VI:
Sujud
Adalah
menjadi kewajipan bagi tiap-tiap rakaat dua kali Sujud, kedua-duanya adalah rukun
[bersama-sama] dalam sholat, terbatal oleh kesalahan pada kedua-duanya dari setiap
rakaat dengan sengaja atau secara tidak sengaja, ia tidak terbatal oleh kesalahan
pada salah satu darinya secara tidak sengaja..
Ada
enam kewajipan Sujud:
Pertama: Ada tujuh anggota Sujud
iaitu: dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki.
Kedua: dahi diletakkan di atas apa
yang sah sujud atasnya, jika sujud di atas gumpalan serban tidak dibenarkan.
Ketiga: membongkok untuk sujud
sehingga menempelkan dahi di tempatnya dan berhenti seketika, namun untuk
menjadi sangat mudah sekadar serpihan kecil (lábina) tidak lebih dari itu. maka
jika dipertimbangkan apa yang menghalang mengenainya terhad kepada apa yang boleh
dilakukan, maka tiada pengecualian untuk mengangkat (menggugurkan) kewajipan
atas apa untuk bersujud, dan jika tidak berupaya melakukan kesemuanya, dia boleh
menggunakan isyarat.
Keempat: Zikir untuk sujud sama seperti
yang telah kami katakan pada rukuk, tetapi dengan menggantikan perkataan
Al-3adzimi kepada Al-A3dzami, dan perkataan Al-3aliyi kepada
Al-A3la iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأعظم وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-A3dzami Wa Bihamdih atau
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأعلى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-A3la Wa Bihamdih
Kelima: Berhenti seketika
(Al-Thama’ninah) adalah wajib kecuali keperluan (dharurat) yang menghalangnya.
Keenam: Mengangkat kepala dari sujud
pertama sehingga duduk seketika, dan wajib bertakbir ketika melaksanakannya dan ketika bangkit darinya.
Dan
mustahab: hendaklah bertakbir untuk sujud dengan mengangkat tangannya sejajar di
hadapan mukanya, dan anggota hampir pertengahan ke telinganya, dan ibu jari
hendaklah mengarah ke tengah-tengah lehernya dan ini adalah sholat para malaikat.
Kemudian terus sujud dengan tangannya dahulu ke tanah, dan hendaklah menjadikan
tempat sujud sama rata atau lebih rendah lagi, dan sekaligus mencecahkan hidung
dan berdoa, dan ditambah dengan tasbih yang satu dan apa yang mudah, dan berdoalah antara
dua sujud, dan hendaklah duduk tawarruk, dan duduk serta-merta selepas sujud
kedua dengan berhenti seketika, dan berdoa apabila akan berdiri, tangannya ditopang
sebelum mengangkat kedua lututnya. Dan makruh: mencangkung di antara dua sujud.
Tiga
masalah:
Pertama: daripada apa yang
menghalang dia daripada meletakkan dahi ke atas tanah seperti sakit (luka), Jika ia tidak
menyesuaikan dahinya dengan membentuk dan meletakkannya secara perlahan dari
dahinya ke tanah, jika ia tidak boleh sujud pada mana bahagian dahinya, yang
menghalangnya maka sujudlah di atas dagunya.
Kedua: Ayat-ayat sujud (Ayat
Sajadah) dalam Al-Quran ada lima belas, empat daripadanya wajib melakukan
sujud, iaitu:
·
Surah Alif Lam Mim atau Al-Sajdah 32: ayat 15
·
Ha Mim Al-Sajdah atau Fushilat 41 ayat 38
·
Al-Najm 53 ayat 62
·
Al-3alaq 96: ayat 19
Sunnah ada
sebelas ayat
·
Al-A3raf 7: ayat 206
·
Al-Ra3du 13: ayat 15
·
Al-Nahl 16: ayat 49-50
·
Al-Israa’ 17: ayat 109
·
Maryam 19: ayat 58
·
Al-Hajj 22: ayat 18 (dua tempat) dan
·
Al-Hajj 22: ayat 77.
·
Al-Furqon 25: ayat 60
·
Al-Naml 27: ayat 25
·
Shaad 38: ayat 24
·
Al-Insyiqaq 84: ayat 21
Dan
wajib sujud dalam empat Al-3azzaim (di atas) apabila membaca dan mendengarnya
dan mustahab pada yang mendengarnya, dan ayat-ayat selebihnya mustahab dalam
segala hal. Dan sujud-sujud tidak perlukan Takbir atau Tasyahud atau Taslim
(salam), tidak disyaratkan dalam keadaan suci, dan tidak perlu menghadap kiblat,
walaupun lupanya itu datang kemudian.
Ketiga: Sujud-sujud syukur adalah mustahab
dilakukan apabila mendapat nikmat baru, terselamat dari bahaya dan selepas mendirikan sholat,
dan mustahab menangisinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan