berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan
ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata kamu dan
bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya kamu boleh
menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan
seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila
seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan
baginda.
Seperti riwayat dari Mufadhdhal bin Umar, beliau berkata: Aku
mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Kemudian dia berkata kepada ku,
"Wahai Aba 'Abdillah (Mufadhdhal), berhati-hatilah untuk tidak menyebut
beliau dengan nama. Demi Allah, dia akan hilang selama bertahun-tahun. Dia akan
dilupakan sehingga dikatakan, Dia telah mati, terkorban, pergi ke lembah mana?.
Mata orang yang beriman akan menitiskan air mata ke atas beliau dan mereka akan
diserahkan seperti kapal terumbang ambing oleh gelombang laut dan tiada siapa
yang akan diselamatkan kecuali Allah telah mengambil satu perjanjian dan telah
tertulis iman dalam hatinya dan telah disahkan beliau dengan semangat (ruh)
pertolongan daripadaNya sendiri. Dua belas panji-panji membingungkan akan
dinaikkan tidak dikenali dari siapa.? beliau berkata: aku menangis, dan
kemudian aku berkata: Apa yang kami lakukan? beliau berkata: dia memandang
sinar matahari memikirkan sifatnya, dan berkata: Wahai Aba Abdillah
(Mufadhdhal) kamu melihat matahari beliau berkata: Ya, maka beliau (as)
berkata: Demi Allah urusan kami lebih jelas daripada matahari ini) [Al-Kafi:
Jilid.1 halaman.336],
Maka Imam (as) telah menjelaskan bahawa seruan kebenaran
adalah lebih jelas daripada matahari, malah adalah lebih jelas dari matahari,
kerana dalil-dalilnya adalah dalil-dalil daripada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan
Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as), maka mereka berpaling kepada
dalil-dalil seruan ini dan bandingkan dengan dalil-dalil dari Al-Rasul Muhammad
(S), bacalah beberapa dalil-dalilseruan di dalam Kitab Al-Nur Al-Mubin
oleh Al-Ustazh Dhiya Al-Zaidiy, dan Kitab Al-Balagh Al-Mubin oleh Al-Syeikh
Nadzim Al-3uqailiy, dan kamu akan melihat banyak dalil-dalil, dan
daripadanya ada wasiat Rasulullah (S) dan riwayat daripada Ahlulbayt (as) dan
ilmu kebenaran, bimbingan, dan Mubahilah, sumpah, pembebasan, kasyaf dan rukya
(penglihatan) pada Al-Rasul dan para Imam dan Nabi-nabi (as) yang dilihat
oleh orang-orang mukmin dan mukjizat-mukjizat dan perkara-perkara ghaib.
Dan jika semua dalil-dalil ini tidak meyakinkan dengarlah
amaran Allah ini:
﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ * يَغْشَى
النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾
"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang
nyata, * yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih." [Al-Addukhan
44:10-11],
sehingga berkata dengan orang-orang yang berkata
﴿رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ﴾
"Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu.
Sesungguhnya kami akan beriman" [Al-Addukhan 44:12],
dan akan datang jawapan kepada kamu
﴿أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ * ثُمَّ
تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ﴾
"Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal
telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan, * kemudian
mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang
menerima ajaran lagi pula seorang yang gila." [Al-Dukhan 44:13-14]
Subhanallah, tidakkah kamu mengambil pengajaran dari keadaan
umat-umat yang dahulu? Bukankah keadaan kamu hari ini sama seperti keadaan
orang-orang Yahudi terhadap Nabi-nabi mereka.
Tidakkah kamu mengambil pengajaran daripada kata-kata Allah
dan cerita-cerita dalam Al-Quran? Lihatlah keadaan kamu, bukankan sama seperti
keadaan para ulama Yahudi dan orang-orang yang bertaklid dengan mereka apabila
mereka mengejek Nabi Zakaria (as) Yahya (as) dan Isa (as), mengapakah kamu
dijauhkan dari mereka dengan Allah ke atas kamu?!
Dan jika kamu berada di antara mereka dihantar mendengar
menyaksikannya, kamu akan meraung dengan tangisan dan berkata, demi Allah kita
lebih buruk daripada orang-orang Yahudi dan para ulama mereka, yang asyik
dengan dunia dan memerangi para Nabi dan penyokong mereka yang berjalan menuju
akhirat, dan beriman dengannya dan di dalam Kerajaan Langit (malakut) dan yang
ghaib.
Apa yang mendorong kamu mengejek saya dan orang yang beriman
dalam dakwah yang benar ini? Tanya diri kamu dan kembali kepada Tuhanmu, dan
﴿اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ
الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً﴾
"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini
sebagai pengbjfhng dirimu ".[ Al-Israa’ 17:14]
Dan sepanjang zaman menjadi bahan ejekan? Dan tidakkah kamu
dengar atau baca tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) dan orang yang beriman
menjadi bahan ejekan? Tetapi kamu akan sentiasa melihat bahawa menghina dan
memperolok-olok menjadi tabiat orang yang berdusta dan orang-orang kafir dalam
dakwah para Nabi dan Rasul-rasul.
Tidak tenteram kaum kamu kepada saya, Wahai penduduk Iraq,
kamu telah mengikuti orang-orang besar kamu yang mengikut Amerika dan membuat
perjanjian dengan mereka dan menerima demokrasi mereka, dan kamu akhirnya telah
berlindung dengan penzalim itu, dan memberikan alasan untuk menolak jauh; Amir
Al-Mukminin Ali (as), dan kamu berbalik ke belakang (murtad) sebagai
orang-orang kafir dalam pelantikan Allah dan HakimiyahNya SWT, dan kamu telah
menentang dakwah yang benar ini mengharapkan dunia yang busuk.
Kamu tidak mengikuti kekayaan dan duniawi melainkan dalam
kerugian, sebagaimana orang-orang Makkah mengikuti Abi Sufyan dan memerangi
datuk saya pesuruh Allah Muhammad (S), dan mengapa kamu membenci pada saya
apabila saya menyeru kamu kepada kitab Allah dan walak kepada Waliy Allah Yang
Maha Besar, Al-Imam Al Mahdi (as) supaya meninggalkan perkara yang batil dan
masyarakatnya, saya tidak muncul kecuali untuk menuntut pengislahan (perbaikan)
pada umat datuk saya Rasulullah (S), dengan urusan bapa saya Imam Al Mahdi
(as), seperti mana keluarnya datuk saya Al-Hussein (as), dan jika kamu
mengikuti Imam batil, pada awalnya dilakukan oleh datuk nenek kamu yang telah
mengikuti fuqahak batil, Syubats bin Rab3iy, Syimar bin Zhi Al-Jausyan dan
Syuraihan Al-Qadhi mereka menyokong Ibn Ziyad dan Yazid (Laknahumu Allah) untuk
membunuh Al-Hussein bin Ali (as), dan masih ada habuk (memedih) mata dan sedu pada
tekak kekal sebagai kesedihan dan kesuraman.
وإنا لله وإنا إليه راجعون وسيعلم الذين ظلموا أي
منقلب ينقلبون، ولا حول ولا قوة إلاّ بالله العلي العظيم.
Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali, dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Fahamilah kata-kata yang Maha Tinggi:
﴿إِنَّهُ
كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ * فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ
سِخْرِيّاً حَتَّى أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ * إِنِّي
جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ﴾
Sesungguhnya, ada segolongan dari
hamba-hamba-Ku berdoa: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah
kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.
* Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga (kesibukan) kamu mengejek
mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan adalah kamu selalu
mentertawakan mereka, * Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari
ini, karena kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang
menang". [Al-Mukminun 23: 109-111]
Dan kemudian kamu ejek dan ketawa banyak-banyak, kamu tidak
tersalah anggap, sunnah datuk dan nenek kamu dan kamu akan menyusukannya dengan
darah segar, dan mereka yang akan datang hari-hari berikutnya akan
mengutuk kamu sebagaimana hari mereka dikutuk orang-orang yang menentang
Muhammad (S) dan mengejek-ejeknya dan kamu akan tahu siapakah pemenang
esok apabila ilmu pengetahuan kamu tidak akan memberi manfaat sedikitpun.
Dan saya berlindung dengan Allah dari Al-Ana (keakuan), saya
akan memberitahu kamu satu cerita untuk kamu dan untuk selain daripada kamu
rukya ini, mungkin kamu akan akan dapat pengajaran:
(saya melihat dalam tidur saya: Seorang Syeikh di Hawzah
Najaf - dan saya kenal dia - telah berdiri berhampiran saya, dan berdekatan
dengan saya terdapat sekumpulan malaikat dan mereka mempunyai rupa seperti
manusia, maka mereka bertanya kepada Syeikh menyebutkan tentang saya dan
menyampaikan dalil-dalil dakwah kepadanya, maka dia mendustakan dakwah
tersebut, dan kemudian datang yang lebih besar, yang lebih utama seolah-olah
dia telah mengawal malaikat-malaikat itu, atas rukya dan semua apa yang di
dalamnya, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang dinyatakan di atas: Dan dia
juga adalah orang yang mempunyai dakwah dan ini adalah dalil-dalilnya, lalu
mereka membentangkan dalil-dalil dakwah orang yang lebih besar dan yang lebih
utama tersebut, lalu ia berkata: dakwah orang ini adalah seperti dalil-dalil
daripada seruan Ahmad Al-Hassan, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang
dinyatakan di atas: Adakah kamu kenal siapa ni?! Inilah Muhammad bin Abdullah
pemilik pedang yang memutus dan anak panah yang membidik, Rasulullah (S), maka
Syeikh itu berkata: Saya tidak percaya pada Muhammad dan tidak juga pada Ahmad,
lalu baginda pun menunjukkan wajahnya) dan saya bersumpah dengan nama Allah
yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang saya melihat rukya ini dan di dalamnya ada
Muhammad Rasulullah (S), dan saya tidak menyampaikan rukya ini sebagai
dalil untuk membuktikan kebenaran dakwah ini, walaupun rukya adalah
dalil-dalil, tetapi saya menceritakannya kerana saya menganggap ia satu mesej
dari Allah, mungkin Allah akan memberi manfaat kepada kamu dan selain daripada kamu
dengan makna yang telah disebutkan di dalamnya dan supaya kamu dan orang-orang
seperti kamu belajar daripadanya dan Allah-lah sebagai penolong dan pemberi
taufik.
Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan kita dari
orang-orang mukmin dalam Kerajaan Langit dan yang ghaib dan akhirat dan ia
adalah dari yang ghaib, dan segala puji tertentu bagi Allah, dan kutukan Allah
ke atas setiap yang kafir yang tidak mempercayai Kerajaan langit dan yang
ghaib.
Ahmad al-Hassan
Jamadi AlAwal / 1426 A.H
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ
عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ
لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ
لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ
يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا
تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ
الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي
فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ
بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ
بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ
الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ
مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ
مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ
مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ
الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ
بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ
الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ
اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا
مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا
تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا
رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ
وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ
المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ
الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي
سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ،
اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ
والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ
أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين
والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان
الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan