Selasa, 29 September 2015

Rukun Keempat: Bab-bab Tertentu


Rukun Keempat: Bab-bab Tertentu

Bab I: Kesalahan yang berlaku dalam sholat

Ia sama ada dengan sengaja, atau tertinggal (lupa), atau ragu-ragu.

Dengan Sengaja:

Sesiapa yang melanggar kewajipan-kewajipan sholat dengan sengaja batallah sholatnya kerana syarat-syarat yang dilanggarnya, atau sebahagian daripadanya, atau kaifiatnya, atau tertinggal. Serta apa yang wajib dilakukan yang ditinggalkannya, atau meninggalkan sesuatu yang wajib dilakukan kerana jahil atas kewajipannya, kecuali bacaan jihar dan ikhfa’ (bacaan perlahan) pada tempatnya. Walaupun tidak tahu (jahil) pakaian yang dipakai atau tempat untuk bersholat diambil secara ghasab (rampasan), atau najis pada pakaian, atau badan, atau tempat sujud maka tidak diulang semula.

Cabang (Furu3):

Pertama: jika berwudhu dengan air ghasab (diperoleh secara batil) dan mengetahui ia ghasab maka sholat semula dengan bersuci dan sholat, walaupun jahil hukum ghasabnya tidak akan diterima salah satu darinya.

Kedua: Jika tidak diketahui bahawa ia kulit bangkai (binatang) dan bersholat dengannya dan kemudian mengetahuinya, tidak perlu diulang jika ia adalah di tangan orang Islam, atau yang telah dibeli di pasaran Islam, jika ia diambil daripada orang bukan Islam atau mengetahui ia ditolak maka lakukan semula.

Ketiga: Jika tidak tahu apa jenisnya dan bersholat dengannya maka sholatlah semula.

Yang Tertinggal (Lupa):

Jika melanggar rukun maka lakukan semula seperti orang yang melanggar ketika berdiri (qiyam) untuk berniat, atau ketika berniat lalu bertakbir, atau pada bertakbir sehingga membaca, atau pada rukuk sehingga sujud, atau selepas dua sujud sehingga berdiri rakaat berikutnya. Begitu juga jika tambahan (bilangan) dalam rakaat sholat, atau rukuk, atau dua sujud maka lakukan semula jika tertinggal secara sengaja atau tidak sengaja. Jika ragu-ragu pada rukuk maka lakukan rukuk, kemudian dia ingat, dia telah rukuk maka batallah sholatnya. Jika rakaat terkurang dan ia ingat sebelum melakukan apa yang membatalkan sholatnya secara sengaja atau tidak sengaja maka lakukan semula, dan jika yang tidak membatalkannya secara sengaja bukan lupa seperti sebutan (kalimah) yang menyempurnakan sholatnya maka lakukan dua sujud sahwi. Walaupun tertinggal taslim (salam) kemudian ucapkan salam, sah sholatnya walaupun ia melakukan apa yang membatalkan sholatnya dengan sengaja atau tidak sengaja (lupa). Jika tertinggal dua sujud dan tidak sedar pada dua rakaat atau satu rakaat maka sholatlah semula, kalau ianya adalah dari sholat dua rakaat dan tidak sedar pada rakaat yang mana tidak perlu sholat semula untuknya, atau mengqadhakannya, hendaklah dilakukan dua sujud sahwi.

Jika dilanggar pada yang wajip bukan rukun, maka yang menyempurnakan sholatnya tanpa memperbetulkan kesilapan, dan yang diperbetulkan bukan dengan sujud, dan yang memperbetulkan kesilapan dengan dua sujud sahwi.

Yang pertama: [yang menyempurnakan sholatnya tanpa memperbetulkan kesilapan]

Sesiapa yang lupa membaca, atau lupa bacaan jihar dan ikhfa’ (bacaan perlahan) pada tempatnya, atau lupa membaca "Al-Hamd", atau lupa membaca Surah lalu rukuk, atau lupa zikir dalam rukuk, atau thama’ninah padanya, sehingga dia mengangkat kepalanya, atau lupa mengangkat kepala, atau thama’ninah padanya sehingga sujud, atau zikir dalam sujud, atau sujud di atas tujuh anggota, atau thama’ninah padanya sehingga mengangkat kepalanya atau mengangkat kepalanya dari sujud, atau thama’ninah padanya sehingga sujud kedua, atau zikir dalam sujud kedua, atau sujud di atas tujuh anggota, atau thama’ninah padanya sehingga dia mengangkat kepalanya darinya.

Kedua: [yang diperbetulkan bukan dengan sujud (sahwi)]

Sesiapa yang terlupa untuk membaca "Al-Hamd" sehingga hanya membaca Surah, hendaklah baca semula "Al-Hamd" dan Surah, serta jika ia lupa rukuk dan zikir sebelum sujud, dia hendaklah rukuk dan kemudian sujud, begitu juga orang yang meninggalkan dua sujud atau salah satu darinya atau Tasyahud dan zikir sebelum rukuk maka kembalilah memperbetulkannya, kemudian berdiri dan lakukan seperti biasa dengan membaca atau tasbih kemudian rukuk, tidak wajib pada kedua-dua tempatnya ini dua sujud sahwi. Jika tertinggal Selawat ke atas Nabi dan keluarga baginda (as) sehingga salam maka lakukan selepas salam.

Ketiga: [yang memperbetulkan kesilapan dengan dua sujud sahwi]

Sesiapa yang tertinggal sujud atau Tasyahud dan tidak mengingatinya sehingga rukuk seterusnya, maka hendaklah dia mengqadhakan keduanya selepas sholat dan melakukan kedua sujud sahwi selepas itu


Keraguan dan Masalah-masalah:

Yang pertama Sesiapa yang ragu-ragu pada bilangan rakaat pada Sholat Dua Rakaat maka sholatlah semula, seperti Sholat Shubuh, Sholat Musafir, dan dua Sholat Eid, jika ia Sholat-sholat Fardhu, dan Sholat Gerhana, serta Sholat Maghrib.

Kedua: Jika ragu-ragu dalam sesuatu perbuatan sholat dan kemudian mengingatinya, maka jika sampai pada tempatmya hendaklah disempurnakan, dan jika hendak meneruskan dalam sholatnya, sama ada perbuatan itu rukun atau selainnya, dan sama ada pada awal atau pada akhirnya.

Cabang (Furu3): Jika untuk menentukan niat sholat dan ragu-ragu sama ada berniat untuk Sholat Dzohor atau 3ashar, sebagai contoh, atau Sholat Fardhu atau Sholat Nafilah maka sholatlah semula.

Ketiga: Jika ragu-ragu, pada bilangan rakaat Sholat Empat Rakaat maka jika pada bilangan dua rakaat yang pertama hendaklah sholat semula, dan begitulah juga jika tidak tahu berapa banyak telah sholat. Jika tidak yakin pada dua rakaat yang pertama, dan ragu-ragu pada (tambahan) bilangannya wajib Ihtiyath (langkah berhati-hati).

Empat Masalah:

Yang pertama Sesiapa yang ragu-ragu di antara rakaat kedua atau ketiga dikira tiga dan sempurnakan, lalu Tasyahud dan Salam, kemudian sambung semula secara berdiri (qiyam) satu rakaat, atau secara duduk dua rakaat.

Kedua: Sesiapa yang ragu-ragu di antara tiga dan empat dikira empat, lalu Tasyahud serta Salam, dan Ihtiyath (ikut langkah) masalah yang pertama (di atas).

Ketiga: Sesiapa yang ragu-ragu di antara dua dan empat dikira empat, lalu Tasyahud dan Salam, kemudian laksanakan sholat dua rakaat secara berdiri (qiyam).

Keempat: Sesiapa yang ragu-ragu di antara dua dan tiga dan empat dikira empat, lalu Tasyahud dan Salam, kemudian laksanakan sholat dua rakaat secara berdiri (qiyam) serta dua rakaat secara duduk dan yang lebih afdhal lagi dalam semua bentuk selainnya adalah dengan mengira yang paling kurang dari empat rakaat, sempurnakan sholatnya, salam dan dua sujud sahwi. Jika memilih empat rakaat, salam dan dua sujud sahwi, dan jika dalam rakaat keempat sempurnakannya, salam dan dua sujud sahwi.

Masalah-masalah lain:

Pertama: Jika seseorang merasakan agakannya melampaui apa yang diraguinya, dibina di atas agakan maka ia adalah seperti mengetahuinya..

Kedua: Mesti Ihtiyath (berhati-hati) membaca "Al-Fatihah" dalam sholat.

Ketiga: jika dia melakukan apa yang membatalkan sholat sebelum Ihtiyath (langkah berhati-hati) batal sholatnya.

Keempat: Sesiapa yang lupa secara tidak sengaja jangan melihatnya kembali dan laksanakan sholatnya, dan begitu juga jika makmum lupa dan bergantung kepada sholat Imam dan tidak ragu-ragu pada Imam jika dia menjaga dari belakang, dan tidak banyak membawa pada kealpaannya. Ini adalah kerana banyak yang menjangkakan pada adatnya banyak bilangannya, dan sesiapa yang ragu-ragu sekali pada hari itu dia banyak keraguan.

Kelima: Sesiapa yang ragu-ragu pada bilangan Nafilah buatlah yang lebih banyak, dan jika membuat yang sedikit ia juga adalah lebih afdhal.



Kedua-dua sujud sahwi diwajibkan ke atas orang yang bersalat bilamana mengingatnya. Barangsiapa yang bercakap secara terlupa, atau yang memberi salam bukan pada tempatnya, atau yang ragu-ragu antara melakukan empat atau lima rakaat.

Makmum wajib Sujud bersama imam apabila imam mempamerkan sebab bagi sujud sahwi itu. Baginya melaksanakan hukum tersebut dengan tersendiri, iaitu pada apa yang ditertibkan dia sujud sahwi adalah khusus buatnya

Kedudukan bagi keduanya adalah selepas Taslim (salam) bagi yang terlebih atau terkurang, Bentuknya (gambarannya): berniat, kemudian disunatkan takbir dan seterusnya sujud, kemudian mengangkatkan kepalanya dan seterusnya sujud, kemudian mengangkatkan kepalanya dan bertasyahud dengan tasyahud khafif (ringan), kemudian taslim (salam).

Tidak diwajibkan pada keduanya zikir, bahkan mustahab (disunatkan). jika diabaikan keduanya secara sengaja tidak terbatal sholat, dan diwajibkan ke atasnya untuk melaksanakan keduanya walaupun berlalu tempoh masa yang lama.




Tiada ulasan: