Pengenalan
V: Tempat Sholat
Sholat
dibenarkan di semua tempat dengan syarat ia dimiliki atau yang diizinkan.
Kebenaran
yang berkenaan dengan bayaran seperti sewa dan yang sama dengannya, dan oleh
yang membenarkan, iaitu: sama ada yang jelas seperti kata sholatlah di sini,
atau yang membawa maksud sebagai keizinannya untuk dirikan di dalamnya, atau apa
sahaja perkara yang menjadi saksi seperti menyaksikan tanda-tanda (keizinan) dari
pemilik tidaklah makruh.
Dan
tempat yang dirampas, tidak sah sholat dalamnya bagi perampas, dan tidak juga
kepada orang lain yang tahu ia dirampas. Dan jika ia bersholat dengan sengaja walaupun
mengetahuinya, sholatnya adalah tidak sah, tetapi jika ia lupa atau tidak tahu mengenai
rampasan itu sholatnya sah. Sekiranya ia tidak tahu mengenai haramnya rampasan
itu tidak boleh dimaafkan. Jika masa suntuk dan ia ingin keluar, sholatnya sah,
Kalau ia sholat tidak disibukkan untuk keluar ia tidak sah. Walaupun
membuat kesimpulan ia milikan orang lain dan mendapat keizinannya kemudian mengarahkannya
keluar, ia wajib keluar, dan jika dia bersholat dalam keadaan ini sholatnya tidak
sah, dan bersholatlah ia di luar walaupun masa itu suntuk. Tidak dibenarkan bersholat
dan di sisinya bersholat seorang perempuan atau di hadapannya, sama ada ia muhrim
atau ajnabiyah (bukan mahromnya), Dan gugur larangan jika ada penghalang antara
kedua mereka atau dalam jarak sepuluh hasta. Jika ia ada di belakang sejauh
kedudukan sujud yang seiring dengan kakinya digugurkan larangan. Sekiranya tidak
memperoleh kedudukan (ruang) yang memungkinkan bagi jarak, kaum lelaki sholat dahulu,
kemudian perempuan. Tiada salahnya bersholat pada tempat bernajis jika ia
tidak berlebih-lebih kenajisannya kepada pakaiannya dan kepada tubuhnya, dan kawasan
tempat dahinya bersih.
Dan
makruh sholat di bilik mandi, rumah-rumah najis (وبيوت
الغائط), di kandang-kandang unta, sarang kediaman semut, dalam air mengalir, di tanah
paya, di atas salji, dan di antara kubur, melainkan mempunyai halangan walau
apa pun pembatas (kayu panjang), atau antaranya sepuluh hasta. Dan rumah-rumah api,
dan rumah-rumah arak jika dia tidak melebihi kenajisannya, dan lorong-lorong kuda,
dan rumah-rumah Majusi, Tiada salahnya di tempat berniaga dan gereja.
Dan
makruh: melakukan di hadapan bekas api terbakar, atau gambar. Sebagai mana
makrun sholat-sholat fardhu di tengah-tengah Kaabah dimakrunkan di
permukaannya. Dan makrun di kandang-kandang kuda dan keledai, dan baghal, tiada
salahnya ditempat perahan susu kambing, dan di rumah yang terdapat orang Majusi,
dan tiada salahnya di rumah orang Yahudi dan orang Kristian. Dan makruh di hadapannya
Al-Quran terbuka, atau dinding yang mengalir keluar dari sinki basah di dakamnya,
dan makruh pada seorang manusia yang menghadapinya melainkan yang menjadi hujah
kepada manusia seperti Imam (as), atau menghadap pintu yang terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan