Soalan 510: Bantahan Seorang Sunni Mengenai Nikah Mut’ah dan
Dalil-dalil Mut’ah
Semua kata-kata kamu tidak benar dan tidak kukuh pada kami. Kami
tahu bahawa Nabi (S) telah mengharamkan Mut’ah di Khaibar, dan kami tahu dengan
baik dan kami semua yakin bahawa Imam-imam (salamu Allahi 3alaihim) telah
mengharamkan Mut’ah, Seperti mana yang telah aku katakan kepadamu: Malulah kamu
kepada Allah, dengan fitnah ini atas Sahabat (Abu Bakar dan Umar) mengada-adakan
pada agama dengan menyelewengkan Al-Sunnah perkataan yang tidak diterima oleh akal,
ini hanyalah dalil kebencian kamu atas mereka, kami memohon kepada Allah supaya
membimbing kamu dan keselamatan.
Tetapi saya bertanya kepada kamu: Jika seorang wanita
berkahwin Mut’ah lebih daripada satu orang dalam sebulan, sebagai contoh, dan telah
hamil kepada siapa anak itu dinasabkan?
Bersama
ini disertakan:
Jawapan Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu) sebelum ini:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktirafan.
Perkahwinan Mut’ah (perkahwinan sementara) adalah perkahwinan
yang sah dengan nash Al-Quran dan Al-Sunnah, dan ini dibuktikan (disahkan)
dalam rujukan masyarakat Islam Sunnah dan Syiah dimana tidak ada yang mengingkarinya
melainkan sifat sombong, Pengharaman Perkahwinan Mut’ah bukan datang dari Allah
dan tidak juga dari Rasulullah (S), dan Rasulullah (S) telah meninggalkan dunia
ini dan undang-undang ini masih ditegakkan, dan datang Abu Bakar, undang-undang
ini masih ditegakkan, dia tidak mengatakan satu perkataan pun tentang hal ini,
dan apabila Umar datang dia melarang Mut’ah Haji dan Perempuan (Haji Tamattu’
dan Nikah Mut’ah). Adakah Umar sedar (tahu) kekurangan dalam syari’at yang ditegakkan
Muhammad (S)??
Jika kamu kata 'ya' kamu telah mendustakan Al-Quran di mana
Allah SWT bergirman:
﴿الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ... ﴾
Pada hari ini telah Kusempurnakan
untuk kamu agamamu, ... [71 Al-Maidah 5:3],
dan jika saya katakan 'tidak', ia bermakna bahawa Umar mengadakan
bid’ah pada agama. Bukankah setiap bid'ah adalah sesat dan setiap
kesesatan (adalah) di dalam neraka, dan ini hadits kamu yang tsabit
(kukuh). Pada masalah bahawa para Imam (as) bermut’ah atau tidak, kamu namakanlah
anak-anak mut’ah mereka? Soalan ini menunjukkan betapa bodohnya si penyoal, walaupun
perkahwinan para Imam (as) adalah urusan khusus untuk mereka sendiri, adakah beradab
untuk kita bertanya untuk urusan khusus ini??
Pada hakikatnya perkahwinan ini adalah disyari’atkan, kerana
ia disyari’atkan dengan nash daripada al-Quran dan Sunnah, dan Umar mengharamkannya,
ia adalah bid’ah dari bid'ah-bid'ah Umar, bid'ah Umar tidak terkira banyaknya. Dialah
orang pertama yang mendorong mengadakan bid'ah untuk disogokkan pada barisan
orang-orang yang mengerjakan sholat, yang pertama kali mengadakan bid'ah untuk
membakar rumah Nabi (S) dan keluarga baginda ada di dalamnya, Dialah dan sahabatnya
Abu Bakar yang pertama yang membakar sunnah nabi (hadits-hadits) yang suci, di
mana pembakaran Abu Bakar itu, menurut apa yang dikatakan oleh anak
perempuannya Aisyah, hampir lima ratus hadits-hadits Nabi (S) dengan alasan
disyaki di dalamnya asing, bagaimana boleh meragui hadits-hadits Nabi (S) orang
yang didakwa sebagai orang-orang yang paling dekat dengan Rasulullah (S).
Adapun Umar telah meneruskan kerja sahabatnya dan mengumpul
semua riwayat dari Rasulullah (S) dan melonggokkannya dengan daun-daun kurma
kemudian membakarnya dan dia mengumumkan akan dihukum sesiapa sahaja yang
mengatakan sabda Rasulullah (S), dan terdapat dari bid'ah Umar yang boleh dikukuhkan
dari berapa banyak bilangannya. Dan kamu boleh merujuk pada kitab-kitab sahih kamu
dan untuk melihat sumber-sumber kamu dengan mata sendiri kamu mengenai kebenaran
dari apa yang kami katakan, ini jika kamu mencari kebenaran dan bukan dari mereka
yang memancing permainan dalam konflik kejahilan dan kebencian serta
permusuhan.
Kami memohon kepada Allah SWT untuk membimbing kita semua.
والحمد لله وحده وحده وحده.
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Prof. Dr. Zaki Ansari, Jamadiy Al-Akhirah / 1431
Dihantar oleh: Raimas Khatib – Yaman
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktirafan.
:
Takutlah kamu kepada Allah dan janganlah mengatakan sesuatu
yang tidak dikatakan oleh Nabi apa yang kamu tidak tahu, lihat kamu kitab-kitab
kamu dan pastikan bahawa sebelum memperkatakannya, di sini ada beberapa hadits yang
sahih dari kitab-kitab kamu seperti yang kamu dakwa untuk mengetahui kebenaran:
Diriwayatkan oleh Bukhari:
عن عمران بن الحصين أنه قال: (نزلت آية المتعة في كتاب الله ففعلناها
مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم ينزل قرآن يحرمه ولم ينه عنها حتى مات، قال
رجل برأيه ما شاء، قال محمد (أي البخاري): يقال عمر رضي الله عنه)
Dari Imran bin Al-Hashin, beliau
berkata: (“Diturunkan ayat tentang Mut’ah dalam kitab Allah maka kami
mengerjakanya bersama Rasulullah (S), dan tidak turun ayat Al Qur`an yang
mengharamkannya dan melarangnya hingga baginda meninggal”, Seorang lelaki
berkata: dengan pendapatmya apa yang dikehendakinya, Muhammad berkata, (iaitu
Al-Bukhari) apa yang dikatakan Umar (ra)) [72].
Ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam Sahihnya, yang
merupakan Kitab paling Sahih selepas Al-Quran mengikut ijmak ulama yang besar Ahl
AL-Sunnah, ia adalah nash yang jelas tidak menerima takwil amalan Mut’ah dan
penerusan ini adalah dibenarkan sehingga hari kiamat, dan ini adalah nash atas
tiadanya ayat Al-Quran yang mengharamkannya, dan ia adalah nash kerana tiada
larangan Nabi (S) mengenainya, sehingga digolongkan adalah sebagai
sebaik-baik teman, dan ia juga jelas bahawa yang mengharamkannya adalah
Khalifah Umar bin Al-Khattab.
Adapun Imam Muslim salah seorang Imam hadits di kalangan Ahl
Al-Sunnah, dia telah mengeluarkan di dalam Shahihnya dalam Bab Nikah Mut’ah:
عن إسماعيل، عن قيس، قال: (سمعت عبد الله يقول: كنا نغزو مع رسول
الله صلى الله عليه وسلم ليس لنا نساء، فقلنا: ألا نستخصي، فنهانا عن ذلك ثم رخص
لنا أن ننكح المرأة بالثوب إلى أجل، ثم قرأ عبد الله: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُواْ لاَ تُحَرِّمُواْ طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ
تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ﴾(
dari Isma'il dari Qais
berkata, saya mendengar Abdullah berkata; Kami pernah berperang
bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa membawa isteri, lalu kami
berkata, Apakah sebaiknya kita mengembiri (kasi) kemaluan kita? Baginda
melarang kami berbuat demikian, dan baginda memberikan keringanan pada kami
untuk menikahi perempuan sampai pada batas waktu tertentu dengan mas kawin
pakaian. Kemudian Abdullah bin Mas'ud membaca ayat:
Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang Telah Allah halalkan bagi kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas. [73 Al-maidah 5:87].
Dalam riwayat yang lain juga di dalam Shahih Muslim
عن أبي نضرة، قال: (كنت عند جابر بن عبد الله، فأتاه آت فقال: ابن
عباس وابن الزبير اختلفا في المتعتين، فقال جابر: فعلناهما مع رسول الله صلى الله
عليه وسلم ثم نهانا عمر فلم نعد لهما
Dari Abi Nadlrah ia
berkata; Aku pernah berada di dekat Jabir bin Abdullah, lalu ia
didatangi oleh seseorang dan berkata; Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair berselisih
pendapat mengenai dua Mut'ah (yaitu nikah mut'ah dan haji tamattu'), maka Jabir
pun berkata, Kami pernah melakukan keduanya bersama Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, kemudian Umar melarang kami dan kami tidak pernah melakukan kedua-duanya
lagi.) [74].
Imam Muslim juga mengeluarkan:
(... كان ابن عباس يأمر
بالمتعة، وكان ابن الزبير ينهي عنها، قال: فذكر ذلك لجابر بن عبد الله، فقال: على
يدي دار الحديث، تمتعنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فلما قام عمر قال: إن
الله كان يحل لرسوله ما شاء بما شاء، وإن القرآن قد نزل منازله فأتموا الحج والعمرة
لله كما أمركم الله، وأبتوا نكاح هذه النساء، فإن أوتي برجل نكح امرأة إلى أجل إلا
رجمته بالحجارة)
(...Sesungguhnya Ibnu Abbas
memerintahkan mut’ah, tapi Ibnu Zubair melarangnya (mut’ah), katanya:
Lalu aku katakan masalah itu kepada Jabir bin Abdillah, maka iapun berkata:
Tanganku adalah gudangnya hadits, kami dulu bermut’ah di zaman Rasulullah (S), tetapi
setelah Umar jadi khalifah, ia berkata: Sesungguhnya Allah telah
menghalalkan untuk RasulNya apa yang Dia kehendaki dan Al-Quran telah
menurunkan hukum-hukumnya (maka lengkapilah haji dan umrah untuk Allah
–Al-Ayat) seperti yang telah diperintahkan pada kalian, dan berhentilah
bermut’ah dengan perempuan, sungguh tidak dibawa kepada lelaki yang kahwin
dengan perempuan dalam jangka waktu tertentu kecuali kurejam dengan batu.)
[75].
Adapun penolakan Umar dan Abu Bakar dari penulisan Al-Sunnah
dan membakarnya di sini, dibawakan kepada kamu hadits-hadits dari kitab-kitab kamu:
قال عمر بن الخطاب لأبي هريرة: (لتتركن الحديث عن رسول الله أو
لألحقنك بأرض دوس)
Umar bin al-Khattab berkata kepada Abu Hurairah: (Akan engkau
tinggalkan hadits dari Rasulullah atau aku pulangkan kamu ke tanah tanah Daus)
[76].
Dan dia juga berkata kepadanya:
(لتتركن الحديث عن رسول الله
أو لألحقنك بأرض الفيح يعني أرض قومه)
(Akan engkau tinggalkan hadits dari
Rasulullah atau aku pulangkan kamu ke tanah Al-Faih iaitu tanah kaumnya)
([77]).
Yahya bin Ja’dah berkata:
(إن عمر بن الخطاب أراد أن
يكتب السنة، ثم بدا له أن لا يكتبها ثم كتب في الأمصار من كان عنده منها شيء
فليمحه)
(Umar bin al-Khattab mahu menulis sunnah,
kemudian menjadi jelas kepadanya supaya tidak menulisnya, kemudian dia menuliskan
pengumuman awam, sesiapa yang telah menulisnya (sunnah) ia perlu dihapuskan) [78].
Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar berkata
Umar Ibnu Al-Khattab telah
dimaklumkan bahawa kitab-kitab (tulisan) mula timbul di antara orang, maka dia
mengecam dan membenci dengan berkata:
(إن عمر بن الخطاب بلغه أنه
قد ظهر في أيدي الناس كتب، فاستنكرها وكرهها وقال: أيها الناس، إنه قد بلغني أنه
قد ظهرت في أيديكم كتب، فأحبها إلى الله أعدلها وأقومها، فلا يبقين أحد عنده
كتاباً إلا أتاني به، فأرى فيه رأيي، فظنوا أنه يريد أن ينظر فيها ويقومها على أمر
لا يكون فيه اختلاف، فأتوه بكتبهم فأحرقها بالنار ثم قال: أمنية كأمنية أهل
الكتاب) وفي بعض القول: (مثناة كمثناة أهل الكتاب)
Wahai manusia! Saya dimaklumkan
bahawa beberapa buah kitab (tulisan) telah muncul di tangan kalian, dan mereka yang
paling dikasihi Allah adalah yang paling adil dan saksama, jadi tiada siapa
meninggalkan sebuah kitab pun padanya, kecuali dia harus membawanya kepada ku,
maka aku dapat melihat apa yang ada di dalamnya dan memberikan pendapatku. Orang
ramai menyangka Omar ingin melihat kitab-kitab (tulisan) dan mengesahkannya dan
untuk menghapuskan kekhilafan (antara tulisan-tulisan ini). Orang-orang membawanya
kepada Omar semua yang ditulis oleh mereka dan dia membakar semuanya dengan api,
dan kemudian berkata:
Kamu hanya mempunyai keinginan
(kecenderungan) seperti keinginan ahli Kitab.) [79], dan ada yang
mengatakan: (Mengulang-ulangi seperti Ahli Kitab) [80].
Dan Aisyah, anak Khalifah menggambarkan keadaannya dengan
mengatakan:
(... جمع أبي الحديث عن رسول
الله (ص)، وكانت خمسمائة حديث، فبات ليلته يتقلب كثيراً، قالت: فضمني، فقلت:
أتتقلب لشكوى أو لشيء بلغك ؟ فلما أصبح قال: أي بنية، هلمي الأحاديث التي عندك،
فجئته بها، فدعا بنار فأحرقها !! فقلت: لم أحرقتها ؟ قال: خشيت أن أموت وهي عندي
فتكون فيها أحاديث عن رجل قد ائتمنته ووثقت ولم يكن كما حدثني فأكون قد نقلت ذلك)
(..."Bapaku mengumpulkan dari Hadits-hadits
Rasulullah (S), dan ia adalah 500 Hadits, dan sepanjang malam itu dia sangat
resah. Ia merisaukan aku, maka aku berkata:". Adakah keresahan ayah kerana
ada aduan (rungutan) atau berita yang ayah dengar? Apabila dia bangun, dia
berkata:. 'Aduhai anakku, bawakan Hadits-hadits yang kamu ada kepadaku,' jadi aku
membawanya kepadanya, lalu dia menyalakan api dan membakarnya. Maka aku
berkata: 'Mengapa ayah membakarnya?' Beliau berkata: "Aku takut aku akan
mati dan aku masih mempunyainya, dengan itu aku akan mempunyai Hadits-hadits daripada
seorang lelaki yang aku yakin dan percaya, tetapi ia mungkin bukan sebagai mana
perkataanku, yang niscaya aku akan menuliskannya".) [81] selesai
teks.
Al-Zhahabi berkata:
(إن أبا بكر جمع أحاديث
النبي (ص) في كتاب، فبلغ عددها خمسمائة حديث، ثم دعا بنار فأحرقها)
(Abu Bakar mengumpulkan Hadits-hadits
Nabi (S) dalam kitab, menjadikan jumlahnya lima ratus hadits, ketika itu dinyalakan
api dan dibakarnya) (82].
Qasim bin Muhammad meriwayatkan salah seorang Imam Zaidiyah, dari Al-Hakim, dengan sanadnya
sampai kepada Aisyah, beliau berkata:
(جمع أبي الحديث عن رسول
الله، فكانت خمسمائة حديث فبات ليله يتقلب، فلما أصبح قال: أي بنية، هلمي الأحاديث
التي عندك، فجئته بها فدعا بنار فأحرقها)
(Bapaku mengumpulkan dari
Hadits-hadits Rasulullah (S), adalah lima ratus hadits, dan sepanjang malam itu
dia sangat resah. Apabila dia bangun, dia berkata:. 'Aduhai anakku, bawakan Hadits-hadits
yang kamu ada kepadaku,' jadi aku membawanya kepadanya, lalu lalu dipanggilkan
api dan membakarnya) [83].
Untuk soalan kamu: Jika seorang wanita berkahwin Mut’ah lebih
daripada satu orang dalam sebulan, sebagai contoh, dan telah hamil kepada siapa
anak itu dinasabkan?
Jawapannya: Jika kamu tahu apa sebenarnya perkahwinan
Mut’ah dan syarat-syaratnya kamu tidak akan menyoal dengan soalan ini, di
antara syarat-syarat perkahwinan Mut’ah bahawa apabila tamat tempoh selepas bersama
maka ‘Iddahnya adalah dua kali haidh, jika mereka tiada haidh maka tidak kurang
dari empat puluh lima hari. Dan jika melampaui kematian walaupun tidak
bersama disempurnakan empat bulan sepuluh hari atasnya jika tidak hamil, dan dan
selepas dua kali haidh jika dia sedang mengandung.
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Rajab / 1431
✡✡✡✡✡
______________________________
[71] - Al-Maidah 5:3.
[72] - Sahih Bukhari, Bab firman Allah SWT:
(وأنفقوا
في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة)
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan
janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,) [Al-Baqarah
`2:195]
dari Kitab Al-Tafsir Juzuk ketiga, halaman 71..
[73] - Al-Maidah 5:87.
[74] - Sahih Muslim Jilid 4 Bab Ihilal Al-Nabi (S) wa Hidayah.
[75] - Sahih Muslim Jilid 4 Bab Al-Hujah Al-Nabi (S).
[76] - Al-Muhaddits Al-Fadhil: halaman 554 No. 746, dan Al-Bidayah
wa Al-Nihayah oleh - Ibnu Kathir:.. Jilid 8 halaman 160, dan Al-Tadwin Al-Sunnah
Al-Syarifah: halaman 431.
[77] Akhbar Al-Madinag Al=Munawarah - oleh Ibn Shaibah Jilid 3
halaman 800.
[78] - Kanz Al-3amal Jilid 10 Bab Fi Adaab Al-3ulama’ - Pasal
dalam riwayat hadits No (29 476).
[79] Taqiyid Al-3ilm:. halaman 52.
[80] –Al-Thabaqat Al-Kubra - oleh Ibn Saad: Jilid 1 halaman 140
edisi Lidan.
[81] – Tazkirah Al-Hafidz: Jilid 1 halaman 5, dan Kanz
Al-3amal: Jilid 10 halaman 285, dan dan Tadwin Al-Quran: halaman 370.
[82] - Tazkirah Al-Hafidz – oleh Al-Zhahabiy. Jilid 1 halaman
5, dan Al-3ulum Al-Hadits: halaman 39.
[83] – Al-I3tisham Bi Habli Allah Al-Matin: Jilid 1 30, dan Al-Tadwin
Al-Sunnah Al-Syarifah:halaman 264, dan Tazkirah Al-Hafidz: Jilid 1 halaman 5,
dan Kanz Al-3amal: Jilid 1 halaman 285.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan