Soalan
534: Kami memelihara kamu daripada orang-orang yang memperolok-olokkan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para
Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
.
Allah
SWT berfirman dalam Al-Quran:
﴿إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ﴾
Sesungguhnya Kami memelihara kamu
daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu), [62 Al-Hijr
15:95]
Apakah
bentuk pemeliharaan di sini, adalah diketahui bahawa Rasulullah (S) dan Imam-imam
sangat menderita dengan orang-orang yang memperolok-olokkan sehingga ke hari
ini, dan seperti yang jelas dari penghinaan manusia terhadap Imam Al-Hujah dan wasinya
(atas mereka selawat Allah, salam dan penghormatanNya).
Apakah
yang melengkapkan
penggunaan ayat atau yang belum ditafsirkan lagi?
Dihantar
oleh: Abu Yusuf – Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktirafan.
Cukuplah
Allah memelihara pengaruh dan kesan pandangan keji mereka, dengan penerimaan
manusia dan iman manusia ke atas risalahNya, Allah SWT berfirman:
﴿فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ
الْمُشْرِكِينَ * إِنَّا كَفَيْنَاكَ
الْمُسْتَهْزِئِينَ﴾
Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari
orang-orang yang musyrik* Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada
(kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu), [63]
Iaitu
kamu tidak suka mereka yang degil lagi memperolok-olokkan, maka bagi segala
bentuk perbuatan dan kata-kata bodoh mereka tidak akan memberi kesan atas penerimaan
risalah Ilahi kepada sesiapa yang dikehendaki Allah SWT.
Dan
Allah SWT mengutus malaikat-Nya untuk meneguhkan orang yang beriman dan menghindari
mereka dari bisikan iblis dan segala bentuk perbuatan dan kata-kata orang-orang
bodoh ke atas mereka, dan semoga, kehendak Allah akan memusnahkan sebahagian orang-orang
bodoh itu atau dengan mengalihkan perhatian mereka daripada memperolok-olokkan seruan
dakwah Ilahiyah, dan semoga mereka menjadi contoh kepada orang lain, dan
Alhamdu Lillah.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / 1432 H
✡✡✡✡✡
______________________________
[62]
- Al-Hijr 15:95
[63] - Al-Hijr 15:94-95
Tiada ulasan:
Catat Ulasan