Soalan 126 - 130
Soalan 126: Alat Mencegah Kehamilan
Soalan 127:
Dakwah Masih Terhad (Sempit)
Soalan 128:
Mengenai Arak Barli
Soalan 129:
Untuk Memakai Stokin Dan Emas
Soalan 130: Hukum Insurans
Soalan 126: Alat Mencegah Kehamilan
Soalan 126: Bolehkah saya menggunakan IUD (alat
kontrsepsi berupa kumparan kecil panjangnya 3 cm dimasukkan ke dalam rahim
untuk mencegah kehamilan), yang menghalang saya dari hamil, dan adakah dibenarkan
(berusaha) untuk membawa saya menjadi seorang lelaki?
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Boleh digunakan dengan keizinan suami, dan tidak dibenarkan
(berusaha) menjadi seorang lelaki.
✡✡✡✡✡
Soalan 127:
Dakwah Masih Terhad (Sempit)
Soalan 127: Apakah cukup pengumuman kamu bahawa kamu
Mahdi Pertama dari Mahdi-mahdi dengan cara gambaran yang sempit ini (kurangnya pembuktian), dan tidakkah salah dalam
menyampaikan pengumuman itu sehingga ia tidak sampai ke benua yang lain di bumi
yang bulat ini, misalnya?
Penghantar: Sa’ad Majid Abd Al-Nabi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Bagaimana saya boleh tahu bahawa pengumuman dari dakwah
itu suatu gambaran yang sempit?! Kini terdapat pendokong (ansar) di banyak
negara di seluruh dunia, bagaimana mereka tahu dan beriman sekiranya pengumuman
itu suatu gambaran yang sempit? Terdapat pendokong (ansar) di Iran, negara-negara
Teluk dan negara-negara Arab Maghribi, Mesir, Amerika, Jerman, Australia,
Kanada, Sweden, Britain, China dan negara-negara lain di dunia. Pada mereka
yang tidak sampai dakwah, mudah-mudahan mereka ada sebab yang baik, melainkan
seperti yang difirmankan Allah SWT:
﴿وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ
فِيهِمْ خَيْراً لَأسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ
مُعْرِضُونَ﴾
Kalau sekiranya Allah mengetahui
kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan
jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling
juga, sedangkan mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu). [276 Al-Anfal 8:23]
✡✡✡✡✡
Soalan 128:
Mengenai Arak Barli
Soalan 128: Mengenai arak barli (arak - penapaian)
adakah airnya halal atau haram untuk pesakit, dan adakah syarat pada manisnya?
Penghantar: Fathimah Ali
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Jika tidak sempurna proses penapaiannya (pembuatan
arak) dibenarkan untuk minum airnya. Bagi arak barli tidak dibenarkan untuk
minum airnya, walaupun untuk rawatan (iaitu dibolehkan pemeraman barli dan membuat airnya dengan masa atau dengan beberapa cara
lain, tetapi sebelum ia menunjukkan unsur arak).
✡✡✡✡✡
Soalan 129:
Hukum Pakai Stokin Dan Emas
Soalan 129: Untuk Memakai stokin jarang (telus)
halal atau haram, dan memakai emas dan mempamerkannya, dibenarkan atau tidak?
Semoga Allah meneguhkan kamu di jalan yang lurus melalui Imam-imam dan Mahdi-mahdi.
Penghantar: Fathimah Ali
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Dibolehkan untuk menampakkan wajah hanya di
hadapan wanita, dan diwajibkan menutup apa sahaja yang lain dengan penutupan
sebenar. Memakai stokin tidak wajib bagi wanita. Dan dibolehkan memakai emas
bagi wanita, dan ia mustahab (sunat), tetapi haram mempamerkannya di hadapan orang
lelaki, kecuali suami dan muhrimnya, begitu juga cincin perkahwinan yang
dikenali (dipakai) bukan untuk hiasan, dibenarkan memakainya dan dibenarkan menunjukkannya
di hadapan kaum lelaki.
✡✡✡✡✡
Soalan 130: Hukum Insurans
Soalan 130: Apakah hukum dari segi syarak terhadap
insurans hayat (nyawa) atau insurans lindungan penyakit, kemalangan atau
kecurian dan segala bentuk yang ada kaitan dengan insurans?
Penghantar: Shabah Mahdi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
، والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Allah berselawat
atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Insurans: Ia merupakan kontrak (akad, ikatan,
perjanjian) yang dibenarkan di antara pihak-pihak, biasanya syarikat
insurans (insurans) dari satu pihak, dan pihak yang lain biasanya orang atau
orang-orang atau syarikat (yang diinsuranskan atau penginsurans) dari pihak
yang lain.
Pihak insurans menjanjikan kepada penginsurans untuk
membayar kepadanya atau warisnya sejumlah wang jika berlaku kecemasan tertentu yang
terjadi pada perkara tertentu, perkara yang ditentukan dalam tempoh tertentu dalam
menerima sebagai balasan (pampasan) yang diinsuranskannya sejumlah wang dalam
tempoh masa yang tertentu pula.
Permasalahan:
1. Lazimnya penginsurans membayar sejumlah yang
tertentu sebagai premium mengikut polisi dan dalam jangka masa tertentu, melainkan
jika bayaran telah terhenti maka bagi syarikat insurans akan menamatkan polisi
(kontrak) dan mengembalikan semula separuh dari jumlah yang dibayar oleh pihak penginsurans,
jika dia telah membayar sebahagian daripada jumlah premium yang dibayar di
bawah polisinya.
2. Jika penginsurans lambat dalam pembayaran, syarikat
insurans bebas samada akan memberinya atau menamatkan polisi (kontrak) dan mengembalikan
semula separuh dari jumlah yang dibayar oleh pihak penginsurans, jika dia telah
membayar sebahagian daripada jumlah premium yang dibayar di bawah polisinya.
3. Jika syarikat insurans menetapkan sebagai
syarat tidak akan mengembalikan apa-apa daripada (jumlah) premium yang dibayar
oleh penginsurans jika melanggar kontrak atau lambat dalam pembayaran dan syarikat
insurans menamatkan kontrak itu, syaratnya benar.
4. Syarikat insurans mesti komited untuk membayar pampasan
bagi kerugian penginsurans apabila berlaku kerugian itu dan tidak boleh menamatkan
kontrak itu selagi syarikat insurans tidak membuat pembayaran bahkan terpaksa
membayarnya.
5. Syarikat insurans mesti dapat membayar pampasan
bagi kerugian penginsurans yang dikenakan di awal kontrak, jika ditunjukkan ketidakupayaan
selepas permulaan kontrak, penginsurans mempunyai hak untuk menamatkan kontrak dan
pembayaran wang dikembalikan. Dan juga jika berlaku keupayaan selepas tidak
mampu pada mulanya..
6. Jika terdapat defisit (pengurangan) pada syarikat
insurans selepas ia mampu pada mulanya, penginsurans mempunyai hak untuk menamatkan
kontrak itu dan separuh daripada pembayaran wang dikembalikan.
7. Jika syarikat insurans menetapkan sebagai
syarat tidak akan mengembalikan separuh daripada wang itu jika ia telah tidak
berupaya untuk memberi pampasan kerugian dan penginsurans mempunyai pilihan
untuk menamatkan kontrak, Keadaan ini tidak benar.
8. Jika penginsurans menetapkan sebagai syarat mengembalikan
semua bayaran jika keadaan sebenar pada syarikat insurans terdapat defisit (pengurangan).
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan