Rabu, 2 September 2015

Soalan 50: Rukya melihat Al-Syed, Khums dan daging import

Soalan 50: Rukya melihat Al-Syed, Khums dan daging import 

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Aku berlindung pada Allah dari Al-Ana (Aku) adalah salah seorang dari para mukmin dengan dakwah yang Allah beri nikmat kepada mereka dengan nikmat ini, saya telah melihat rukya Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dia di antara orang-orang yang mengiringi Al-Imam Al-Hujjah (aj), saya seolah-olah kenal peribadinya, dia adalah Al-Syed, untuk pengetahuan saya adalah bertaqlid kepada Al-Syed Ali Al-Musawi, iaitu dari firqah Al-Syeikhiyah (pengikut Syeikh-syeikh). saya berharap tuan berikan saya maklumat mengenai Khums dan Zakat, serta pendapat Al-Syed mengenai daging diimport dari India melalui Kuwait, ia adalah daging cincang anak lembu, adakah halal dimakan atau tidak?

Dihantar oleh:    Rasya - dari Basrah

8 / Jamadi Al-Awwal / 1426. H


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
                             
Saudari mukminah,
               
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Saya mohon kepada Allah untuk memberikan kejayaan kepada setiap mukmin dan mukminah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Adapun mengenai Khums dan Zakat, ia memerlukan banyak penerangan terperinci, namun akan diterangkan secara ringkas.

Khums dikhaskan untuk Imam maksum (as) dan Al-Hujjah atas penciptaan pada setiap zaman, Mereka adalah penjaga bagi mereka semua (umat) dan mereka meletakkan (pungutan) di tempat yang mereka kehendaki.

Khums diwajibkan dalam perkara: pada wang dan barangan, yang belum digunakan (baru), Khums tidak dikenakan pada rumah sebagai tempat tinggal, tidak dikenakan pada perabot yang digunakan, dan juga tidak dikenakan pada kereta sebagai keperluan pengangkutan bagi manusia, dan juga tidak dikenakan pada sumber pendapatan manusia

Apabila seseorang memiliki rumah lain atau kereta kedua atau sumber kedua pendapatan adalah diwajibkan padanya mengeluarkan khums.

Daging dan lain-lain sepertinya yang dimport dari India, adalah haram untuk dimakan, melainkan terbukti disembelih oleh tangan orang Islam dan disembelih secara syar’ei.


Ahmad Al-Hassan    
Jamadi Al-Awwal /1426 H 
                          
                  
                  
✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: