Soalan 123: Beramah Mesra Dengan Dajjal
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya
Saya seorang jurutera, saya bekerja di sebuah syarikat
awam Amerika khusus dalam membina sekolah dan hospital di Iraq, dan saya sendiri
berfikir yang orang-orang Amerika lebih baik kerana mereka telah memutuskan untuk
menghukum Saddam dan saya lebih senang duduk-duduk dengan jurutera-jurutera Amerika
dan menganggap mereka kawan-kawan saya, tetapi saya kini menyesal dan amat
kesal kerana duduk-duduk berhubungan dan beramah mesra dengan mereka.
Kini, selepas saya membaca ucapan (khutbah) tuan
bahawa tuan menganggap Amerika adalah Dajjal, dan ia adalah fitnah (bencana), saya
tertanya-tanya: Adakah diterima taubat orang-orang yang beramah mesra dan
berjalan di belakang orang-orang Amerika?
Adakah diterima taubat mereka sekarang jika mereka
bertaubat sebelum keluar Imam (as)? Atau bahawa Imam akan menentukan tindakan untuk
menghapus dan membunuh mereka walaupun mereka bertaubat? Jika apa-apa yang
berlaku ketika fitnah dajjal tidak akan diterima taubat?
Berilah jawapan kepada kami .. Semoga Allah
memberi balasan kepada orang yang berbuat baik
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
dan Allah berselawat atas Muhammad dan Aali
Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Orang-orang Amerika jika bertaubat dan beriman, Allah
menerima taubat dan iman mereka dan ketahuilah bahawa penciptaan yang sangat
dikasihi Allah adalah orang muda yang bertaubat daripada dosa. Seperti dalam firmanNya
AWT:
﴿قُلْ يَا عِبَادِيَ
الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ﴾
Katakanlah: "Hai
hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [273 Al-Zumar 39:53].
kemampuan bagi orang-orang yang
bertaubat dan beriman dengan meneruskan semula amalan dalam mentaati Allah, dan
melakukan amalan yang diredhaiNya Yang Maha Suci:
﴿وَلَلْآخِرَةُ
خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى﴾
Dan sesungguhnya hari kemudian itu
lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). [274 Qashash 93:4]
Dan ingati Allah, kerana dengan mengingatNya memberi
perubahan dan menyucikan hati.
﴿وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا
فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا
لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى
مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾
Dan
(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri
sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka
tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [275 Al-Imran 3:135].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan