Soalan 474: Cara Ingin Tahu Keadaan Ibu Bapa Yang
Telah Mati
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً.
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
السلام على بقية آل محمد (ع).
Salam atas Baqiah (yang belum diutus)
Aali Muhammad (as).
Saya harap tuan dalam kebaikan dan sihat sejahtera
dan saya bermohon kelapangan Aali Muhammad (as) yang lebih cepat lagi,
sesungguhnya Dia memperkenankan doa..
Tuan, saya memohon kepada Allah agar mengampunkan kelalaian
saya di sisiNya dan bertaubat atas kelemahan saya pada hak tuan.
Saudara Muhammad Al-Shaufi telah bercakap kepada beberapa
orang saudara ansar berhubung dengan penubuhan "Bait Al-Maal" di
Kanada, sama dengan apa yang telah dilakukan oleh sebahagian ansar di beberapa
negara Barat, dengan memperuntukkan pendapatannya untuk menyebarkan dakwah yang
diberkati dan membantu mereka yang memerlukan. saudara-saudara saya ini meminta
saya menuliskan kepada tuan dalam mencari jawapannya.
Tuan, saya mempunyai beberapa soalan seperti
berikut:
1. Adakah terdapat cara untuk membetulkan dan bertaubat di Alam Jasmani
atau adakah ia hanya hasil daripada apa yang berlaku di Alam Zhar dan sejauh
mana kedua-dua andaian ini berlaku?
2. Apabila diberitahu kepada Nabi Ya’kub (as) Sesungguhnya
anakmu telah mencuri; Dia berkata,
Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu., apa
yang dimaksudkan dengan kata-katanya dalam perbualan
ini dengan diisyaratkan kepada Yusuf (as)?
3.) - ﴿وَيُدْخِلُهُمُ
الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ﴾
Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah
diperkenalkan-Nya kepada mereka.
Diketahui dengan cara apa? [56]
4.) - ﴿وَيَدْعُ
الإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولاً﴾
(Dan
manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah
manusia bersifat tergesa-gesa.
[57] Apakah maksudnya?
5.) - ﴿فَمَا
لَهُ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ﴾
maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun
dan tidak (pula) seorang penolong. [58] Siapakah orang dalam ayat ini, adakah sempurna atau
jahil?
Saya mempunyai soalan-soalan peribadi:
1. Adakah benar nasab berikut:
(Ia adalah Syeikh Sultan Abdullah bin Muhammad Al-Baqir
(yang datang ke Sudan dari Mekah Al-Musyarrafah) bin Al-Syed Ali Al-Madani
(meninggal dunia di Madinah pada tahun 889 Hijrah) bin Syahwan Al-Husseini Al-Jumaili
bin Imran bin Ali Nur Al-Din bin Muhammad Wafa Abu Al-Abbas (yang meninggal
dunia di Mesir pada 768 H) bin Ali Nur Al-Din bin Al-Sultan Hussein Abu Ali bin
Al-Sultan Hassan Al-Akbar bin Imam Ali Al-Makki bin Al-Syed Ibrahim (meninggal di
Maghribi) Bin Zahid Abi Al-Qasim Muhammad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Zhahabi bin
‘Umar bin Ali Al-Fassi bin ‘Utsman bin Hussein Al-Anwar bin Muhammad Al-Husseini
bin Musa bin Yahya bin Isa bin Ali bin Muhammad Al-Taqi bin Hassan bin Jaafar Al-Tawab
bin Al-Imam Ali Al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin kepada Imam Ali Al-Ridha bin
Imam Musa Al-Kadzim, bin Imam Ja'far Al-Shadiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin
Imam Ali Zain Al-‘Abidin bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib.
Nasab ini disalin dari watsiqah (dokumen) Al-Syed
Muhammad Al-Thahir bin Al-Amin Al-‘Abdalabi, tarikh bertulis kira-kira lebih
daripada 150 tahun. Ia disalin semula dari nasab sebelumnya yang telah ditulis
lebih daripada 400 tahun lalu dan teks yang ada pada saya tersebut adalah
salinan (dokumen) dan sepupu saya anak-anak Al-Syeikh Abdullah. keluarga mereka
yang mulia ada di Palestin nerasal dari Mekah juga).
Nasab berakhir dan saya ingin mengajukan
pertanyaan, adakah nasab yang dipanggil (gelar) "Al-‘Abdalab" (العبدالاب) itu adalah nenek moyang saya, dan
ada juga riwayat lain yang berakhir kepada Abdullah bin Abbas yang terkenal itu.
2. Saya menghidap penyakit kronik atas sebab-sebab
yang saya tidak tahu asal-usulnya untuk dirawat, saya minta agar tuan dapat mendoakan
kepada Allah sopaya menyembuhkan penyakit saya itu.
3. Ibu bapa saya meninggal dunia dalam mazhab Al-Sunnah
dan saya tidak berupaya berbuat apa-apa melainkan mendoakan mereka berdua dan
kepada datuk saya, Allah lebih mengetahui dari saya, saya dapati pada masa yang
sama amat meresahkan .. Adakah bersalah untuk saya memohon ampunan bagi mereka bertiga.
Semoga Allah melapangkan tuan dengan
hak bapa-bapa tuan Al-Thaiyibin lagi Al-Thahirin dan menjadikan kelapangan bagi
kami dari kelapangan peribadinya atas tuan .. dan saya minta Ya Maulai agar
tuan mendoakan sesuatu yang amat saya perlukan, dan mendoakan kepada Allah
untuk saya agar melapangkan dada saya dan mudahkanlah urusan saya, dan
lepaskanlah kekakuan dari lidah saya, dan mengabdikan diri kepada dakwah waliNya dan KhalifahNya di
bumiNya dan menjayakan saya mencapai belas kasihan dan dakwah mereka kepada
kebenaran dengan sepenuh hati.
Salam atas Baqiah Aali Muhammad (as). Dan saya
berharap agar tuan menyampaikan Salam saya kepada Maulai Baqiah Allah dan
HujahNya dan selawat Allah atasnya dan keluarganya dan bapa-bapanya, dan saya
memohon maaf kepada beliau (as) dari kelemahan saya dan menyambut baik saya dengan
doa-doanya Al-Sharif Al-Mubarak.
Dihantar oleh: Al-Salamaniy Al-Zhariy
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Allah memberikan kamu kejayaan dan semua yang baik
dan melepaskan kesalahan kamu.
1. Adakah terdapat cara untuk membetulkan dan bertaubat di Alam Jasmani
atau adakah ia hanya hasil daripada apa yang berlaku di Alam Zhar dan sejauh
mana kedua-dua andaian ini berlaku?
Jawapan S 1: Sudah tentu ada satu
lagi peluang dan ujian yang lain, tetapi jika anda bertanya tentang hasilnya
maka ia adalah sama seperti dalam Alam Zhar, bukan kerana manusia dipaksa untuk
mencapai keputusan yang sama tetapi kerana mereka mengulangi kelemahan yang sama.
2. Apabila diberitahu kepada Nabi Ya’kub (as) Sesungguhnya
anakmu telah mencuri; Dia berkata,
Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu., apa
yang dimaksudkan dengan kata-katanya
dalam perbualan ini dengan diisyaratkan kepada Yusuf (as)?
Jawapan S 2: Pada masa itu Bunyamin di sisi Ya’kub
(as))
﴿قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ
لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْراً فَصَبْرٌ جَمِيلٌ عَسَى اللّهُ أَن يَأْتِيَنِي بِهِمْ
جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ﴾
Ya'qub berkata: "Hanya dirimu
sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang
baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya
kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [59],
Maksudnya adalah perkara pertama (dahulu); mereka membuang
Yusuf di dalam perigi, kerana dia diberitahu oleh Allah akan kehilangan anaknya
yang kedua pula iaitu Bunyamin, yang juga disebabkan oleh tindakan mereka yang
pertama dahulu, yang membuang Yusuf ke dalam perigi,
﴿وَجَآؤُوا عَلَى قَمِيصِهِ
بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْراً فَصَبْرٌ جَمِيلٌ
وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ﴾
Mereka datang membawa baju gamisnya
(yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya'qub berkata: "Sebenarnya dirimu
sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik
itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap
apa yang kamu terangkan".[60].
3.) - ﴿وَيُدْخِلُهُمُ
الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ﴾
Dan memasukkan mereka ke dalam syurga
yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka.
Diketahui dengan cara apa? [56]
Jawapan S 3: Dengan rukya dan kasyaf mereka
mengetahuinya, mereka telah melihat syurga dan tempat-tempat tinggal, di mana
mereka melihat dengan kasih kurnia Allah kepada mereka, walaupun mereka berada
dalam kehidupan di dunia ini.
4.) - ﴿وَيَدْعُ
الإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولاً﴾
(Dan
manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah
manusia bersifat tergesa-gesa.
[57] Apakah maksudnya?
Jawapan S 4: Maksudnya bahawa manusia tergesa-gesa
menghukum (memutuskan) atas apa yang dihadapinya, berapa banyakkah yang kamu hukum
atas sesuatu perkara jika dilakukan dengan cara itu ia menjadi lebih baik,
tetapi kamu mendapati bahawa pada akhirnya kebaikan itu (tidak berlaku), dan tidak
seperti yang kamu mahu. Dan berapa banyak yang kamu hukum (putuskan) atas
sesuatu perkara itu, serta ia akan kamu dapati sebenarnya ia adalah sesuatu
yang khilaf atas apa yang kamu putuskan itu, dan sebagainya. Maka manusia
kerana kegopohannya mungkin ia mudah tersalah bukan kerana kegopohannya membezakan
antara baik dan jahat, dan kalau sekiranya ia tekun (sabar) dan bertawakkal kepada Allah dan memohon hidayah dari Allah baginya
adalah apa yang lebih dekat kepada cara yang betul, diberi petunjuk oleh Allah kepadanya
dan diterangkan padanya apa yang akan memberi manfaat kepadanya dan sesuai (baik)
dengan keadaannya..
5.) - ﴿فَمَا
لَهُ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ﴾
maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun
dan tidak (pula) seorang penolong. [58]
Siapakah orang dalam ayat ini, adakah
sempurna atau jahil?
Jawapan S 5: Ia adalah pada setiap manusia.
Jawapan soalan saudara:
Soalan 1. Adakah benar nasab saya (di atas)
Soalan 1. Adakah benar nasab saya (di atas)
Jawapan S 1: Semoga Allah menjayakan kamu bagi segala
yang baik dalam nasab keturunan kamu, maka ia Insya Allah nasab yang mulia, semoga
Allah menjayakan kamu dan tidak jadikan nasab kamu milik-Nya itu untuk
berbangga atas orang lain dengan nasab keturunan kamu itu, kerana kamu ditolong
Allah Yang Maha Suci di zaman kemuliaan untuk menjadi pendokong kepada
kebenaran.
3. Ibu bapa saya meninggal dunia dalam mazhab Al-Sunnah dan saya tidak berupaya berbuat apa-apa melainkan mendoakan mereka berdua dan kepada datuk saya, Allah lebih mengetahui dari saya, saya dapati pada masa yang sama amat meresahkan .. Adakah bersalah untuk saya memohon ampunan bagi mereka bertiga.
Jawapan S 3:. Tidak salah pada kamu dalam
mendoakan mereka dan kamu mengatakan dalam doa supaya mereka diakhiri dengan
kebaikan, kerana kamu tidak tahu apa yang dikehendaki Allah diakhiri kehidupannya
dengan kebaikan maka di jadikan untuknya supaya diadili pada kebenaran diakhir kehidupannya.
Jika kamu ingin tahu apa keadaan mereka dan apa yang mereka dapatkan maka
berpuasalah tiga hari berturut-turut dan membaca setiap hari Surah Yassin tiga
kali dan jika dikehendaki Allah kamu akan mengetahui keadaan mereka dalam suatu
rukya atau seperti yang dikehendaki-Nya SWT.
2. Saya menghidap penyakit kronik atas sebab-sebab yang saya tidak tahu asal-usulnya untuk dirawat, saya minta agar tuan dapat mendoakan kepada Allah sopaya menyembuhkan penyakit saya itu.
Jawapan S 2: Saya bermohon kepada Allah untuk menyelamatkan kamu dan merahmati kamu, dan kamu melakukan apa yang dilakukan oleh ahli taqwa dan orang yang mendapat keampunan.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad Al-Hassan
Jamadiy Al-Awwal / 1431 H
✡✡✡✡✡
______________________________
[56] – Muhammad 47:6.
[57] – Al-Israa’ 17:11.
[58] - Al-Thariq: 86:10.
[59] - Yusuf 12:83.
[60] - Yusuf 12:18.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan