Sabtu, 1 Ogos 2015

Soalan 190 - 195


Soalan 190 - 195
 
Soalan 190: Ibu Saudara Muhrim
Soalan 191: Adakah Apabila Terangsang Perlu Ghusl
Soalan 192: Makanan Yang Diimport Dari Negara-Negara Barat
Soalan 193: Bolehkah Al-Quran Dibakar
Soalan 194: Masalah Azan Dan Iqamah
Soalan 195: Masalah Sembelihan  


Soalan 190: Ibu Saudara Muhrim

Soalan 190: (Ibu saudara), yang merupakan adik kepada ibu (dari bapa beliau), iaitu bukan dari ibunya, adakah dia seorang ibu saudara kepada anak saudaranya ke atas? Serta (bapa saudara) adakah diperbolehkan pada anak kepada saudara perempuan dari bapanya sahaja? Itulah realiti dalam tempat kami, Wahai Tuan, wahai Washiy (as). kepadamu Allah memberikan sokongan.

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

ibu saudara muhrim, sama ada saudara perempuan kepada ibu atau bapanya atau kedua-duanya, dan begitu juga bapa saudara.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡


Soalan 191: Adakah Apabila Terangsang Perlu Ghusl

Soalan 191: Adakah cairan wanita apabila terangsang bukan kerana hubungan - perlu ghusl (mandi) untuk solat? Atau hanya memadai dengan wuduk dan mengambil pakaian bersih untuk solat dan lain-lain?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Wajib ghusl (mandi).

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡



Soalan 192: Makanan Yang Diimport Dari Negara-Negara Barat

Soalan 192:
1. Keju yang diimport dari negara-negara Barat, apakah hukumnya dari segi syarak dan kesuciannya?
2. Susu yang diimport dari negara-negara Barat, yang kering atau yang cair, adakah ia suci, di mana ia disentuh oleh tangan orang-orang bukan Islam?
3. Ikan yang diimport dari negara kafir dan atheisme, apakah hukum dan kebersihannya? Bolehkah digunakan sebagai makanan seperti haiwan ternakan? Bolehkah memakannya, kerana kita tidak tahu adakah kulitnya bersisik atau licin?

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

1. Suci boleh memakannya, melainkan jika diketahui adalah najis.
2. Suci boleh digunakan yang kering atau yang cair, melainkan jika diketahui adalah najis..
3. Jika anda tahu bahawa kulitnya bersisik, maka dibenarkan untuk digunakan sebagai makanan; kerana ikan yang diambil dari air nasih hidup sama ada diambil oleh orang Islam atau bukan Islam, ikan yang diimport ini ditangkap dengan peralatan perikanan yang bersih walaupun nelayannya bukan Islam..

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡


Soalan 193: Bolehkah Al-Quran Dibakar

Soalan 193: Bolehkah membakar Al-Quran atau kitab-kitab lain yang mengandungi nama-nama Allah (Jalla Jalalah), atau nama-nama Al-Nabi (S) dan Ahl Al-Bait baginda yang mulia (as) dengan hujjah kitabnya telah rosak dan kertasnya telah usang? Atau ada cara lain selain dibakar, untuk menghormati nama-nama Allah dan nama-nama keluarga baginda yang disucikan (as)?

Al-Syed Hassan Muhammad Ali Al-Hamami
Najaf Al-Asyraf

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ia tidak boleh dibakar dan dibuang ke dalam air yang bersih seperti sungai dan tasik.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡


Soalan 194: Masalah Azan Dan Iqamah

Soalan 194:
a. Adakah diwajibkan azan dan iqamah bagi kanak-kanak yang belum diberati syarak (mukallaf) untuk solat, dan adakah nawafil untuknya?

b. Apakah azan dan iqamah wajib atau mustahab (sunat)? Apakah azan dan iqamah wajib atas tiap-tiap orang yang hendak bersolat secara khusus, atau kewajipannya disempurnakan jika dibawa oleh seseorang dikumpul bersama orang lain, atau adakah ia mustahab (sunat)? Sila maklumkan kepada kami, semoga diberi ganjaran kepada tuan dengan ganjaran yang baik.

Nathiq Badi - Wasith

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

a. Adalah sah solat budak lelaki itu dan walau pun tidak ada azan dan iqamah, tetapi tidak mencontohi pelaksanaan daripada kewajipan yang perlu melainkan dengan azan dan iqamah.

b. Semua ungkapan (bait-bait) azan wajib disebut, ia termasuklah syahadah-syahadah, dan bahagian-bahagian yang dibolehkan yang menyempurnakan azan dan iqamah orang-orang mukmin dan terdapat dalam Kitab Al-Syarai3, sila rujuk.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡

Soalan 195: Masalah Sembelihan

Soalan 195: Datang kepada kami dari negara Islam pelbagai mazhab dan yang tidak beriman dengan Wilayah Wali Allah (as), bagi daging dan ayam ditulis di atasnya disembelih secara syariat Islam. Tentulah kami tidak mengetahuinya samada ayam disembelih mati dalam jumlah yang besar yang menggunakan mesin, dan pekerja yang memotong kepalanya, dan tali penyangkut (pengangkut) yang memudahkan kerja-kerja kepada bahan pencuci. Kami tidak tahu apakah arah tuju dan syarat-syarat penyembelihan syar’ei, kerana ia datang dengan skala besar penghantaran ayam yang tidak berkepala, kita terlupa cara ia dikerjakan? Apakah hukumnya wahai tuan wahai washiy?

Al-Syed Hassan Muhammad Ali Al-Hamami
Najaf Al-Asyraf

Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Wajib diarahkan membuat peraturan sembelihan mengikut arahan. Mestilah melabelkan semua sembelihan dengan suara orang Islam yang memberi maklumat proses (amalan) penyembelihan, dan daging-daging ayam mesti dipotong empat bahagian, dan diharamkan Al-Tankhi’ (التنخيع), tetapi tidak diharamkan sembelihan melainkan jika penyembelihan yang tidak menghiraukan hukum. Jika syarat-syarat ini tidak diperhatikan dalam penyembelihan skala besar tidak dibenarkan untuk makan daging yang dihasilkan walaupun oleh sebuah negara Islam, dan jika diambil kira perkara tersebut dibenarkan untuk makan daging-daging yang dikeluarkan, walaupun bukan dari negara Islam.


Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as)
            

✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: