Rabu, 12 Ogos 2015

Soalan 253: Adakah Isa Al-Masih Menggunakan Perkataan Bapa Atau Bapaku


Soalan 253: Adakah Isa Al-Masih Menggunakan Perkataan Bapa Atau Bapaku

Soalan 253: Dengan namaNya Yang Maha Tinggi ... kepada yang dikasihi Al-Syed Ahmad Al-Hassan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatNya.
                                                                              
Adakah Isa Al-Masih sendiri menggunakan perkataan bapa atau bapaku? Apakah yang dimaksudkan dengannya? Adakah saya boleh menghantar rukya (mimpi) untuk tujuan melihat tafsirannya dari Al-Syed yang dikasihi.. Semoga Allah menjayakan kita untuk menyokong dan membelanya.

Penghantar: Al-Khadimah

Jawapan:
         
بسم الله الرحمن لرحيم،
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
                  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                             
Segala puji bagi Allah, Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

J 1: Ya, Nabi Isa (as) telah menggunakan perkataan ini, bapa atau bapaku atau bapa kamu, dan perkataan ini juga ada di dalam Taurat, tetapi Isa (as) dilahirkan tanpa bapa yang diketahui oleh semua manusia bahawa bapa hakiki dan asal hakiki (sebenar) mereka adalah Allah SWT; dan untuk mengetahui bahawa apa yang dituntut daripada mereka adalah bahawa mereka mesti mempunyai sifat-sifat Pencipta mereka dan Bapa (hakiki) mereka (Anak-anak (hakiki) Allah dalam Penciptaan) [92] Allah SWT telah menjadikan dari shurahNya (gambaranNya) SWT
(خلق الله آدم على صورته)
(Allah menciptakan Adam dari shurahNya) [93].

J 2: Anda boleh mengirim rukya (mimpi) untuk mendapatkan tafsirannya dan saya sedia berkhidmat kepada anda.


Ahmad Al-Hassan
         

✡✡✡✡✡

--------------------------
[92] - Kulainiy meriwayatkan dari Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, dari Al-Naufiliy, dari Al-Sakuniy, dari Aba Abdillah (as), katanya: (Rasulullah (S) bersabda: Penciptaan anak-anak (hakiki) Allah. Maka akan dikasihi penciptaan kepada Allah daripada manfaat anak-anak (hakiki) Allah dan dimasukkan atas penghuni rumah keseronokan) Al-Kafi: Jilid 2: halaman 164, dan Wasail Al-Syiah Aali Al-Bayt: Jilid 16: halaman 341..
[93] - Sheikh Kulainiy meriwayatkan dengan sanad: dari beberapa sahabat kami, dari Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, dari Abdullah bin Bahar, dari Abi Ayub Al-Khazaz dari Muhammad bin Muslim, beliau berkata: Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai riwayat mereka: Bahawa Allah menciptakan Adam atas shurahNya (ImejNya): Maka beliau berkata: (Ia adalah shurah (Imej) makhluk yang diwujudkan dan pilihan Allah dan dipilih atas seluruh kepelbagaian shurah (Imej), Maka ditambahkan kepada dirinya, sebagaimana ditambahkan atas diri Kaabah, iaitu Roh pada dirinya, Maka Allah berfirman:
﴿بَيْتِيَ، ﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي﴾
"rumah-Ku," "dan telah meniupkan padanya ruh-Ku,): c 01:00 134.




Tiada ulasan: