Sabtu, 19 September 2015

III: Qiyam (Berdiri) dan IV: Membaca


III: Qiyam (Berdiri)

Ia adalah rukun mengikut keupayaan, sesiapa yang melanggar secara sengaja atau tidak sengaja batal sholatnya. Jika dia mampu berdiri sendiri adalah wajib melakukannya, jika tidak ia wajib bergantung kepada apa yang boleh dilakukannya untuk berdiri, dan boleh bersandar pada dinding mengikut keupayaan. Walaupun berdiri sekadar senahagian dari sholatnya wajib mengikut kadar keupayaannya, melainkan sholatnya dilakukan sambil duduk. Dan duduk jika dia boleh lakukan dari berdiri kepada rukuk adalah wajib, melainkan melakukan rukuk sambil duduk. Jika tidak dapat duduk sholatnya dilakukan sambil berbaring, Jika sholatnya boleh dilakukan sambil berbaring (mengiring) dan kedua-duanya diakhiri dengan isyarat rukuk dan sujud. Bagi sesiapa yang tidak berupaya kerana keadaannya semasa sholat hendaklah menukar kepada selainnya untuk meneruskannya, seperti jika tidak mampu berdiri dilakukan sambil duduk, atau jika tidak mampu duduk dilakukan sambil berbaring, atau jika tidak mampu berbaring dilakukan dengan apa saja cara yang mampu, dan juga sebaliknya. Bagi sesiapa yang tidak berupaya sujud gugurlah sujud atasnya, jika ia tidak mampu memberi isyarat.


Duduk Tawarruk

Dan perkara perlu diperhatikan dalam bahadian ini ialah dua perkara: Orang yang sholat sambil duduk dalam keadaan membaca dan kakinya terlipat dalam melakukan rukuk, dan duduk tawarruk dalam keadaan membaca tasyahudnya..

IV: Membaca

Ia adalah wajib, dan mestilah dengan Al-Hamd (Surah Al-Fatehah) pada semua sholat dua rakaat, dan dalam dua rakaat pertama setiap sholat empat rakaat dan sholat tiga rakaat. Diwajibkan membaca keseluruhannya. Sholat tidak sah dengan kesalahan (kecacatan), walaupun dengan satu huruf darinya dan dengan sengaja walaupun pada tekanan (Al-Tasydid), serta kefasihan (Arab)-nya. Dan Basmalah adalah satu ayat daripadanya, wajib dibaca bersamanya, dan orang yang sholat tidak boleh baca secara terjemahannya. Dan wajib mengikut tertib kalimah dan ayat-ayatnya dan cara menyampaikannya, jika melakukan kesalahan dengan sengaja hendaklah diulang semula. Jika terlupa baca semula sebelum ia rukuk. Jika dia terus rukuk di dalam sholatnya walaupun mengingatinya.

Sesiapa yang tidak bagus (bacaannya), ia wajib belajar, jika ia memakan masa baca yang apa yang boleh dibacanya atau membaca Basmalah sepuluh kali, tetapi tidak boleh membaca apa yang dirasa mudah selain darinya, atau bertasbih kepada Allah (Sabbahi Allah), memuji Allah (Hamda Allah) bertahlil - mengesakan Allah (هلّله) dan bertakbir padanya mengikut kadar bacaan, maka dia wajib mempelajarinya. Orang bisu yang keras lidahnya untuk membaca hendaklah menyimpulkan maknanya di dalam hati. Pada setiap sholat-sholat tiga dan empat rakaat (pada rakaat ketiga dan keempat), Imam dan makmum yang sholat akan membaca Al-Hamd (Al-Fatehah) sendiri-sendiri, jika tidak boleh bacalah Basmalah sepuluh kali, jika tidak boleh hendaklah bertasbih.

Dan bacalah surah yang lengkap selepas Al-Hamd (Al-Fatehah) pada dua rakaat pertama adalah wajib dalam Sholat-sholat Farfhu, mengikut kesempatan masa yang memungkinkan belajar sebagai pilihan. Jika membaca Surah lebih awal sebelum Al-Hamd diulang semula atau tidak membacanya selepas Al-Hamd. Tidak boleh membaca dalam Sholat-sholat Farfhu, sebahagian ayat-ayat dari surah-surah Al-3azzaim (panjang), dan supaya tidak terlepas waktu kerana membacanya. Dan boleh membaca sekaligus dua surah.

Diwajibkan Jihar (bacaan kuat) pada Al-Hamd dan Surah-surah dalam Sholat Shubuh, dan dua rakaat pertama Sholat Maghrib dan 3isyak. Dan Ikhfaa’ (bacaan perlahan) dalam Sholat-sholat siang dan rakaat ketiga Maghrib, dan dua rakaat akhir dalam Sholat 3isyak. Dan bacaan Jihar adalah bacaan yang boleh didengar orang-orang yang berhampiran dengan pendengaran yang jelas untuk didengar, dan bacaan Ikhfaa’ (perlahan) adalah bacaan yang dapat didengar oleh dirinya sendiri. Dan orang-orang perempuan tidak boleh membaca secara Jihar (kuat).
                     
Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Membaca Basmalah secara Jihar (kuat) pada tempat-tempat bacaan Ikhfaa’ (perlahan) pada awal Al-Hamd, dan pada awal surah, dan hendaklah membaca secara tartil (bertajwid), berhenti pada tempat-tempatnya dan membaca surah selepas Al-Hamd dalam Sholat Nawafil. Dan membaca dalam dua Sholat-sholat siang hari dan Maghrib dengan surah pendek seperti Surah-surah "Al-Qadr" dan "Al-Jahd (Al-Kafirun)" Pada Sholat 3isyak Surah-surah "Al-A3la" dan "Al-Thariq" dan yang serupa dengannya, dan pada waktu Shubuh Surah-surah "Al-Muddatsir" dan "Al-Muzzammil" dan yang semisal dengannya, dan pada siang hari Isnin dan Khamis bacalah "Hal Ataa (Al-Ghasyiah)". Pada Sholat Maghrib dan 3isyak malam Jumaat dengan"Al-Jumu3ah" dan "Al-A3la", dan dalam Sholat Shubuh-nya dengan "Qul Huwa Allahu Ahad", dan dalam dua Sholat-sholat siang hari dengan "Al-Munafiqin",

Dan Sholat-sholat Nawafil siang harinya dengan surah-surah pendek dan mudah, dan pada waktu malam dengan surah-surah panjang dan Jihar dalam membacanya, dan jika kekurangan masa ringankan dengan membaca "Qul Ya Aiyuha Al-Kafirun" dalam tujuh surah-surah di atas, dengan dimulakan Surah "Al-Tauhid" dibolehkan. Dan baca dalam dua-duaan rakaat sholat malam tiga puluh kali "Qul Huwa Allahu Ahad", dan bakinya dengan surah-surah panjang.

Apabila mendengar bacaan Imam dari belakangnya dan suaranya tidak sampai (didengar), maka membaca dua kalimah syahadah adalah mustahab. Jika orang yang sholat melalui ayat-ayat rahmat mintalah mengenainya, atau ayat-ayat niqmah (hukuman) mintalah berlindung darinya,


Berrikut ada tujuh masalah:

Pertama: Janganlah ucapkan perkataan Amin di akhir Al-Hamd (Al-Fatehah).

Kedua: ikutlah syarat-syarat bacaan yang betul, yang jika dibaca selain darinya ulang semula bacaan tersebut, dan juga pada menentukan hentian dan diam seketika. Adapun jika diam semasa bacaan tidak berlaku hentian, atau menentukan hentian tetapi tidak berhenti dan meneruskan sholat.

Ketiga: Surah "Al-Dhuha" dan "Alam Nasyrah" adalah satu surah, dan begitu juga Surah "Al-Fil" dan "Liila Fi Quraisyin" adalah satu surah. Kita tidak boleh mengasingkan salah satu daripada keduanya oleh kesahihannya dalam setiap rakaat, dan tidak dipisahkan dengan Basmalah di antara keduanya.

Keempat: Jika membaca perlahan (Ikhfaa’) pada tempat bacaan Jihar atau diterbalikkan kerana tidak tahu atau lupa tidak perlu diulang.

Kelima: dibolehkan mengantikan Al-Hamd Jika tidak boleh membacanya dengan membaca Basmalah sepuluh kali atau dua belas kali Tasbih, jika bacaannya:
سبحان الله، والحمد الله، ولا إله إلا الله، والله أكبر
Subhan Allah, Wa l-Hamdu Lillah, Wa La Ilaha Illa Allah, Wa Allahu Akbar bacalah sebanyak tiga kali.

Keenam: Sseiapa yang membaca dari Surah-surah Al 3azzaim dalam Nawafil wajib sujud di tempat-tempat sujud (ayat sajadah), dan juga membaca yang lain sambil mendengar, kemudian berdiri dan membaca apa yang tinggal darinya dan kemudian rukuk. dan jika sujud itu di lakukan di akhirnya mustahab baginya membaca Al-Hamd untuk rukuk dari bacaan itu.


Ketujuh: Al-Mu3auwizhatan (Surah-surah Al-Falaq dan Al-Nas) adalah dari Al-Quran, dan ia boleh dibaca dalam Sholat sholat Fardhu dan Nafilahnya.



Tiada ulasan: