Rabu, 9 September 2015

Soalan 528: Tertib Nuzul Ayat dalam Al-Quran (terutama) Ayat Ahl Al-Bait.


Soalan 528: Tertib Nuzul Ayat dalam Al-Quran (terutama) Ayat Ahl Al-Bait.

Saidi Ahmad Al-Hassan Al-Yamani      
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وصلوات الله وسلامه على آبائك المعصومين وأمك الزهراء وعليك وعلى المهديين من بعدك.

Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Dan selawat Allah dan salamNya atas bapa-bapa tuan Al-Maksumin, dan ibumu Al-Zahraa’ atas mu dan atas Mahdi-mahdi selepasmu.
                                                   
Ada pun soalan saya..

Soalan 1: Soalan saya adalah untuk ayat yang berikut, adakah ia sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S), dan tafsirannya, dan apakah makna Ahl Al-Bait di dalamnya:)

﴿يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً * وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً * وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفاً خَبِيراً﴾

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik, * dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.* Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. [38

Soalan 2: apakah makna Ahl Al-Bait dalam ayat berikut:

﴿أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ رَحْمَتُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ﴾

"Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".[39

Soalan 3: Adakah hadits Al-Kisaa’ adalah hadits sahih? Apakah nashnya?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh:Ahmad - Emiriah Arab Bersatu


Jawapan:
              
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                   
                      
Berhubung dengan tertib susunan surah dan ayat-ayat Al-Quran, tidak ada yang mengatakan sebagaimana ia diturunkan melainkan seorang yang jahil, bagi perbezaan tertib susunan surah telah terbukti pada semua umat Islam bahawa kebanyakannya mengikut tertib susunannya berbanding sebahagian mengikut salinan (mushaf) para sahabat, dan anda boleh menyemak kitab-kitab yang mempertimbangkan sejarah (tarikh) Al-Quran dan apa yang diriwayatkan di dalamnya.

Bagi tertib susunan ayat-ayat ianya tidak sebagaimana ia diturunkan mengikut pertimbangan (contoh) dua ayat ini, pada firman Allah SWT:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ﴾

Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. [40].

Dan firman Allah SWT:

﴿وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعاً إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِيَ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [41].

Dari kedua-dua ayat, ayat yang terdahulu memansuhkan ayat berikutnya (nasakhah wa mansukhah) dan kedua-duanya mengenai ‘iddah wanita yang suaminya meninggal dunia, kerana peraturan (hokum) pada peringkat awal ‘iddahnya selama setahun mengikut syari’at Al-Hanif agama Nabi Ibrahim dan kemudian (‘iddahnya) diganti menjadi empat bulan sepuluh hari, dan akibatnya adalah bahawa ayat nombor (234) menasakhkan ayat nombor (240), iaitu, ayat yang lebih awal dalam Surah Al-Baqarah menggantikan ayat yang terkemudian, sedangkan sepatutnya dalam perkara ini ayat yang akan mengganti mesti berada di hadapan (lebih dahulu) daripada ayat yang diganti, dan dengan itu telah dibuktikan kepada anda bahawa ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah tidak tertib susunannya, menurut susunan turunnya, dan ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Al-Quran yang ada di tangan kita tidak boleh dianggap sebagai semuanya disusun mengikut susunan turunnya ayat.

Pengenalan ini dibuat untuk menjelaskan perkara berikut:

Ia adalah ayat:

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahl Al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya

ayat yang kamu tanyakan, pada hakikatnya tidak mengikut tertib susunan turunnya dan bukan ditempatnya, dan juga adalah ayat khusus untuk Nabi (S) dengan (ahli) rumah Ali dan Fatimah (as), ia tidak dibacakan pada babnya maka tidak ada sebab untuk dijadikan umum setelah ia dikhususkan kepada Nabi (S) melainkan kedegilan dan keangkuhan.

Ada pun ayat:

﴿قَالُواْ أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ رَحْمَتُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ﴾

Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai Ahl Al-Bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah". [42],

Ia adalah untuk Ibrahim (as) dan isterinya Sarah (as) kedua-duanya dari rumah yang sama, ia adalah sepupu kepada Ibrahim (as).

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / 1432 H


               
✡✡✡✡✡

                                             
______________________________
[38] - Al-Ahzab 33:32-34.
[39] - Hud 11:73
[40] – Al-Baqarah 2:234.
[41] - Al-Baqarah 2:240.
[42] - Hud 11:73

.


Tiada ulasan: