Rabu, 5 Ogos 2015

Soalan 133 - 135

Soalan 133 - 135

Soalan 133: Membakar Kertas Tertulis Basmalah Atau Ayat Al-Quran
Soalan 134: Ansar Norway – Mohon Didoakan
Soalan 135: Bolehkah mencuci tangan kiri ketika wudhuk dua kali

Soalan 133: Membakar Kertas Tertulis Basmalah Atau Ayat Al-Quran

Soalan 133: Adakah dibenarkan untuk membakar kertas yang tertulis Basmalah atau ayat Al-Quran bagi memeliharanya dari najis, bukankah itu sahaja caranya?

Penghantar: Misaa’ Jaafar Al-Saadiy

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Tidak boleh membakar kertas bertulis Al-Quran atau Basmalah boleh dibuangkan ke dalam air yang bersih.


✡✡✡✡✡



Soalan 134: Ansar Norway – Mohon Didoakan

Soalan 134: Salam atas Imam Ahmad Al-Hasan (as) dan salam atas saudara-saudara Ansar
Saya seorang ansar dan saya tinggal di Eropah - Norway - dan saya meminta dari Al-Syed (as) untuk mendoakan agar memudahkan urusan saya di sini.

Ya Allah peliharalah Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as) dan ansar.

Penghantar: Abbas Kadzim

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Saya bermohon kepada Allah supaya menjauhkan saudara dari kejahatan mereka dan menjayakan saudara untuk taat kepada-Nya dan jauhi dari dosa-dosa, dan agar memberkati saudara dan mengurniakan kebaikan di akhirat dan kebaikan di dunia, dan saya berharap agar saudara juga tidak lupa saya dalam doa saudara.


✡✡✡✡✡


Soalan 135: Bolehkah mencuci tangan kiri ketika wudhuk dua kali

Soalan 135: Bolehkah seseorang itu mencuci tangan kiri ketika wudhuk dua kali, seperti yang dilakukan pada tangan kanan kerana ini yang akan (digunakan) untuk menyapu) kepala dan kaki dengan air semula?

Penghantar: Abbas Taher

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.



Yang afdhal dalam berwudhuk adalah menyempurnakan bahagiannya sekali sahaja dan membasuh sekali sahaja untuk muka dan untuk kedua tangan. Ini adalah wudhuk Muhammad (S) dan Ali (as), dan kepelbagaian bahagian-bahagian yang dijirus pada anggota yang dibasuh sebelum menyempurnakan basuhan tidak bermakna ia berbilang basuhan, basuhan kedua pada anggota yang dibasuh dilakukan selepas sempurna basuhannya, dan mustahab berwudhuk jika kurang sumber untuk mendapatkan air untuk beberapa bahagian anggota untuk dibasuh dari basuhan buat kali pertama, Ia tidak merosakkan pembersihan, boleh dibasuh tangan kiri dua kali dan kemudian menyelesaikan wudhuk dengan menyapu kepala dan kaki.




✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: