Jumaat, 4 September 2015

Soalan 508-509:


Soalan 508-509:
Soalan 508: Apakah Nama Zahir Dan Batin (Imam)? Apa dia 313?
Soalan 509: Mengapa Kamu Diutus Bukan Imam Yang Muncul; Salahkah Pilihanraya?

Soalan 508: Apakah Nama Zahir Dan Batin (Imam)? Apa dia 313?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Apakah nama kamu pada zahir dan apakah pada batin? Adakah saya (termasuk) dari 313?

Pengguna: Ahmad Ali – Yaman

Jawapan:
              
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Nama Al-Syed seperti yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) adalah: Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi, dan ini adalah penting untuk anda.
Melaluinya anda boleh mengenal Hujah dari Hujah-hujah Allah dan Washiy dari Aushiak Rasulullah (S). Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah menyatakan dalam salah sebuah kitabnya bahawa nama Mahdi Pertama di bumi [Ahmad] dan di langit (Muhammad).

Adapun 313 adalah sebuah maqam (martabat) kepada mereka yang berusaha dan beramal selepas beriman kepada para Hujaj Allah Ta’ala yang dapat dicapainya.

                      
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
              
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                           
Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Sha3ban / 1431
                      
              
              
✡✡✡✡✡


Soalan 509: Mengapa Kamu Diutus Bukan Imam Yang Muncul; Salahkah Pilihanraya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dengan kehormatan dan kebaikan dan semoga Allah memanjangkan umur, Insya Allah.

Saya sangat teruja untuk bertanya masalah saya: Pada siapa yang patut saya bincangkan mengenai seruan dakwah yang membawa saya kepada persoalan mengapa Imam tidak menunjukkan dirinya, mengapa kamu diutus kepada kami??

Dan satu lagi soalan: Mengapa ia adalah satu kesalahan pada kita memilih pemimpin negara Iraq, adakah patut kita biarkan negara Iraq tanpa seorang pemimpin? Saya tidak tahu jawapan kepada soalan-soalan ini, dan saya tidak boleh meyakinkan mereka, saya berharap anda boleh menjawab soalan-soalan saya dan saya akan sangat berterima kasih.

Dihantar olehL Rawiyah Al-Ma3muriy – Iraq


Jawapan:
              
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                       
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Untuk soalan pertama: Tidak diragukan lagi sebelum dipersoalkan perkara ini telah lengkap akan hilangnya kebenaran, Keadaan sekarang adalah bahawa Al-Imam Al-Mahdi (as) telah mengutus Al-Syed Ahmad Al-Hassan, atas persoalan disuruh untuk menunjukkan (dalil) atas kebenaran (hakikat) ini kenyataan kemunculannya nanti. Bagi soalan mengapa Imam tidak menunjukkan dirinya dan mengutus anaknya pula, maka cukuplah Imam (as) yang lebih bijak dan mengetahui apakah perkara yang betul untuk dilakukan. Kemudian bukankah perkara ini adalah kehendak Allah, apakah kamu membantah Allah? Kita hanya perlu membincangkan dan memastikan adakah ia suatu kenyataan dan suatu hakikat, dan apakah anggapan kenyataan ini pada diri kita sendiri dan dengan itu kita bertanya mengapa kita tidak membenarkan kenyataan dan tanggapan ini, maka janganlah membuat tekaan (sangkaan) yang hanya merupakan soalan-soalan syaitan untuk mengalihkan perhatian manusia dari kebenaran.

Soalan kedua: Semua orang tahu bahawa Hujah Allah telah wujud sebelum masuknya Tentera penjajah (Amerika) dimana para ulamak Najaf dan yang lain-lain mengetahui hal ini, maka apa yang membuat mereka panas untuk berkumpul di sekelilingnya jika mereka beriman, dan begitu juga mengadakan pilihan raya dan pilihan rakyat untuk pemerintahan secara tidak syar’ei itu, dan darinya kita tahu bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan seruan dakwah yang mulia, kedua-duanya bukanlah dari kata-kata beliau yang menganggap bathil dan sesat pilihan manusia untuk pemerintahan, tetapi Allah Ta’ala yang mengatakan demikian, bukankah Allah Maha mengetahui dan Maha Bijaksana daripada manusia?

Perkara yang paling penting dan yang paling berharga dalam kehidupan ini adalah agama sebagaimana yang diketahui oleh orang-orang mukmin, dan agama yang sempurna (menyeluruh) tidak ada kekurangan di dalamnya, adakah betul jika kita mendakwa dengan hujjah palsu, sebagai contoh, kita tidak boleh meninggalkan negara kita tanpa pemimpin dan menjauhkan diri dari ajaran agama kita? Maha Suci Allah, Allah telah menguji mereka selepas kejatuhan diktator Saddam, adakah anda begitu cepat mengikuti hawa nafsu mereka dan keinginan mereka untuk memilih mereka sebagai pemimpin, atau berpegang teguh dengan Hujjah Allah dan menolak selain pemerintah-Nya dan yang diberi kuasa kepada yang diutusNya, dan ia adalah suatu kegagalan yang memalukan dengan mengatakan kita meninggalkan Iraq tanpa pemimpin, tetapi hanyalah suatu kesinambungan daripada mereka kepada perkara yang bathl dan penipuan mereka kepada pengikut mereka.

Dan akhirnya pemimpin atau pemerintah pilihan mereka ini dengan apa jua ilmu akan memerintah mereka, adakah mereka yang menepati dengan ajaran Islam? Dan bagaimana Islam tidak ditepati oleh Hujjah Allah di muka bumi? Jadi akibatnya tidak menjadi pemerintah yang mereka pilih melainkan satu lagi bentuk penzalim taghut dan hasilnya adalah kerugian di dunia dan akhirat, dan ini adalah hasil yang ada di hadapan kita, apa yang menyelubungi pilihan mereka hanyalah kerugian yang nyata?


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)

Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Sha3ban / 1431
                      

              
✡✡✡✡✡
                       

Tiada ulasan: