Selasa, 11 Ogos 2015

Soalan 251: Hukum Muzik Dan Melukis


Soalan 251: Hukum Muzik Dan Melukis

Soalan 251: Sila maklumkan kepada saya:
1. Apakah hukum muzik dan lagu-lagu, supaya dengan jawapan itu dapat saya membezakan antara halal dan haramnya dengan jelas? Kerana perkara-perkara ini telah bercampur-aduk hari ini.
2. Apakah hukum melukis makhluk bernyawa?
3. Apakah hikmah dijadikan anjing sebagai yang kelapan dari ahli Al-Kahf itu (Allah redha atas mereka) padhal dia najis najis?

Penghantar: Zainab


Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.



1: Muzik adalah haram, lagu-lagu haram dan mendengarnya adalah haram (dan mendengar dengan niat bukan seperti mendengar yang tidak sengaja (bukan dengan niat)), dan hanya dibolehkan gendang (genderang) perang dan peniupan trompet (tetuang) kepada media massa.

2: Lukisan dibenarkan walaupun lukisan makhluk hidup kecuali terdapat dalam lukisan itu sesuatu yang haram seperti menzahirkan aurat atau lukisan atau ukiran patung berhala objek penyembahan selain dari Allah.

3: Kepada soalan kamu mengenai anjing Ashhab Al-Kahf telah dijelaskan dalam Al-Mutasyabihaat dan rujuklah di sana, dan ada soalan dalam Al-Mutasyabihaat tentang semua anjing adalah najis yang anda boleh mengambil kesempatan daripadanya, Jika anda mempunyai soalan lain dipersilakan menyoalnya [91].

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam atas kamu, dan rahmat Allah keberkatNya.

Ahmad Al-Hassan
         

✡✡✡✡✡
--------------------------
[91] - lihat Kitab Al-Mutasyabihaat: Jilid 4: Soalan 140, dan Soalan 182.





Tiada ulasan: