Rukun
ketiga: Sholat-sholat Lain
Bab
Pertama: Sholat Jumaat
Keterangan: Sholat Jumaat, Kepada
siapa diwajibkan, dan Perlaksanaannya.
Pertama: Sholat Jumaat.
Ia
sama seperti Sholat Shubuh dengan dua rakaat yang menggantikan Sholat
Dzohor, dan mustahab dalam kedua-dua rakaatnya bacaan secara jihar (kuat). Diwajipkan
pada waktu zawal (gelincir rembang) matahari dan berlanjutan di sepanjang waktu
Sholat Dzohor, dan kalau keluar waktunya - yang mana – Sholat Jumaat
dibawa ke penghujungnya oleh Imam atau makmum. Dan Sholat Jumaat
berlalu dengan berlalunya Sholat Dzohor, maka tidak diqadhakan Sholat
Jumaat, tetapi wajib diqadhakan Sholat Dzohor di segerakan atasnya bersholat,
Diwajibkan ke atasnya berusaha menunaikan Sholat Jumaat dan
jika dia sempat sampai kepadanya, maka hendaklah dia menunaikannya. Jika tidak
sempat, hendaklah dia mengulangi Sholat Dzohor dan tidak hanya
berpuashati dengan bersholat Dzohor sebelum berusaha menunaikan Sholat Jumaat
Sekiranya
yakin mempunyai cukup waktu untuk dua khutbah dan dua rokaat sholat yang
ringkas maka wajib didirikan Sholat Jumaat, jika tidak yakin atau difikirkan
kemungkinan besar bahawa masa tidak mencukupi maka telah terlepas (kewajipan) Sholat
Jumaat dan hendaklah didirikan Sholat Dzohor. Adapun jika dia tidak sempat
mendengarkan khutbah pada awal Sholat dan hanya sempat bersama imam pada rakaat
pertama Sholat Jumaat itu, dan begitu juga jika dia hanya sempat mengikut imam
dalam keadaan rukuk pada rakaat kedua, lalu bertakbir dan terus rukuk, kemudian
dia merasa ragu-ragu adakah dia bertakbir semasa imam masih lagi rukuk atau
telah pun mengangkat kepalanya daripada rukuk maka tidak berlaku (diterima) Sholat
Jumaat padanya dan hendaklah dia dirikanlah Sholat Dzohor.
Sholat Jumaat diwajibkan dengan syarat-syarat berikut:
I:
Penguasa yang adil (Imam maksum (as)) atau dari lantikannya,
jika
Imam meninggal dunia ketika sholat itu dilaksanakan tidak membatalkan Sholat Jumaat
itu, dan dibenarkan salah seorang daripada Jamaah untuk kehadapan bagi
menyempurnakan Sholat. Begitulah juga halnya jika berlaku pada imam yang
dilantik pada perkara yang membatalkan sholat seperti pitam, gila atau
berhadas..
II
Cukup Bilangan: iaitu lima orang termasuk Imam.
Jika memisahkan diri (mufaraqah) ketika khutbah atau selepasnya iaitu sebelum
bersiap-siap memulakan sholat gugurlah kewajipan Sholat Jumaat tersebut, tetapi
jika telah masuk (mula) mendirikan sholat, walaupun dengan bertakbir wajib
menyempurnakannya walaupun yang tinggal hanya seorang.
III:
Dua Khutbah,
Dalam setiap khutbah
1.
Al-Hamdu Lillah - memuji Allah,
2.
Selawat atas Nabi dan keluarga baginda (as),
3.
Pengajaran (Al-Wa3idz), dan
4.
Membaca Surah pendek atau satu ayat.
Dan (diriwayat) dari mereka (as): memuji Allah dan menyanjungi-Nya,
dan kemudian berwasiat (memberi nasihat) supaya bertakwa kepada Allah, dan
membaca Surah pendek dari Al-Quran, kemudian duduk, Selepas itu berdiri lalu memuji
Allah dan menyanjungi-Nya dan Selawat atas Nabi dan keluarga baginda (as) dan atas
pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan memohonkan ampunan bagi mukminin dan mukminat.
dan boleh melaksanakan kedua-dua khutbah sebelum waktu zawal
(rembang) hingga tergelincir matahari. Khutbah wajib dilaksanakan
lebih dahulu dari sholat, jika dimulakan dengan sholat tidak sah (sholat) Jumaat.
Diwajibkan waktu membaca khutbah sambil berdiri menyampaikannya mengkut keupayaan, di
antara dua khutbah wajib dipisahkan dengan duduk sebentar. Wajib bagi
imam berada di dalam keadaan suci dalam pada kedua-dua khutbah, tetapi tidak
wajib bagi makmum. Jika imam dia berhadas ketika berkhutbah hendaklah mensucikan
dirinya dan menyempurnakan khutbahnya. Dia wajib meninggikan suara kerana yang
mendengar lebih ramai bilangannya.
IV
Berjamaah:
tidak sah dilakukan secara bersendirian, dan jika ada (hadir) Al-Imam Al-Ashal (maksum)
maka wajib atasnya maju ke hadapan, dan jika dia terhalang dibenarkan dia
melantik seseorang sebagai penggantinya untuk mengimamkan sholat..
V:
Hendaklah tidak ada Jumaat yang lain dalam lengkungn (5.5 km), jika
didapati bertembung dua Sholat Jumaat dalam jarak yang kurang daripada itu Kedua-duanya batal walaupun
berlaku pada waktu yang sama. Sekiranya ia mendahului walaupun dengan takbiratu l-Ihram maka sah Sholatnya
dan batal Sholat yang terkemudian. Jikalau tidak dapat dipastikan mana yang
lebih dahulu dan tidak diketahui mana yang lebih dahulu atau terkemudian, orang-orang yang hadir dalam
kedua-dua Sholat Jumaat itu hendaklah mengulanginya dengan Sholat Dzohor.
Kedua:
Orang yang diwajibkan.
Dengan
mengambil kira Tujuh syarat:
1. Taklif iaitu baligh, berakal dan
mampu memilih (ikhtiyar)
2.
Lelaki
3.
Merdeka
4.
Menetap (tidak musafir)
5.
Tidak buta, tidak sakit dan tidak tempang.
6.
Tidak menjadi kesusahan terutama bagi yang terlalu tua.
7. Dalam
jarak 11 km dari tempat Jumaat di adakan.
Semua orang-orang ini dituntut (taklif) menghadirkan diri mereka dan
diwajibkan sentiasa mendirikan Sholat Jumaat, tidak termasuk orang-orang yang
tidak dituntut (taklif). Sekiranya dihadiri oleh orang kafir tidak sah Jumaat bagi
orang kafir dan tidak wajib Jumaat baginya, walaupun ia wajib ke atasnya
sebelum itu.. Diwajibkan
Jumaat ke atas penduduk di pedalaman sebagaimana diwajibkan ke atas penduduk
bandar apabila cukup syarat. Begitu juga ke atas orang-orang yang menetap di
khemah-khemah seperti penduduk badwi apabila mereka menetap di satu tempat
(iaitu tidak berpindah randah dan bermusafir).
Permasalahan lain
Pertama: Tidak diwajibkan Jumaat ke atas hamba walaupun mendapat
persetujuan tuannya sehinggalah kedua-duanya bersetuju untuk sholat Jumaat pada hari
yang sama.
Kedua: Bagi orang yang gugur kewajipan Jumaat ke atasnya dibenarkan
sholat pada awal waktunya dan haram ke atasnya melewatkan sholat Dzohor
sehingga luput waktu Jumaat, malah tidak digalakkan kecuali jika dia menyangka
bahawa dia akan menghadirinya.
Ketiga: Apabila selepas gelincir matahari tidak dibenarkan bermusafir
pada hari Jumaat, dan makruh selepas terbit fajar.
Keempat: Mendengar khutbah adalah
wajib, serta haram berkata-kata padanya, tetapi tidaklah sampai membatalkan Jumaatnya.
Kelima: Seorang imam Jumaat
haruslah: Sempurna akal, beriman, adil, dilahirkan suci (Thahirah Al-Maulud) dan
seorang lelaki mukmin. Dibolehkan bagi seorang hamba, dan seorang berpenyakit
kusta dan cacat, begitu juga baga seorang yang buta bahkan pekak dan bisu, jika
dia bersholat menarik perhatian kamu, dan berkhutbah dengan (bahasa (isyarat), tetapi
tidak boleh ada (hadir) bersamanya selain dari mereka.
Keenam: Jika musafir yang
bercadang untuk tinggal menetap di suatu tempat lebih dari sepuluh hari dan wajib
atasnya Sholat Jumaat, dan juga bagi yang tidak bercadang untuk menetap dan
telah berlalu tiga puluh hari di Negara Mesir sahaja.
Ketujuh: Azan kedua hari Jumaat
bid'ah.
Kelapan: diharamkan berjualbeli selepas azan hari Jumaat, jualbeli
itu adalah sah. Jika salah seorang yang berakad jualbeli itu adalah orang yang
tidak diwajibkan ke atasnya berusaha, jualbeli itu adalah diharuskan pada
pihaknya, tetapi haram pada pihak satu lagi.
Kesembilan: Jika imam itu tidak ada
dan sholat tidak dapat didirikan secara berjamaah adalah mustahab untuk Sholat Jumaat.
Kesepuluh: Jika seorang makmum tidak sempat sujud bersama imam
pada rakaat pertama disebabkan terlampau sesak contohnya, Sah sholat nya
sekiranya dia sempat sujud dan sebelum rukuk (rukuk imam pada rakaat kedua). Jika
dia tidak sempat mengikut pada dua sujud (imam bersujud dua sujud pada rakaat
kedua dan dia hanya mampu mengikuti imam dalam dua sujud dan bersujud dua sujud
untuk rakaat pertama), lantas dan dia berniat mengikut imam pada rakaat kedua maka
tiada halangan baginya sekiranya dia jahil atau terlupa, dan kemudian menyempurnakan
rakaat kedua..
Adab-Adab Jumaat:
Mandi dan menunaikan sholat nafilah dua puluh rakaat: enam
rakaat ketika matahari mula bersinar (Inbisath Al-Syams), enam rakaat ketika matahari
naik (Irtifa’ Al-Syams), enam rakaat ketika sebelum tergelincir matahari (Qabla
Al-Zawwal Al-Syams) dan dua rakaat ketika tergelincir matahari (3inda Zawal Al-Syams).
Dibenarkan melewatkan sholat nafilah dua puluh rakaat
sehingga selepas tergelincir matahari dan lebih afdhal untuk mendahulukannya
sebelum waktu tergelincir matahari (zawwal). Dibenarkan bersholat
nafilah enam rakaat antara dua sholat fardhu (Dzohor dan 3ashar, atau Jumaat dan
3ashar).
Datanglah lebih awal ke masjid besar untuk sholat selepas
mencukur kepalanya, memotong kuku jari dan merapikan misai. Ambil minuman
terlebih dahulu supaya lebih tenang dan bersungguh, hebat gerak gerinya,
memperelokkan pakaiannya dengan pakaiannya yang paling elok dan berdoa ketika mula
bergerak. dan hendaklah khuthbah itu jelas dan tekun dalam sholat-sholat di awal
waktunya pula.
Makruh bagi khatib berkata-kata ketika sedang berkhutbah selain
daripada khutbah sholat yang dibacakannya. Mustahab (sunat) bagi imam memakai
serban dan menyelimuti dirinya dengan kain berjalur dari yaman. Hendaklah
berpegang kepada sesuatu (seperti tongkat). Serta hendaklah memberi salam sebelum
memulakan khutbahnya. Duduklah terlebih dahulu sebelum memulakan khutbah.
Apabila Imam akan
membaca surah hendaklah mengutamakan surah Al-Jumuah pada rakaat pertama dan
surah Al-Munafiqin pada rakaat kedua, tetapi tidak boleh membaca separuh daripada
surah yang dibacakannya melainkan pada surah Al-Kafirun (Al-Jahd) dan surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas),
Disunatkan (mustahab) membaca secara jihar (kuat) di dalam Sholat
Dzohor pada Hari Jumaat, dan lebih afdhal bagi orang yang berSholat Dzohor melaksanakan
di masjid besar.
Jika
tidak ada Imam Jumaat dari kalangan orang yang diiikuti (akidahnya), adalah
dibenarkan makmum mendahului sholatnya ke atas imam. dan kalau bersholat bersamanya
dua rakaat sholat zuhur bersama imam dan sempurnakan dua rakaat lagi setelah
imam memberi salam.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan