Khamis, 3 September 2015

Soalan 507: Osama bin Laden


Soalan 507: Osama bin Laden

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
الحمد لله رب العالمين، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان إلا على الظالمين
Segala puji bagi Allah, dan Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa, dan tidak ada permusuhan melainkan atas orang-orang yang zalim.

Ini adalah .. dari Al-Tabras kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al-Basriy .. Menurut apa yang saya baca dan saya kenal tuan, bahawa tuan adalah Al-Yamani yang dijanjikan dari Ahl Al-Bait Al-Nubuwah dan Imam maksum dari Allah dan diutus Imam Mahdi (seperti disebutkan). Salam atas semua umat manusia yang diberi peringatan dan khabar gembira.

Untuk soalan saya ialah saya mahu tahu pendapat tuan pada Syeikh Osama bin Laden, Adakah dia benar-benar Mujahid atau agen Amerika, atau adakah dia Al-Sufiyani yang disebut dalam hadits-hadits.

Apa pendapat tuan pada kumpulan militan di dunia Islam, seperti Somalia, Negara Islam Iraq, pejuang di Algeria, Chechnya dan Kashmir. Secara umumnya dibentuk oleh Al-Qaeda. Apakah Taliban adalah panji-panji hitam yang disebut di dalam hadits-hadits Nabi (S), dan adakah mereka di jalan haq atau bathil?

Sekitar kata-kata melalui satelit dan para intelektual menulis dalam forum atas berakhirnya Amerika dengan azab Tuhan, adakah tuan setuju dengan pandangan ini atau ada pandangan yang lain?

Dan juga beberapa penyelidikan dalam mukjizat Ilmu Al-Quran mengatakan hampir lenyapnya Israel akan berlaku di tangan Imam Mahdi, sebahagian daripada mereka mengatakan tahun 2012, dan sebahagian yang lain mengatakan pada 2028, dan ini bukan kata-kata saya tidak mempercayainya, kerana tiada yang mengetahui yang ghaib kecuali Allah (AWJ).

Dihantar oleh: Al-Tabras Al-Quraisy – Maghrbi

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                        

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Bahawa Osama bin Laden telah menolak dari beriman dengan Al-Yamani dan dengan Aushiak Aali Muhammad, organisasi Al-Qaeda adalah organisasi kesyaitanan. Dan anda boleh baca kitab saudara-saudara Ansar untuk mengetahui hakikat panji-panji hitam, walaupun ia bukan dari kata-kata saya..

Adapun takdir Amerika berakhir dan tidak lama lagi bumi akan dibersihkan dari semua negara-negara pengaruh syaitan, dan ketahuilah bahawa keluarga Muhammad tidak menetapkan masanya, telah diriwayatkan yang kandungannya: (banyak manusia yang mendustakannya) [70].


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Sha3ban Al-Khair / 1431

                             
               
✡✡✡✡✡


----------------------------------
[70] - Al-Kafi Jilid 1 Bab Karahiyah Al-Tawaqit.



Tiada ulasan: