Isnin, 28 September 2015

Bab V: Sholat-sholat Al-Muraghibat


Bab V: Sholat-sholat Al-Muraghibat

Ia terbahagi kepada dua bahagian: Nawafil harian yang telah disebutkan, dan yang selain darinya, ia juga dibahagikan kepada dua bahagian:

Ia termasuk: Sholat yang tidak ditentukan waktunya yang khusus, dan bahagian ini banyak, adalah disesuaikan mengikut keperluan, dan ia adalah sholat-sholat:

Pertama: Sholat Istisqa’ (minta hujan) ia adalah mustahab apabila sungai kering dan tiada hujan (kemarau), dan caranya (kaifiat) sama seperti Sholat Hari Raya, tetapi ia disesuaikan kedudukan qunut pada hari raya dengan permintaan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT dan meminta rahmat menurunkan hujan, dan memilih doa-doa yang mudah dan sesuai dilaksanakan, jika tidak, maka hendaklah dikatakan apa yang disampaikan dalam khabar Ahl Al-Bait (as).

Dan perjalanan sholat ini: hendaklah orang-orang (yang terlibat) berpuasa tiga hari, dan keluar pada hari ketiga, dan mustahab menjadikan hari ketiga itu hari Isnin, jika tidak lakukanlah pada hari Jumaat. Dan keluar ke padang pasir berkaki ayam dengan tenang dan bersungguh-sungguh, dan jangan sholat di masjid-masjid, dan hendaklah keluar bersama mereka orang-orang tua dan kanak-kanak serta pemuka-pemuka kecuali zimmi, dan pisahkan antara kanak-kanak dan ibu-ibu mereka. Apabila selesai Imam mengalihkan kain jubahnya, kemudian menghadap kiblat, dan bertakbir seratus kali, dengan meninggikan suaranya, bertasbih kepada Allah ke tangan kanannya seratus kali, dan bertahlil di sebelah kirinya sebanyak itu juga, dan kemudian menghadap kepada orang ramai, dan bertahmid seratus kali dan mereka semua mengikutinya dalam semua perkara ini, kemudian memberi ucapan (berkhutbah) dan membesar-besarkan dalam permintaannya, Maka jika permintaan ditangguhkan, keluar lagi (ulangi) sehingga datang rahmat (hujan). Begitulah sholat ini boleh dilakukan apabila kekurangan hujan, maka ia juga boleh dilakukan apabila mata air dan telaga kering.

Kedua: Sholat Istikharah, Sholat Hajat, Sholat Syukur, dan Sholat Ziarah.

Ia termasuk: Sholat yang ditentukan waktunya yang khusus, iaitu lima jenis sholat:

Pertama: Sholat Nafilah Bulan Ramadhan, Di dalam riwayat, Ia adalah sholat 1000 rakaat di dalam Bulan Ramadhan sebagai tambahan kepada Sholat Nawafil yang sedia ada (setiap hari). Bersholat nafilah 20 rakaat pada setiap malam: 8 rakaat selepas Sholat Maghrib dan 12 rakaat selepas Sholat 3isyak, oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat sholat sepanjang 20 hari pertama adalah 400 rakaat. Pada sepuluh malam terakhir hendaklah bersholat nafilah 30 rakaat sebagaimana tertib [berikut iaitu 12 rakaat selepas maghrib dan 18 rakaat selepas isyak, jumlah keseluruhan rakaat sholat sepanjang 10 hari terakhir adalah 300 rakaat]. Dan pada tiga malam yang ganjil [iaitu 19, 21 dan 23 ramadhan], hendaklah bersholat nafilah 100 rakaat pada setiap malam, [oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat sholat nafilah menjadi 1000 rakaat]. Perhatikan juga bahawa keseluruhan rakaat sholat nafilah pada malam ke 19 menjadi 120 rakaat (100 rakaat + 20 rakaat yang ditunaikan pada setiap malam di sepanjang 20 hari pertama). Dan jumlah keseluruhan rakaat sholat nafilah pada malam 21 dan 23 ramadhan adalah 130 rakaat (100 rakaat + 30 rakaat yang ditunaikan pada 10 malam yang terakhir).

Jika terkurang dan hanya menunaikan 100 rakaat sholat nafilah sahaja pada malam ganjil iaitu dia tidak menunaikan 20 rakaat lagi sholat nafilah pada malam ke 19 dan 30 rakaat lagi sholat nafilah pada malam ke 21 dan ke 23, bermakna ada 80 rakaat (20 + 30 + 30) lagi berbaki yang perlu ditunaikan, maka hendaklah melunaskan sholat tersebut pada setiap kali jumaat dengan melaksanakan 10 rakaat sholat Ali, Fatimah dan Ja’far (jumlah keseluruhan 40 rakaat mengambilkira wujud 4 kali jumaat dalam bulan Ramadhan). Dan pada jumaat terakhir di bulan Ramadhan menunaikan sholat Ali (as) sebanyak 20 rakaat dan menunaikan Sholat Fatimah (as) pada malam harinya sebanyak 20 rakaat lagi.

Sholat Amirul Mukminin Ali (as): sholat 4 rakaat dengan dua kali tasyahud dan dua kali salam, di bacakan pada setiap rakaat: 1 kali surah “Al Hamd” dan 50 kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.

Sholat Fatimah (as): sholat 2 rakaat, dibacakan pada rakaat pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 10 kali surah “Al-Qadr”. Pada rakaat kedua dibacakan 1 kali surah “Al-Hamd” dan 10 kali surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas).
      
Sholat Ja’far (as): sholat 4 rakaat dengan 2 kali salam, dibacakan pada rakaat yang pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “Al-Zalzalah”, kemudian membaca sebanyak 15 kali “Subhanallah wal Hamdulillah wala Ilaha illalLah walLahu Akbar”, dan membacakannya sebanyak 10 kali juga di dalam ruku’, selepas bangun dari ruju’, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan selepas bangun dari sujud kedua, maka itu, jumlah kesemuanya adalah 75 kali pada setiap rakaat. Dan dibacakan pada rakaat kedua surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “wal’adiyat”: rakaat ketiga surah “Al Hamd” dan surah “iza jaa’a nashrulLah”: dan pada rakaat keempat surah “Al Hamd” dan surah “At-Tauhid”. Disunatkan membaca doa yang dikhususkan pada sujud yang terakhir.

Kedua: Sholat malam 3id Al-Fithri dua rakaat, dalam rakaat pertama baca: "Al Hamd" sekali dan surah "Al-Tauhid (Al-Ikhlas)" seribu kali, dan dalam rakaat kedua, " baca: "Al Hamd" sekali dan surah "Al-Tauhid (Al-Ikhlas)" sekali.

Ketiga: Sholat Hari Al-Ghadir, pada lapan belas Zhi Al-Hijjah setengah jam sebelum Zawal.[]

Keempat: Sholat malam kelima belas (Nishfu) Sya3ban.

Kelima: Sholat Al-Mab3ats malam dan siangnya, dan maklumat lanjut mengenai Sholat-sholat ini dan kemudiannya disebut dalam Kitab Al-‘Ibadat.

Penutup:

Semua  Seseorang boleh bersholat untuk Sholat Nawafil secara duduk, tetapi berdiri lebih afdhal, dan yang menjadikan semua sholat dua rakaat sambil duduk yang afdhalnya dikira satu rakaat.




✡✡✡✡✡


-------------------------
[] - Ia adalah sholat dua rakaat (seperti Sholat Shubuh). Pada rakaat pertama, selepas Al-Hamd baca Surah Al-Qadr (Inna Anzalna), dan pada rakaat kedua, selepas Al-Hamd baca Surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas)
Selepas salam lalu sujud syukur baca “Syukran Lillah.” 100 kali


                                                                   Rukun Keempat: Bab-bab Tertentu - 

Tiada ulasan: