Khamis, 10 September 2015

Soalan 540: Undang-undang Negara Kufur vs Negara Keadilan Ilahi


Soalan 540: Undang-undang Negara Kufur vs Negara Keadilan Ilahi

Yang dikasihi Imam Ahmad Al-Hassan, Semoga Allah membimbing tuan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya

Saya mempunyai beberapa soalan fiqh tentang sebahagian daripada apa yang melanda diri di negara Amerika ini, dengan harapan saalan saya dijawab dan saya mengucapkan terima kasih dan bersyukur:

1. Di sini kerajaan menyediakan bantuan kewangan dan perumahan dan wang saraan bulanan untuk orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan. Bolehkah kita bekerja tanpa pengetahuan kerajaan dan tanpa memaklumkannya; kerana bantuan tersebut akan dipotong pada kami, Oleh itu, kami dapat bantuan dan sekaligus berkerja (di bawah Jadual)?

2. Adakah kami mempunyai hak untuk memintas peraturan-peraturan Negara ini untuk mendapatkan keistimewaan lain dengan cara yang berbeza?

3. Adakah kami dibenarkan bekerja dalam bidang penjualan tiket loteri yang dijual di sini?

4. Terdapat beberapa barangan yang dicegah oleh kerajaan dan hanya dijual kepada kumpulan tertentu dan penduduk di kawasan tertentu; kerana mereka dikecualikan daripada cukai, dalam masalah khusus bagi kami mengenainya, adakah kami mempunyai hak untuk menjualnya? Adalah diketahui bahawa kerajaan menghukum dibawah peraturan ini dengan denda dan juga penjara.

5. Kami merasakan melalui jawapan tuan di laman web ini ianya adalah sangat cemerlang dan sesuai dengan keadaan semasa, dan dari lelaman ini saya ingin meminta tuan membimbing saya kepadaNya untuk lebih mengetahui kebenaran yang tuan bawa ..

Oleh itu, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk masa yang tuan luangkan dan semoga diberi ganjaran tang baik.

Dihantar oleh: Amil – Amerika

       
Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                    
Tidak perlu mematuhi undang-undang tersebut secara positif dan ianya tidak perlu dihormati dari segi Syara', maka dibolehkan melanggarnya dan beramal secara menentangnya, hanya undang-undang Negara Keadilan Ilahi yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar; kerana ianya adalah undang-undang syari’ah yang dipertanggungjawab dan akan dihukum atas manusia di akhirat jika melanggarnya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Rajab Al-Ashab / 1431 H



✡✡✡✡✡ 



Tiada ulasan: