VII:
Tasyahud
Ia
wajib dilaksanakan satu kali dalam sholat-sholat dua rakaat, dan dua kali dalam
sholat-sholat tiga rakaat dan empat rakaat. Jika melanggarnya atau salah satu
darinya dengan sengaja akan batal sholatnya.
Dan
setiap satu dari Tasyahud wajib atasnya lima perkara:
1.
Duduk sekadar membaca Tasyahud,
2.
Membaca dua kalimah syahadah
3.
Berselawat atas Nabi dan keluarga baginda
(as),
4.
Bentuk bacaannya:
اَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَهَ
إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ
Asyhadu An La Ilaha Ilallah Wahdahu La
Syarika lah
واَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Asyhadu Anna Muhammadan 3abduhu Wa
Rasuuluh
kemudian selawat atas Nabi dan keluarga baginda dengan
menyebut:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَآلِ مُحَمَّد
Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad.
5.
Sesiapa yang tidak baik bacaan Tasyahudnya,
dia mestilah mencari jalan memperbaiki bacaannya secepat mungkin, maka perlulah
belajar bacaan yang baik daripadanya.
Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah duduk Tawarruk, keadaannya: duduk di atas paha kiri, dan kedua-dua kakinya di luar, membuatkan nampak kaki kirinya ke bumi, dan kaki kanannya di atas tapak kaki kiri, dan membaca tambahan dari apa yang wajib dengan tahmid dan doa.
VIII:
Memberi Salam
Ia
wajib, tidak keluar (berakhir) sholat melainkan dengan memberi salam, ia adalah
dengan berkata:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamu 3alaiku Warahnatu-Llahi Wabarakatuh
Dan
perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah memberi salam ke
arah Kiblat dengan satu salam, dan menjeling dengan ekor matanya ke kanan, dan
imam ke halaman mukanya (hadapan), begitu juga dengan makmum. Kemudian hendaklah
dengan menjeling ke sebelah kiri memberi salam sekali lagi ke kirinya, dengan mukanya
juga tetap menghadap ke halaman hadapan.
Perkara
yang perlu diperhatikan dalam sholat, ada lima perkara:
Pertama: Berdoa selepas setiap dua
takbir dari enam takbir-takbir (Takbiraat) tambahan kepada Takbiratu l-Ihram yang
menjadi tiga kali setiap dua takbir dan kemudian berdoa, kemudian dua kali lalu
berdoa, dan kemudian takbir dua kali dan juga berdoa. Maka yang pertama daripada
tujuh takbir adalah Takbiratu l-Ihram dan dituntut bersamanya berniat untuk
dirikan sholat, dan sholat akan bermula pada masa itu.
Kedua: Qunut, dilakukan dalam
setiap sholat dua rakaat sebelum rukuk dan selepas membaca (Al-Hamd dan surah).
Dan mustahab berdoa dengan zikir-zikir yang diriwayatkan, dan hanya perkara
yang dia kehendaki dan sekurang-kurangnya sekadar lafaz tiga tasbih, begitu
juga mustahab untuk qunut selepas rukuk terakhir setiap sholat. Pada hari
Jumaat ada dua kali qunut, yang pertama sebelum rukuk, dan kedua selepas rukuk,
Jika terlupa qadhakan selepas rukuk.
Ketiga: Pada masalah tempat
pandang ketika berdiri ke tempat sujud, jika qunut pada tapak tangannya, jika rukuk
di antara dua kakinya, dalam hal sujud di hujung hidungnya, dan ketika Tasyahud
ke batunya, dan lebih baik agar mengurangkan penglihatan di dalam sholat.
Keempat: Pada masalah meletakkan tangan,
ketika berdiri diletakkan di atas dua pahanya di bahagian atas lututnya, dan ketika
Qunut berhadapan dengan mukanya, dan ketika rukuk di atas lututnya, dan ketika sujud
bertentangan dengan telinganya, dan ketika Tasyahud di atas dua pahanya.
Kelima: Ulasan, sekurang-kurangnya
dilakukan tiga Takbir sebelum meninggalkan (mengakhiri) sesuatu sholat. Ia menyempurnakan
sepuluh Haji (Hujaj) dan kesempurnaan makrifah, dan afdhal membaca Tasbih Al-Zahraa’
3alaiha Al-Salam, termasuk berdoa dengan doa-doa yang diriwayatkan, dan hanya perkara-perkara
yang memudahkan.
Penutup:
Yang Menghentikan Sholat
Ada
dua bahagian, pertama: Yang dibatalkan secara sengaja atau tidak
sengaja, ia adalah semua perkara yang membatalkan Thaharah (keadaan suci) sama
ada gangguan yang diusahakan atau yang berlaku, seperti air kencing, najis dan apa
yang membawa kepada wajibnya mengambil wuduk, dan apa yang membawa kepada wajibnya
Ghusl (mandi) seperti junub dan haid.
Kedua: Yang tidak membatalkan melainkan
dengan sengaja, iaitu: meletakkan yang kanan sebagai kiri, dan memberi
perhatian kepada yang di sebaliknya, dan berkata-kata lebih dari dua perkataan,
dan tergelak ketawa, dan banyak melakukan pergerakan yang bukan perbuatan sholat,
menangis atas perkara-perkara duniawi, makan atau minum banyak atau sedikit,
maka janganlah merosakkan sholat dengan membawa sisa makanan dalam mulut, atau
minum air dalam sholat Witir bagi mereka yang sangat dahaga kerana dia mahu berpuasa
pada waktu pagi selepas malam itu, tetapi tidak menjaga kiblatnya. Dan makruh bagi
lelaki yang rambutnya kusut.
Makruh
memandang kiri dan kanan, dan menguap, dan berlama-lama (Al-Tamaththi), dan terburu-buru
(Al-3abits), dan meniup tempat sujud, dan berkahak (Al-Tankhim), dan meludah,
atau mematah-matahkan jarinya, atau meraung atau merintih dengan satu perkataan,
atau mengeluarkan air kencing, najis atau angin. jika sempit ringan mustahab
baginya supaya menghentikan sholatnya.
Empat
masalah:
Pertama: Apabila seseorang bersin
dalam sholat mustahab baginya untuk memuji Allah, begitu juga selain bersin
mustahab menyebut namaNya.
Kedua: Apabila ia diberi salam boleh
jawab salam dengan berkata: Salamun 3alaikum dan bukan dengan
berkata: Wa 3alaikumu s-Salamun.
Ketiga: ia boleh berdoa dengan
semua jenis doa termasuklah bertasbih atau bertahmid, atau meminta sesuatu yang
diharuskan dari perkara-perkara dunia dan akhirat, berdiri, duduk, rukuk dan
sujud, serta tidak boleh meminta sesuatu yang haram, Walau terpaksa
melakukannya pada hal dia tahu pengharamannya membatalkan sholatnya.
Keempat: Adalah dibenarkan bagi seorang
yang sedang sholat untuk menghentikan sholatnya jika dia takut kerosakan kepada
hartanya, atau melarikan diri daripada musuh, atau kecederaan anak-anaknya dan
sebagainya, dan tidak boleh menghentikan sholatnya jika ada pilihan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan