Selasa, 15 September 2015

Pengenalan VI: Atas apa kita sujud

Pengenalan VI: Atas apa kita sujud  

Tidak boleh sujud atas selain daripada tanah seperti kulit, bulu, rambut, bulu halus (Al-Wabar), bukan di atas sesuatu bebda dari perut bumi yang kita lombong seperti seperti garam galian, batu akik, emas, perak dan asphalt (tar); melainkan ketika dharurat sahaja, dan bukan atas sesuatu yang tumbuh dari tanah yang kita makan seperti roti, buah-buahan, atau yang kita pakai seperti kain dari kapas dan linen. Dan tidak boleh sujud di atas lumpur, atau jika terpaksa di atas apa saja yang boleh. Boleh sujud di atas kertas, dan makruh jika ianya ada tulisan. Jangan sujud di atas sesuatu dari tubuh badan sendiri, untuk mengelakkan kepanasan dari sujud di atas tanah sujudlah di atas jubahnya (pakaian), tetapi jika tidak boleh (sujudlah) di atas tapak tangannya.

Dan apa yang telah dinyatakan adalah dianggap khusus pada tempat meletakkan dahi bukannya di seluruh masjid, dan dengan mengambil kira ia dimiliki, atau yang diberi izin, dan suci daripada najis. Jika terkena najis ia tidak sah. Apabila terkena najis pada tempat yang terbatas seperti sebuah rumah; dan jangan sujud atas sesuatu pun daripada tempat syubhah atau tidak diketahui yang terkena najis. Ada tempat-tempat yang sangat luas yang dibolehkan sujud untuk mengelakkan sebarang kesusahan.






Tiada ulasan: