Selasa, 4 Ogos 2015

Soalan 124: Apakah Hukum Syar’ei Wanita Memakai Seluar


Soalan 124: Apakah Hukum Syar’ei Wanita Memakai Seluar

Soalan 124: Apakah hukum syar’ei memakai seluar dengan tudung kepala (hijab), dan juga apakah hukum syar’ei bagi jubah secara Islam?

Penghantar: Adnan Mahdi


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Seorang wanita tidak wajib menutup muka, tangan atau kakinya. Diwajibkan ke atasnya meliputi (menutupi) bahagian badannya dengan perlindungan yang sebenar, yang bermaksud bahawa tidak boleh berpakaian nipis atau ketat menggambarkan apa yang ada di bawahnya, dengan berseluar, sebagai contoh, jika seorang wanita memakai jubah (pakaian longgar) atau jaket yang menutupi hingga ke lutut dan tidak menzahirkannya, ia tidak sempit (ketat) hingga menggambarkan apa yang ada di bawahnya, tidak ada masalah baginya, bahkan kadang-kadang boleh menjadikan wanita itu lebih terlindung. Jika seluar yang dipakai oleh wanita dan tiada memakai apa-apa di atasnya iaitu tidak ada tudung kepala, ini tidak dibenarkan dan dianggap tidak berhijab secara syar’ei, bahkan mengikut keinginan nafsu dengan memakai seluar dengan cara ini mendedahkan sebahagian besar rambut dan kepala..


                 
             
✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: