Jumaat, 14 Ogos 2015

Soalan 265: Label Produk Makanan - Haji - Lupa Enam Takbir – Korum Solat Jumaat


Soalan 265: Label Produk Makanan - Haji - Lupa Enam Takbir – Korum Solat Jumaat

بسم الله الرحمن لرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
          
Diharapkab tuan dapat menjawab soalan-soalan berikut:

Pertama: Adakah diberi ganjaran pada haji seseorang yang mengerjakan haji sebelum menyahut seruan Al-Yamaniyah yang diberkati?

Kedua: Apakah kafarah Al-Ikhlal (denda penebus) kerana melanggar Perjanjian?

Ketiga: Adakah penting dalam solat Jumaat pada seseorang yang tidak menyahut seruan (dakwah) Al-Yamaniyah; untuk makluman bahawa dia tidak bermusuh dengan dakwah ini, iaitu: mengambil kira bilangan individu?

Keempat: Apakah hukum meninggalkan enam takbir selepas Takbirat ul-Ihram dalam solat wajib dan nafilah kerana tidak sengaja (lupa)?

Kelima: Apakah penting tulisan atas sebahagian makanan yang ditinkan, di mana kadang-kadang ditulis rangkaikata (ungkapan) gelatin halal, kadang-kadang gelatin haiwan, dan kadang-kadang gelatin sayuran, kadang-kadang disebut bahan-bahan dengan perkataan penuh tanpa menyebut apa bahan-bahan ini. Adalah maklum makanan yang ditinkan ini terdapat dalam pasaran bukan Islam?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Penghantar: hassan alsharifi

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

(Pertama: Adakah diberi ganjaran pada haji seseorang yang mengerjakan haji sebelum menyahut seruan Al-Yamaniyah yang diberkati?).

J: Hajinya itu atas persetujuan (wuffiqa) apa yang diriwayatkan para Imam (as), ia diberi ganjaran jika tidak, nescaya tidak ada ganjaran

(Kedua: Apakah kafarah Al-Ikhlal (denda penebus) kerana melanggar Perjanjian?).

J: Kafarah Al-Hints (denda penebus) bagi orang yang melanggar Perjanjian, ia mempunyai pilihan antara membebaskan seorang hamba atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau memberi makan enam puluh orang fakir miskin.

(Ketiga: Adakah dikira dalam solat Jumaat pada seseorang yang tidak menyahut seruan (dakwah) Al-Yamaniyah; untuk makluman bahawa dia tidak bermusuh dengan dakwah ini, iaitu: mengambil kira bilangan individu?).

J: Ia tidak dikira melainkan pada orang mukmin.


(Keempat: Apakah hukum tertinggal enam takbir selepas Takbirat ul-Ihram dalam solat wajib dan nafilah kerana tidak sengaja (lupa)?).

J: Jika teringat sebelum rukuk (iaitu tersedar bahawa dia tidak melakukan enam takbir sebelum rukuk; ia tersedar pada masa itu terus membacanya) dilakukan ketika itu, tetapi bagi yang teringat selepas rukuk maka teruskan solatnya dan tiada apa-apa dengannya.

(Kelima: Apakah penting tulisan pada label sebahagian makanan yang ditinkan, di mana kadang-kadang ditulis rangkaikata (ungkapan) gelatin halal, kadang-kadang gelatin haiwan, dan kadang-kadang gelatin sayuran. Kadang-kadang pula disebut bahan-bahan dengan perkataan penuh tanpa menyebut apa bahan-bahannya. Adalah diketahui makanan yang ditinkan ini terdapat dalam pasaran bukan Islam?).
                   
J: Ia boleh bergantung kepada apa yang tertulis jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan keyakinan dan kepercayaan, dengan apa yang tertulis (dan cukup yakin bahawa tidak ada muslihat atau kepentingan tertentu kepada pengeluar untuk berbohong tentang kandungan produknya), manakala untuk tulisan yang kabur (kandungan bahan, bahan pengawet) yang mesti diselidik mengenainya dan mengetahuinya.

Bagi produk haiwan, yang memerlukan penyembelihan mengikut syari’ah untuk dimakan atau digunakan dalam sumber-sumber tertentu tidak perlulah diselidik ia halal dan disembelih; kerana ia dihasilkan dalam sebuah negara Islam, dan tidak perlulah diselidik ia haram dan disembelih; kerana ia dihasilkan di sebuah negara bukan Islam, tetapi yang menjadikan ia halal, yang telah disembelih (mati) mengikut syari’ah sama ada dalam sebuah negara Islam atau yang bukan Islam dan menjadi haram jika tidak mengambil kira sisi hukum syari’ah yang betul, sama ada dalam sebuah negara Islam atau bukan Islam, saya akan memberikan contoh realitinya:

Misalnya, sembelihan di Mekah Al-Mukaramah disembelih oleh orang yang bertegas memusuhi (nasibi) Aali Muhammad (S) tidak dianggap disembelih, dan sembelihan di Perancis disembelih oleh orang Islam yang tidak bertegas memusuhi (nasibi) Aali Muhammad (S) adalah dianggap disembelih, dan ayam yang dipotong lehernya dengan mesin di Iran tidak dianggap disembelih dan ayam yang disembelih di China dengan tangan orang Islam, yang tidak bertegas memusuhi (nasibi) Aali Muhammad (S) adalah dianggap disembelih.


Ahmad Al-Hassan
                    


✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: