Rabu, 9 September 2015

Soalan 532: Agihan Pengetahuan Ghaib Di Sisinya SWT

Soalan 532: Agihan Pengetahuan Ghaib Di Sisinya SWT

Salam atas kamu serta rahmat Allah

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Ya Allah, selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
         
Saidi Imam dan Maulai, Ya Qaim Aali Muhammad, atas mu salam Allah, Kami harapkan, tafsiran ayat ini walaupun secara menyeluruh.



Apakah tafsiran firman Allah SWT:

﴿إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ﴾

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Al-Sa’ah; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Perkhabaran. [60 Luqman 31:34] 

Dihantar oleh: Hussein al-Tamimi – Iraq

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                    
                       
﴿إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ﴾

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Al-Sa’ah; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Perkhabaran.

Ayat ini di mana Allah SWT menerangkan bahawa pengetahuan yang ghaib di sisiNya dan bahawa memberi rezeki dan kehidupan hamba-hambaNya di atas muka bumi ini di tanganNya. Dan Dialah yang menjalankan sebagaimana yang dikehendakiNya SWT; kerana Dia Maha Mengetahui Perkhabaran mengenai apa yang memperbaiki kehidupan duniawi manusia dan apa yang baik untuk akhirat mereka, dan tidaklah perkara-perkara ini dikhususNya Yang Maha Suci dan tidak boleh untuk diberikan kepada sebahagian hamba-hambaNya SWT. Tetapi Dia Yang Maha Suci boleh diberikan kepada sebahagian hamba-hambaNya apa yang dikehendakiNya daripada yang ghaib samada pada sebab-sebab kebendaan atau alam-alam lain (fizikal atau metafizik), bahkan boleh menjadikan tangan-tangan mereka sendiri apa yang dikehendakinya dari kepentingan duniawi dan ukhrawi dan mereka bertindak dengan daya dan kekuatan, samada pada sebab-sebab kebendaan atau alam-alam lain (fizikal atau metafizik). Kesimpulannya bahawa ayat ini menerangkan bahawa tiada satu pun penciptaan (makhluk) boleh mengetahui atau melakukan sesuatu secara bebas daripada Allah SWT dan dibolehkan untuk mengetahui dan melakukan dengan daya dan kekuatan Allah, dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang".

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Muharram Al=Haram / 1432 H



✡✡✡✡✡
                                             
______________________________
[60] - Luqman 31:34



Tiada ulasan: