Selasa, 8 September 2015

Soalan 513-514:


Soalan 513-514:
Soalan 513: Hukum Cuka Dan Ayam Sembelihan
Soalan 514: Nasihat Kepada Yang Mendakwa Ahmad

Soalan 513: Hukum Cuka Dan Ayam Sembelihan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Saya ingin tahu pendapat Al-Syed Ahmad (as) dalam khaliyah atau kesucian cuka kedua-dua jenis asid dan campuran, adakah ia halal atau haram, dan saya ingin tahu pendapat Al-Syed adakah ayam disembelih di Brazil, yang diterima sembelihannya oleh badan-badan agama seperti Pejabat Al-Syed Al-Syahid Al-Sadr, adakah ia Halal atau Haram?

Dihantar oleh: Abdullah Al-Manzhab – Iraq

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                             
                       
Untuk cuka dibuat untuk makan tidak ada masalah dengannya selagi ia tidak memabukkan.

Bagi ayam yang disembelih, iaitu yang telah disembelih mengikut syarat-syarat sembelihan Syari’at Islam, seperti menghadap kiblat, bukan atas nama (selain Allah) dan putus empat urat leher adalah halal ... jika tidak ia adalah haram. Adalah wajib dipastikan perkara-perkara tersebut, Semoga Allah membantu kamu segala yang baik.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
Rajab Al-Ashab / 1431 H
               
               
✡✡✡✡✡


Soalan 514: Nasihat Kepada Yang Mendakwa Ahmad ..

Takutlah akan Allah dan janganlah berdusta kepada manusia, ketahuilah bahawa berbohong kepada Al-Rasul (3alaihi shalatu wa Al-Salam) tempatnya di neraka, Wal-3iyazha bi-Allah (semoga di jauhi Allah).

Saya pernah mendengar kamu membaca Al-Quran maka saya dapati kejahilan kamu dan ia menunjukkan kamu jauh dari agama. Dan saya mohon kepada Allah supaya membimbing kamu atau supaya mengambil kamu sebagai azab dari Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa. Ya Allah janganlah jadikan kami sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang kafir.

Dihantar oleh: Al-Mahdi Utsman - Arab Saudi

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam atas Penghulu Rasul=rasul Muhammad dan keluarga baginda, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                        
Golongan Khawarij membaca Al-Quran dan kedengaran dengungan mereka seperti dengungan lebah tetapi ia tidak sampai ke kerongkong, dan hari ini kamu menyesuaikan diri dengan sunnah (kebiasaan) mereka seperti sandal yang berjajar dengan sandal yang lain.. Maka tidak ada bagi perkataannya yang dapat difahami. Dan tidaklah dari kawan-kawannya yang menerima, Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka)..

Bertaqwalah kepada Allah, dan kenalilah kebenaran nescaya kamu akan kenal ahlinya, maka tidak berguna pada kamu esok untuk mengatakan: kami dapati nenek moyang kami pada umat itu .. Auliak Allah tidak datang untuk mengikut keinginan manusia, dan Allah meletakkan peraturan ilmu mereka dengan mengetahui dari Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai petunjuk bagi kamu.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)

Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Awakhir Zhi Al-Qa3idah / 1430 H
                      
                                
               
✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: