Khamis, 10 September 2015

Soalan 533: 3abasa, Siapa yang bermasam muka dan berpaling, Uthman atau Rasulullah (S)

Soalan 533: 3abasa, Siapa yang bermasam muka dan berpaling, Uthman atau Rasulullah (S)

بسم الله، والصلاة على سيدنا محمد وآله.
Dengan nama Allah, dan doa kepada tuan kami Muhammad dan keluarganya.

Selepas mengkaji tafsiran yang mempunyai kedudukan saya tidak dapat mencari tafsiran yang cukup memuaskan yang tidak dicemari oleh keraguan, yang bertindak dengan sangkaan dan kepentingan semata-mata mengenai Surah 3abasa, jadi kami inginmendapatkannya daripada tuan. Wa Al-Salam.

Dihantar oleh: Al-Syaradi Yasir– Maghribi

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
                                                    
               
Semoga Allah membantu kamu bagi segala yang baik, jika kamu maksudkan dengan Surah 3abasa pada firman Allah SWT:
                         
﴿عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَن جَاءهُ الْأَعْمَى * وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى * أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى * أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى * فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى * وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى * وَأَمَّا مَن جَاءكَ يَسْعَى * وَهُوَ يَخْشَى * فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى﴾

Dia bermasam muka dan berpaling, * karena telah datang seorang buta kepadanya. * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? * Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, * maka kamu melayaninya * Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). * Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), * sedang ia takut kepada (Allah), * maka kamu mengabaikannya. [61
                         

3abasa (bermasam muka): orang yang bermasam muka adalah 3utsman bin 3affan (Uthman bin Affan), dia ada di sisi Rasulullah (S) dan apabila datang Ibn Umm Maktum seorang buta di hadapan Rasulullah (S) dan dekat dengan Osman untuk bercakap padanya lalu Osman bermasam muka dan berpaling menunjukkan kesombongannya kepada orang buta ini seperti firman Allah SWT:

Dia bermasam muka dan berpaling, * karena telah datang seorang buta kepadanya. * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya, * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

Kemudian Allah menerangkan Uthman buruk kelakuannya dan dirinya terlibat dengan keangkuhan, kerana apabila datang sebelum ini orang yang mempunyai tempat dan berkedudukan tinggi dia melayaninya walaupun dia orang yang menawarkan dakwah Rasulullah tetapi dia angkuh pada Rasulullah (S) dan tidak (melayan) salah seorang yang meminta daripadanya ini:

Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, * maka kamu melayaninya * Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

Dan Allah menerangkan Uthman bin Affan dan mereka yang sepertinya dan yang bertindak seperti tindakannya, yang paling utama supaya kamu meneguhkan (menyokong) manusia atas dasar mencari kebenaran dan atas dasar takut kepada Allah bukan berdasarkan tempat dan kedudukan dan apa yang kamu miliki

Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), * sedang ia takut kepada (Allah), * maka kamu mengabaikannya.

Ibn Umm Maktum walaupun buta beliau dengan segera datang ke majlis yang barkah ini, dan ia adalah majlis Rasulullah (S) dan majlis orang-orang Islam yang sepatutnya Uthman bergembira, dan sepatutnya menawarkan diri; kerana manusia itu buta, tidaklah dengan bermasam muka dan berpaling darinya, kerana Rasulullah (S) di hadapannya.

Ini adalah ringkasan mengenai makna ayat-ayat ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / 1432 H



✡✡✡✡✡
                                             
______________________________
[61] - Surah 3abasa 80:1-10



Tiada ulasan: