Jumaat, 14 Ogos 2015

Wawancara khas pengarah Saluran Tv Savior of Mankind (Iraq) dan Imam Ahmad Al Hassan (as) Bahagian Pertama


Wawancara khas pengarah Saluran Tv Savior of Mankind (Iraq) dan Imam Ahmad Al Hassan (as) Al Yamani yang dijanjikan.
Bahagian Pertama

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):

Dengan Nama Allah Yang Abdundantly Belas Kasihan Yang Sangat Penyayang.

Dialu-alukan kepada semua Ansar dan pelawat di dalam Bilik Ansar Al-Imam Al-Mahdy. Kami amat berbesar hati hari ini untuk menemubual imam yang kita cintai untuk mendengarkan dari beliau. hikmah dan belas kasihan terhadap orang-orang mukmin dalam seruan dakwahnya dan begitu juga kepada yang bukan mukmin, melalui bilik patalk Ansar Ansar Al-Imam Al-Mahdy. di Bahagian Islam.

Tuan, Yamani Aali Muhammad. Semoga Allah mengumpulkan kita dengan tuan, wahai tuan, kami persilakan tuan di hadapan kami hari ini.

Jika tuan sudah bersedia semoga Allah membalas tuan dengan baik.

Imam Ahmad Al-Hassan (as):

بسم الله الرحمن لرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani.

والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Terima kasih kepada semua pendengar kerana hadir di sini dan saya berharap kata-kata saya diterima di antara kamu.
Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa serangan pengganas baru-baru ini. Saya bermohon kepada Allah untuk memberikan kesabaran kepada keluarga mereka.

InsyaAllah, kita mulakan dengan rahmat Allah.

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq):

Selamat datang tuan, semoga Allah memberi ganjaran pada tuan dengan kebaikan

Perancangan “Iraq, Ke Mana Hala Tujunya"

Ia akan membincangkan perkara-perkara penting yang berlaku pada hari ini dan yang dihadapi oleh umat (Iraq).

Adalah jelas kepada semua orang apa yang berlaku di Iraq. Bagaimana kerosakan telah tersebar di Iraq bersama-sama dengan apa yang Da'eish, ISIS lakukan hari ini di Iraq.

Kami ingin betanya pada tuan, ya Maulai mengenai apa yang sedang berlaku di iraq hari ini. Adalah jelas kepada semua orang apa yang berlaku di Iraq hari ini kerana rakyat Iraq mengisytiharkan pendirian mereka kepada ahli-ahli politik yang korup.

Pertama sekali bagaimana tuan melihat orang-orang membuat bantahan awam (protes awam)? Adakah tuan fikir ia datang (sudah) lewat? Melalui bantahan besar-besaran di bahagian tengah dan selatan Iraq?

Imam Ahmad Al-Hassan (as):

Semoga Allah mengalu-alukan saudara.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Di mana sahaja ia berlaku, bantahan untuk menuntut hak adalah satu perkara yang positif dan sihat, dan saya percaya pemerintah harus berurusan dengan mereka atas asas-asas ini.

Pengarah Saluran TV Savior of Mankind (Iraq): (mencelah)

Oleh kerana Iraq telah menghadapi banyak sekali kerosakan (korup) ini.

mikrofon untuk tuan

Imam Ahmad Al-Hassan (as):

Bantahan (protes) di iraq ini adalah hasil daripada kegagalan pengurusan yang sudah berlaku sejak tahun 2003 lagi. Kegagalan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan dalam pembinaan-pembinaan. Malahan dalam mempertahankan Negara.

Kerajaan ini telah memberikan bandar-bandar kepada Da'eish. Untuk berlaku adil kepada rakyat Iraq, rakyat Iraq telah keluar membuat bantahan-bantahan (protes) beberapa tahun yang lalu, dan orang-orang mukmin mengambil bahagian dalam bantahan-bantahan ini. Tiada apa yang dilakukan pada akhirnya, melainkan janji-janji palsu. Iaitu perkhidmatan-perkhidmatan akan disediakan dalam 6 bulan atau lebih.

Ia menjelaskan bahawa orang-orang ini telah gagal. Sebenarnya, mereka juga adalah pencuri-pencuri. Seperti hari ini, rakyat Iraq telah sedar bahawa orang-orang yang berkuasa tidak cekap. Mereka menyedari bahawa ada sesuatu yang benar-benar tidak kena dengan perlembagaan yang mereka undi (pilih)



Saya percaya mereka bersedia untuk menerima padahnya. Seorang Pemuda, Muntadzar, telah menerima padah dalam hidupnya akibat dari bantahan (protes) baru-baru ini

Saya menasihati rakyat Iraq untuk menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada kerajaan ini dan mereka pulalah yang menjadi saksi atas kegagalan ini dan mereka tidak membuat apa-apa usaha untuk membantu:

Saudara-saudara yang di kasihi!

Bagaimana saudara mengharapkan yang baik daripada orang-orang yang mendapat kuasa hanya demi hak istimewa. Apatah lagi mereka mengambil orang-orang yang tidak cekap. dan banyak kecurian berlaku dan janji-janji yang tidak dilaksanakan.

Mereka telah melakukan semua ini selama 12 tahun. Kalau begitu adakah saudara inginkan 12 tahun lagi seperti ini? Juga dengan muka yang sama yang menyebabkan masalah saudara selama ini? Saya berharap agar para penunjuk perasaan yang tercinta menjawab soalan ini.

Mereka sama ada keluar untuk melakukan revolusi dan membuat perubahan sebenar atau mereka akan dengan mudah menjadi mangsa untuk ditipu sekali lagi. Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa orang-orang yang pergi memprotes akan mensabotaj mereka, jadi sesiapa yang pergi ke sana untuk mempertahankan beberapa orang ahli-ahli politik atau sebahagian pihak perlu ditendang keluar. Beberapa orang parasit dan oportunis juga (perlu ditendang keluar), yang kini cuba untuk melantik diri mereka sebagai pemimpin protes. Mereka tidak harus dibenarkan untuk mengkucar-kacirkan protes ini.

itu sahaja dari saya


Mikrofon untuk saudara


akan bersambung

Tiada ulasan: