Isnin, 31 Ogos 2015

14 08 2015

14 08 2015
  
KHUTBAH PERTAMA

 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Bolehkah kita mengagak terhadap takdir Allah? Perhatikan girman Allah ini:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ * يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, * (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai. * mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?" [Al-Zhaariaat 51:10-12]?

﴿ قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ﴾:
[Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja]

Iaitu penganggar (yang menganggar dan yang mengagak) terhadap takdir Allah, dan sudah tentu setiap anggaran (agakan) adalah bertentangan dengan takdir Allah, maka takdir (anggaran)nya batil dan dusta, mereka ini adalah para pengagak yang khilaf terhadap takdir Allah, Orang-orang yang berdusta mengagak takdir Allah dan urusan Allah, dan mereka adalah orang-orang yang mendustakan Al-Qaim (as) tidak beriman (percaya) kepadanya; kerana mereka mahu didatangkan menurut takdir *ketentuan) mereka dan mereka tidak mengikut kadar yang ditentukan kepadanya oleh Allah SWT.

﴿الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ﴾
[orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai.]:
iaitu mereka ini adalah orang-orang yang tenggelam (kagum) dengan dunia, lalai tentang akhirat dan yang ghaib dan kerajaan langit (Al-Malakut). Maka mereka lalai (jahil) dengan dunia ini dan tercungap-cungap di belakang Al-Qaim Hujjah Allah (as). Tidak ada yang mereka bimbang melainkan dunia ini, mereka merendahkan Al-Qaim Hujjah Allah dan Jihad yang dibawanya, sebagai kesengsaraan dan keletihan untuk meninggikan kalimah Allah. Mereka penduduk dunia yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai, agama dan Al-Qaim Hujjah Allah hanya di lidah-lidah mereka
[Seperti mana kata Imam Al-Hussein (as): (Manusia hamba di dunia ini, dan agama hanya di lidah lidah mereka. Mereka memegangnya selagi ia memenuhi kehidupan mereka yang selesa. Tetapi apabila datang ujian, pemegang agama menjadi sangat sedikit), yang mencukupi bagi mereka yang mengurusnya.].

Manusia bercakap dan berkata mengenainya, tetapi mereka tidak bersedia untuk menyokong beliau, kerana dia menentang dunia mereka dan memaparkan kehidupan dan kepentingan mereka kepada bahaya.

﴿يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾
[mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?"]:
ini alasan yang buruk cara mohon keuzuran padanya, dan yang mereka katakan adalah, Al-Qaim atau Al-Mahdi tidak akan bangkit sekarang dan masih lama lagi, Agama dalam keadaan baik belum tersebar kerosakan dan ketidakadilan di mana-mana jua.

Maka (Bilakah hari kiamat), dan seolah-olah mereka tidak melihat bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan oleh Amerika dan talibarutnya, bahkan mereka, bersama mereka-itu (Amerika). Merekalah yang mendakwa mewakili agama, Merekalah yang merusakkan, tetapi mereka menyangka bahawa mereka berbuat yang sebaik-baiknya.

[Firman Allah yang bermaksud: [Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" * Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.] AlKahfi: 18:103-104.],

sehingga membawa mereka kepada kerosakan dan kebencian Al-Qaim (as). kerana mereka hidup dengan kelebihannya, dan di bawah bayang-bayang namanya (as), tetapi mereka tahu bahawa kebangkitannya (as) bermaksud menjatuhkan ketua-ketua agama palsu mereka dan menghormati kejahilan mereka, dan Dan berharap mereka cuba menukar manusia dari Al-Qaim, Al-Mahdi Hujjah Allah (as) dan dari menolongnya. Mereka (as) telah menyebutnya dalam doa: (Mereka melihatnya dari jauh), mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?!

Imam mengatakan: (Ya Allah bukakanlah kesedihan ini dari umat ini dengan kehadiran beliau, dan percepatkanlah Ya Allah, penampilannya bagi kami, bahawa mereka melihat adalah masih jauh dan kami lihat tidak lama lagi, dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih lagi Penyayang) Mishba7 Al-Mutahijad: halaman 552.

                                
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٣ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿٤ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٥ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ﴿٦

KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Doa, Takdir dan Kepuasan

Terdapat kekeliruan tentang bagaimana untuk membezakan di antara ketentuan Allah yang patut berpuas hati dengan nasib dan ketentuan Allah untuk berdoa dan bermohon kepada-Nya Swt dan meminta sesuatu walaupun perkara yang paling kecil.
Dalam erti kata lain, tidakkah perintah untuk berpuas hati dengan nasib bercanggah dengan perintah untuk berdoa? Dan bagaimana kita boleh mengamalkan kedua-dua arahan?

Imam Ahmad Al-Hassan (as) telah menjawab persoalan ini” Katanya

Doa kita untuk nasib yang akan datang agar menjadi baik untuk kita tidak berlawanan dengan kita berpuas hati dengan nasib dan realiti semasa pada kita. Sebagai contoh, saya berpuas hati dengan penyakit saya sekarang kerana ia termasuk dalam takdir Allah dan pada masa yang sama saya berdoa agar saya sembuh selepasnya. Jadi pengetahuan saya bahawa penyakit saya pada masa ini termasuk dalam takdir Allah dan kepuasan saya dengannya tidak bermakna yang saya tahu atau mengatakan bahawa Allah menentukan supaya saya tetap sakit selama satu hari atau setahun lagi atau terus kekal dalam hidup saya, dan seterus mengatakan bahawa saya berpuas hati dengan takdir Allah yang tidak berubah dan oleh itu saya tidak perlu berdoa.

Dan walaupun anda tahu dari Allah melalui satu daripada laluan bagi mengetahui perkara ghaib, seperti rukya (alamat mipi) bentuk amaran, bahawa peristiwa ini akan berlaku esok dan ia adalah berbahaya dan menyakitkan, anda tetap boleh berdoa kepada Allah atau bersedekah supaya Allah akan menolak perkara yang membahayakan ini, kerana ia bukan satu takdir Allah yang tidak berubah dan juga tidak ditulis dalam Ummu Al-Kitab (Ibu Suratan), sebaliknya ia adalah begitu ketara dalam salah satu kemungkinan yang sedia ada dalam Lauh Penghapusan dan Pengesahan bagi sesuatu perkara dan ia mungkin tidak berlaku tetapi kemungkinan lain mungkin berlaku sebaliknya.

Oleh itu, kita berdoa kerana kita tidak tahu keputusan akhir dan muktamad yang akan berlaku, yang mana takdir Allah pada masa depan untuk kita. Dan kita berdoa agar kemudaratan kita yang dikenakan itu kerana kesilapan kita, supaya tidak dikekalkan.

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

((Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.)) Surah ash- Shura  42:30 .

Dan doa kita tidak bercanggah dengan kepuasan hati kita dengan takdir Allah diletakkan kepada kita sekarang, dan ia adalah satu realiti pada kita di dalam hidup ini dan kita bersyukur kepada Allah untuk itu.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                            

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]



اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣





Soalan 465:


Soalan 465:
1.   Bekerja di tempat daging babi
2.   Pemandu yang mengangkut yang tidak Halal
3.   Bolehkah menipu bank bukan Islam
4.   Tafsiran ayat Rabbi_syrah li
5.   Tafsiran khutbah Al-Kautsariyah






بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على أشرف الخلق محمد وعلى آله الطيبين الطاهرين الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan selawat dan salam atas penciptaan yang mulia Muhammad dan keluarganya yang baik-baik dan disucikan, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa untuk menjadi tuan dalam kebaikan dan dilindungi Allah daripada segala kejahatan dunia ini dengan haq

[لا إله إلا هو الحي القيوم]

Tuan, saya ada beberapa soalan jika boleh diberikan jawapannya:

Soalan pertama: Adakah dibenarkan bagi seseorang bekerja di tempat daging babi untuk dijual, walaupun ia tidak menjualnya kepada orang Islam, dan juga kedai yang bukan miliknya, tetapi hanya seorang pekerja di kedai tersebut?

Soalan kedua: jika seorang pemandu lori dalam sebuah syarikat, yang menggajikan untuk mengangkut daging yang tidak Halal atau lain-lain, adakah ia haram? Adalah diketahui bahawa orang itu juga hanya seorang pemandu dan lori pengangkut itu bukan miliknya.

Soalan ketiga: Adakah dibenarkan untuk menipu bank bukan Islam dan membuat pinjaman dari mereka dan kemudian jika dia boleh mendapatkan semula jumlah ini dikembalikanya kepada mereka dan jika dia tidak dapat mengembalikannya?

Soalan keempat: Apakah tafsiran ayat:

﴿قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي * وَاجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي﴾

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, * dan mudahkanlah untukku urusanku, * dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, * supaya mereka mengerti perkataanku, * dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, [47]?

Soalan kelima: Apakah tafsiran khutbah Al-Kautsariyah?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh: Muhammad Al-Suwaifiy – Kanada

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                           
Boleh bekerja di kedai yang menjual daging tetapi tidak dibenarkan untuk dimakan, seperti daging babi atau daging-daging yang tidak disembelih secara Syar’ei.

Adalah juga dibenarkan untuk bekerja sebagai pemandu lori membawa daging tetapi tidak dibenarkan untuk dimakan, juga tidak boleh bekerja di tempat yang melibatkan penjualan alkohol atau sebagai pemandu lori yang membawa arak.

Bagi urus niaga dengan bank-bank yang dimiliki oleh bukan Islam atau yang dimiliki oleh Nawasib (nasibi) yang menentang dan kekal bermusuh dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi maka dibenarkan untuk membuat pinjaman yang dikenakan faedah dari mereka, atau mendeposit (menyimpan) dengan pemilik mereka dan mengambil faedah daripada mereka, di mana tidak ada riba antara seorang mukmin dan orang bukan Islam atau di antara seorang mukmin dengan nasibi yang menentang dan bermusuh itu.

Jika dibuat pinjaman dari orang-orang seperti itu, ia tidak dapat membayar balik tidak ada kemusykilan. Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu.

Jawapan Soalan 4:

﴿قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي * وَاجْعَل لِّي وَزِيراً مِّنْ أَهْلِي﴾

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, * dan mudahkanlah untukku urusanku, * dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, * supaya mereka mengerti perkataanku, * dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,

Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ * وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa: "Datangilah kaum yang zalim itu, * (yaitu) kaum Fir'aun. Mengapa mereka tidak bertakwa?” * Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku. * Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah kepada Harun. [48]).

Doa Nabi Musa (as) jelas bahawa dia minta kepada Allah untuk perkara berikut:

Lapangkanlah untukku dadaku,
Dan mudahkanlah untukku urusanku,
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Supaya mereka mengerti perkataanku,
Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,

Dalam ayat-ayat tersebut sebab Musa (as) meminta (lepaskan kekakuan lidahnya) supaya difahami apa yang dikatakannya. Dan juga sebab meminta untuk melapangkan dadanya, kerana dia takut yang menyempitkan dadanya dan tidak bergerak lidahnya.

Kesimpulan yang jelas, bahawa Musa (as) ada masalah dalam menyebut dan menyampaikan maklumat kepada orang lain, dan masalah ini sebahagiannya diselesaikan pada Musa (as) khususnya, dan diselesaikan sepenuhnya pada risalah Musa (as) dengan terutusnya Harun (as) sebagai penolong (wazir) yang telah dilantik untuk menyampaikan risalah.

Allah telah memperkenankan doa Musa (as) dan telah mengakhrinya dengan penuh hikmah, Musa mahu menyempurnakan dengan keupayaannya untuk menyampaikan kepada mereka dengan meminta supaya diutus Harun bersamanya, sebagai penolong (wazir), Allah telah menyempurnakan keupayaan Musa (as) untuk menyampaikan dengan kuasa tertentu, dan melengkapkannya dengan Harun (as), Allah mengutus Harun (as) sebagai mengabulkan permintaan Musa (as), dan menjadikan pengutusannya dengan penuh hikmah dan ia adalah dengan menyelesaikan masalah Musa (as) dalam menyampaikan kepada Firaun dan kaumnya, iaitu orang-orang yang diutus Musa (as) kepada mereka itu,

﴿قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى﴾

Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, hai Musa". [49].

Dan Allah Taala telah menerangkan bahawa masih terdapat kekurangan dalam penjelasan Musa (as) yang belum diangkat apabila menceritakan kata-kata Firaun:

﴿أَنَا خَيْرٌ مِّنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ﴾


Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? [50

Allah Taala berfirman dalam mengisahkan kata-kata Musa (as):

﴿وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَاناً فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءاً يُصَدِّقُنِي إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ﴾

Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku; sesungguhnya aku khuatir mereka akan mendustakanku". [51

Maka Musa (as) sendiri masih ada sesuatu bersamanya sesuatu kekurangan dalam penjelasannya, dan ini adalah kehendak Allah sebagai punca kebimbangannya kepada para penyembah yang batil seperti Firaun dan tenteranya dan mereka meremehkannya kerana (kononnya) mereka lebih layak dari Musa, dan mereka di pihak yang benar sementara Musa (as) (semoga dijauhkan Allah) di pihak yang bathil:

﴿وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ * أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِّنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ * فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَاء مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ * فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ﴾

Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat(nya)? * Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? * Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?" * Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik. [52 Al-Zukhruf 43:51] 


Dia berpaling kepada ucapan Firaun yang agamanya tidak berbeza daripada ucapan ulamak sesat pada hari ini, maka dia pun berkata seperti berikut:

"Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihat(nya)?

iaitu, dia berkata kepada kaumnya: Lihatlah, Sesungguhnya Allah menolongku dan membolehkan aku memerintah Mesir dan aku gembira dengan urusan pemerintahanku, kalau Musa (as) benar tentulah Allah memberikan kepadanya dan bergembira dengannya. Ini adalah anggapan yang salah pada agama pertama ketika Firaun dan ulamak sesat pada setiap zaman.

Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?:

Firaun berkata, bahawa Musa (as) tidak dapat menjelaskan, maka sekiranya Allah SWT memperbaiki lisannya dalam bentuk yang sempurna, dan tidak lagi dia tidak lancar dalam berbicara. Oleh itu akibatnya; Firaun sendiri menganggap dirinya sebagai yang terbaik; kerana dia mengira pada kenyataannya bahawa tidak ada kekurangan pada lisannya, dan ini anggapan salah yang kedua, dan ulamak sesat telah terjangkit dengan rentak gendang mereka pada hari ini, seolah-olah Firaun itu di hadapan daripada mereka dan guru yang mengajar mereka, hampir tidak pernah berbeza pada kata-kata dan perbuatannya.

“Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?":

kata-kata Firaun, ulamak sesat dan pengikut mereka pada hari ini sama-sama berkongsi perkataan: Allah yang mengutusmya dan yang mengutus Imam Mahdi, sudah tentulah tidak perlu disediakan kepadanya dengan semua keupayaan, seperti kemampuan kewangan dan keupayaan mukjizat untuk dipaksakan supaya beriman.

Tidakkah kamu lihat ayat yang menjelaskan bagaimana Firaun berkata beribu-ribu tahun yang lalu, perkataan yang betul-betul sama diulang semula oleh ulamak sesat hari ini:

“Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?",

maksudnya hendaknya mereka mendatangkan sesuatu yang terkeluar daripada adat kebiasaan maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, maka diperteguh dengan mukjizat itu suatu penjelasan secara paksa, jika Allah bersamanya dan malaikat-malaikat juga bersamanya.

Mereka mahu dipaksa dalam iman, tidak memberi manfaat kepada mereka tongkat berubah menjadi ular, sebab ada ramai dari mereka selain Musa melakukannya, jika ia memikat hati, dia adalah ahli sihir, walaupun besar kekalahan mereka dan lebih mahir daripada mereka, tetapi tidak akan pernah dan tidak mungkin ia seorang Rasul dari Allah.

Tidak memberi manfaat kepada mereka tangan putih untuk menunjukkan kesucian Musa (as), dan bagaimana untuk memberi manfaat kepada mereka?! Walaupun ia memberi manfaat kepada mereka kerana mereka memerlukannya, Dan adakah kejernihan dan kesucian hati Musa (as) tersembunyi dari mereka kerana mereka telah bergaul dan mengenalnya sebelum dan selepas diutus.

Tidak memberi manfaat kepada mereka (air sungai) Nil bertukar warna merah, mereka tetap boleh membantah bahawa ini adalah perkara biasa, kerana air sungai Nil bertukar warna darah akibat daripada pertempuran berdarah mewarnai aliran sungai Nil sebelum mereka sampai, dan hanya dengan mengatakan apa hubungan Musa (as) dengan perkara ini?! Akibatnya mereka mahu mendustakan segala keterangan dengan apa jua cara, kerana mereka akan lebih suka buta meraba-raba dan tersesat daripada melihat dan hidayah, dan iniah yang tidak diperlukan Firaun dan ulamak sesat untuk dilebihkan, tetapi cukup dengan beberapa perkataan, cukup bagi Firaun dengan mengatakan, bahawa Musa (as) cacat dalam penyampaian ucapan, dan Musa (as) tidak datang dengan keterangan mukjizat yang jelas, tidak ada kekacauan dan kesamaran di dalamnya, untuk melihat Firaun dan ulamak sesat lebih ramai orang yang mengikuti mereka dan yang bodoh tiada tandingannya kerana mereka sentiasa menyesal (degil).

Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.

Betapa pahitnya penghinaan dilakukan kepada Ali (as) Dia berkata dia merasakan kepahitan yang ditanam sebagai bilah pisau dalam mulutnya (dan melekat di tekak) ([53]).

Ia benar-benar pahit, kamu dapati Allah SWT mendedahkan Firaun dan ulamak sesat dengan suara lantang menunjukkan dan menyatakan dengan tangan dan perbuatan mereka sendiri pada percanggahan-percanggahan dan jalan-jalan penyelewengan mereka yang mengikut hawa nafsu kebathilan dunia dan dengan semua orang yang mengikuti mereka ini, dan mereka berandaian memberi alasan rapuh atas tindakan penyelewengan mereka dengan kata-kata dan tingkah laku mereka menyeleweng dan memutarbelitkan syari’at.

والحمد لله رب العالمين.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Saya nasihatkan kamu dan orang-orang mukmin supaya kamu berlaku baik pada isteri-isteri kamu, kaum kerabat kamu. Semoga Allah menolong kamu, Kerana berlaku baik dengan isteri yang mukminah memudahkan urusan untuk kebaikan dunia dan akhirat, Ia membina kehidupan dan menghapuskan kemiskinan dan kejahatan, Saya bermohon kepada Allah untuk kamu kebaikan akhirat dan dunia serta perbaikan (islah) di antara kamu, dan Semoga Allah membantu kamu segala yang baik.


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431 H




✡✡✡✡✡


______________________________
[47] - Tha Ha 20:25-29.
[48] - Al-Syu3araa’ 26:10-13.
[49] - Tha Ha 20:36.
[50] - Al-Zukhruf 43:52
[51] - Al-Qashash 28:34
[52] - Al-Zukhruf 43:51-54.
[53] - 3ilal Al-Syarai4 Jilid 1 bab 122 halaman 150-151.




Ahad, 30 Ogos 2015

Soalan 464: Hukum dan Masalah Perkahwinan


Soalan 464: Hukum dan Masalah Perkahwinan

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Salam atas mu Saidi Wa Maulai. Yamani Aali Muhammad (as) dan pada setiap Ansar. Semoga Allah menjadikan kita teguh atas Al-Wilayah Insya Allah.

Tuan, Saya ada soalan, saya berharap dapat dijawab jika saya berhak mendapatkan jawapannya.

Soalan saya ialah: Manakah yang lebih baik untuk seseorang gadis berkahwin atau belajar?

Apabila seorang ansar melamarnya dia berhenti dari belajar dan berkahwin lebih baik atau menghabiskan pelajarannya? Apabila menolak untuk berkahwin adakah ia satu dosa kerana keengganannya pada auliak Allah dan dia menolak, kerana mereka tidak menerima wanita yang menghabiskan pelajarannya, Bolehkah dia berkahwin dengan bukan seorang ansar? Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan seorang winita bukan ansar? Inilah soalan-soalan saya dan saya berharap tuan menjawabnya dan mendoakan saya apa yang tuan lihat sesuatu yang mengislah saya.

Dihantar oleh: Narjis – Iraq

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                           
Jika terdapat percanggahan antara perkahwinan dan meneruskan pelajaran, maka perkahwinan adalah lebih baik bagi wanita, tetapi ia boleh meninggalkan perkahwinan itu dan menamatkan pelajarannya jika dia lebih suka belajar, atau berkahwin dan menamatkan pelajarannya jika tidak ada pertentangan antara keduanya.

Dan wanita mukminah kepada kebenaran boleh berkahwin dengan seorang yang beriman dengan Imam-imam dan Mahdi-mahdi dari ahli (pengikut) kebenaran, atau berkahwin dengan seorang Islam yang berbeza (bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi. Dan berkahwin dengan bukan mukmin adalah makruh bagi seorang mukminah, adalah lebih baik bagi mereka mengelakkan berpasangan dengan yang bukan mukmin.

Bagi lelaki beriman, dia boleh berkahwin dengan mukminah (ansariah) atau muslimah yang berbeza (bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi, dan juga dibenarkan untuk beliau berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi Ahli Kitab.

Dan saya bermohon kepada Allah untuk kamu kebaikan di dunia dan akhirat, dan menjadikan kamu teguh atas kebenaran dan mendokong kebenaran, dan memudahkan urusan kamu yang disukai dan diredhai Allah Yang Maha Suci.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431 H



✡✡✡✡✡



Soalan 462-463:

Soalan 462-463:

Soalan 462: Berkata Benar
Soalan 463: Bai’ah Secara Terbuka Atau Dalam Hati Sahaja

Soalan 462: Berkata Benar

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Salam atas mu Saidi Wa Maulai. Yamani Aali Muhammad.

Bolehkah salah seorang Ansar ketika ditanya: Adakah kamu melihat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dengan jawapannya ialah ya, pada hal dia bermaksud melihatnya dalam rukya, sebagai contoh?

Dihantar oleh:: Iyad

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                           
               
Semoga Allah membantu kamu segala yang baik dan membimbing kamu, pada kejujuran dan lebih selamat, katakanlah yang sebenarnya seperti yang dikehendaki Allah kepada iman semoga dia akan beriman. Semoga Allah membantu kamu dan membimbing kamu dan meneguhkan jalan-jalan kamu.
            
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431 H



✡✡✡✡✡




 Soalan 463: Bai’ah Secara Terbuka Atau Dalam Hati Sahaja

Mestikah ikrar taat setia (bai’ah) secara terbuka atau mungkin hanya dalam hati (taqiyah)?

Saya berada dalam keadaan yang tidak membenarkan saya untuk mengumumkan bai’ah saya, dan saya mempunyai keluarga dan saya ketua mereka Saya mempunyai tiga orang anak perempuan, apa yang perlu saya lakukan??

اللهم صل على محمد وآل ومحمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Terima kasih..

Dihantar oleh: Baasim – Mesir

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                           
Jika keadaan kamu tidak mengizinkan kamu untuk mengumumkannya, kamu boleh menyembunyikan iman kamu, jika terdapat dari pandangan kamu ia baik, atau yang membolehkan kamu menyampaikannya, walaupun dengan membimbing untuk membaca dan mendengar melalui saluran yang ada.

Semoga Allah membantu kamu segala yang baik dan membimbing kamu, dan meneguhkan jalan-jalan kamu kepada kebenaran.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awwal / 1431 H



✡✡✡✡✡