Pengenalan VII: Pada Azan dan Iqamah
Dalam melihat empat perkara:
Pertama: Bila Azan dan Iqamah.
Kedua-duanya adalah diwajibkan pada Lima Waktu Sholat-sholat Fardhu,
tunai atau qadha, bagi sendirian atau berjamaah, bagi lelaki dan perempuan
tetapi disyaratkan diperlahankan (sir) bagi perempuan, dan kedua-duanya dilaksanakan
dengan suara kuat (jihar), dan yang lebih kuat lagi pada waktu pagi dan Maghrib
Tiada Azan untuk Sholat-sholat Nawafil dan juga sholat-sholat yang lain
daripada Sholat-sholat Fardhu Lima Waktu, tetapi muazzin hanya berkata Al-Sholah
(الصلاة) tiga kali.
Dan ditetapkan bagi Sholat-sholat Lima Waktu melafazkan Azan masing-masing
sekali dan Iqamah, sekiranya melafazkan Azan bagi sholat yang pertama kemudian memadai
Iqamah bagi yang berikutnya, dan ia bukanlah yang utama (afdhal). Dan sholat pada
hari Jumaat Al-Dzohor dengan Azan dan Iqamah dan 3ashar dengan Iqamah, dan demikianlah
juga untuk Sholat-sholat Dzohor dan 3ashar di Arafah. Kalaulah Imam Jumaat mendatangkan
yang lain tanpa Azan dan Iqamah ia adalah makruh, dan selagi tidak bersurai ia lebih
utama, tetapi jika bersurai (meninggalkan tempat) shaf (barisan) mereka hendaklah
Azan dan Iqamah yang lain. Jika Azan untuk sendiri (seorang) dan kemudian hendak
berjamaah mustahab Azan dan Iqamah semula.
Kedua: Pada Muazzin.
Seorang Muazzin mestilah: seorang yang berakal, Islam, beriman,
dan seorang lelaki, dan tidaklah disyaratkan sudah baligh tetapi memadai yang mumaiyiz
(boleh membeza). Dan mustahab: seorang yang adil, bersuara lantang dan terang, dapat
melihat (menentukan) waktu-waktu, dalam keadaan sudah bersuci (berwudhu) dan berdiri
di tempat yang tinggi. Seorang perempuan adalah dibenarkan Azan untuk
orang-orang perempuan. Jika bersholat seorang diri dan tidak Azan - terlupa - teruslah
melakukannya selepas sholat. Dan muazzin diberikan saguhati dari Bait Al-Mal jika
tidak ada wang secara sukarela untuknya.
Ketiga: Kaifiat (cara) Azan.
Jangan Azan melainkan selepas masuk waktu, dan dibolehkan mendahulukannya
pada waktu Shubuh tetapi wajib mengulangi kembali selepas terbit fajar.
Bahagian-bahagian (lafaz) Azan adalah: bertakbir
(الله اكبر) empat kali,
dan kemudian membaca Syahadah Al-Tauhid
(أشهد أن لا اله إلا الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Risalah
(أشهد أن محمداً رسول الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Wilayah
(أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج
الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Hidayah
(أشهد أن المهدي والمهديين من ولده
حجج الله),
dan kemudian membaca:
(حي على الصلاة)،
dan kemudian membaca:
(حي على الفلاح)
dan kemudian membaca:
(حي على خير العمل)
dan kemudian membaca: Takbir
(الله اكبر)
dan kemudian membaca Al-Tahlil
(لا اله إلا الله)
setiap bahagian dibaca dua kali.
Lafaz Azan
| |
1. Allahu Akbar – 4 kali
Allah Maha Besar
|
الله اكبر
|
2. Asyhadu An La Ilaha Ilallah - 2 kali
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
|
اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
|
3. Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah – 2 kali
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
|
4 Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
|
5. Asyhadu Anna Al-Mahdi Wal Mahdiyyina Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
|
6. Haiya 3ala al-Salah– 2 kali
Marilah solat
|
حَيَّ عَلَى الصَّلاةِ
|
7. Haiya 3ala al-Falah– 2 kali
Marilah menuju Kejayaan
|
حَيَّ عَلَى الفلاح
|
8. Haiya 3ala Khairi l-3amal– 2 kali
Marilah kerjakan sebaik-baik amalan
|
حَيَّ عَلَى خير العمل
|
9 Allahu Akbar.– 2 kali
Allah Maha Besar
|
الله اكبر
|
10.La Ilaha Ilallah – 2 kali
Tiada Tuhan Melainkan Allah
|
لا اله إلا الله
|
Lafaz Iqamah
| |
1. Allahu Akbar – 2 kali
Allah Maha Besar
|
الله اكبر
|
2. Asyhadu An La Ilaha Ilallah - 2 kali
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
|
اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
|
3. Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah – 2 kali
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
|
4 Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
|
5. Asyhadu Anna Al-Mahdi Wal Mahdiyyina Min Wuldihi Hujajullah– 2 kali
Aku bersaksi bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah
|
اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وُّلْدِهِ حُجَجُ الله
|
6. Haiya 3ala al-Salah– 2 kali
Marilah solat
|
حَيَّ عَلَى الصَّلاةِ
|
7. Haiya 3ala al-Falah– 2 kali
Marilah menuju Kejayaan
|
حَيَّ عَلَى الفلاح
|
8. Haiya 3ala Khairi l-3amal– 2 kali
Marilah kerjakan sebaik-baik amalan
|
حَيَّ عَلَى خير العمل
|
9. Qad qamati sh-Shalah– 2 kali
Akan didirikan solat
|
قَدْ قامَةِ الصَّلاةِ
|
10 Allahu Akbar.– 2 kali
Allah Maha Besar
|
الله اكبر
|
11.La Ilaha Ilallah – 2 kali
Tiada Tuhan Melainkan Allah
|
لا اله إلا الله
|
Tertib susunan dan syarat sah Azan dan Iqamah.
Ada tujuh perkara mustahab padanya:
1. Hendaklah menghadap kiblat,
2. berhenti di bahagian-bahagian akhir,
3. berlama (panjang) dalam Azan dan mempercepat di dalam Iqamah,
4. tidak berkata-kata dalam tempoh melafazkan kedua-duanya, dipisahkan
di antara keduanya dengan sholat dua rakaat atau duduk atau sujud kecuali pada Sholat
Maghrib, yang lebih utama yang dipisahkan di antara peringkat bahagian-bahagiannya
atau saktah (berhenti seketika)
5. meninggikan suara jika ia lelaki, dan semua itu mengukuhkan Iqamah.
6. makruh mengulang-ulangi Azan melainkan yang dikehendaki
syara3
7. haram mengucapkan kata-kata berikut: الصلاة خير من النوم.
Ash-sholatu Khairum Mina n-Naum -Sholat lebih baik daripada tidur.
Ash-sholatu Khairum Mina n-Naum -Sholat lebih baik daripada tidur.
Keempat: Hukum\hukum dalam Azan.
Masalah -masalah:
1. Tertidur ketika Azan atau Iqamah dan kemudian terbangun mustahab
baginya memperbaharuinya semula, dan dia boleh juga melengkapkannya, begitu
juga jika pengsan.
2: Apabila Azan, kemudian diulang kembali dibolehkan untuk melaksanakan
yang lain, walaupun mengulang kembali ketika sedang Azan dan kemudian kembali
memulakannya semula.
3: Adalah mustahab bagi orang-orang yang mendengar Azan supaya
mengulangi untuk dirinya.
4: Apabila muazzin berkata: (قد قامت الصلاة), Qad qamati sh-Shalah –
[Akan didirikan sholat] adalah sangat makruh berkata-kata melainkan mematuhinya
dengan bersegera untuk mendirikan sholat.
5: Makruh bagi muazzin memalingkan muka arah kiri dan kanan,
tetapi terus menghala kiblat dalam Azannya.
6: Apabila orang-orang berpaling daripada Azan maka datang untuk
memberitahukan orang yang paling takwa, dan samalah jua Allah akan
memilih dengan Al-Quran.
7: Apabila mereka berjamaah boleh melafazkan Azan secara
beramai-ramai, dan adalah lebih afdhal jika masa mencukupi, Azanlah lepas seorang
seorang.
8: Apabila Imam mendengar muazzin Azan ia boleh cukup untuk berjamaah,
walaupun hanya dengan muazzin.
9: Untuk melakukan seruan Azan atau Iqamah yang baru, cuci
diri diambil untuk melafazkan Azan, dan begitu juga dengan Iqamah, lebih afdhal
untuk mengulangi Iqamah itu selepas bersuci.
10: Untuk mendirikan sholat yang baru bersucilah semula, dan
tidak perlu mengulangi Iqamah semula melainkan setelah berkata-kata.
11. Sesiapa yang bersholat di belakang seorang imam tidak
dibenarkan mengikuti lafaz Azan dan Iqamah untuk dirinya. Jika ditakut hilang (tumpuan)
sholat hadkan kepada dua takbirat (1+2+2+2). Dan pada mengatakan: (قد قامت الصلاة), Qad qamati sh-Shalah. Jika
sesuatu yang melepasi dari bahagian-bahagian (lafaz) Azan adalah mustahab bagi
makmum melafazkannya.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan