Sabtu, 19 September 2015

V: Rukuk (Ruku3)


V: Rukuk (Ruku3)

Ia wajib dilakukan sekali pada tiap-tiap rakaat kecuali dalam Sholat Gerhana dan Sholat Al-Ayaat, ia adalah rukun dalam sholat, dan Sholat akan terbatal jika meninggalkannya dengan sengaja atau secara tidak sengaja yang akan dijelaskan perinciannya, dan kewajipan padanya ada lima perkara:
                                                  
Pertama: Membongkok sekadar ia boleh meletakkan tangannya di atas lututnya, Dan bahawa tangan yang sememangnya panjang untuk sampai ke lutut yang lengkungnya tidak berapa bengkok membentuk bentuk badannya seperti sesiku. Maka jika dia tidak dapat tunduk kerana kecederaan tunduklah sekadar yang ia boleh. Jika bongkoknya terbatas dari asalnya untuk gerakan membongkok walaupun rukuknya mengikut aras bentuk badannya atau kerana kecederaan, wajib ia meningkatkan rukuknya menjadi bentuk sesiku dan menjadikan ia lebih berbeza..

Kedua: Berhenti seketika (Al-Thama’ninah) sekadar melaksanakan kewajipan zikir mengikut keupayaan, walaupun dalam keadaan sakit, dia tidak boleh menggugurkannya, seperti mana-keuzuran terbatas dari asal untuk rukuk.

Ketiga: Mendongakkan kepalanya, maka tidak dibenarkan memandang ke arah Sujud sebelum bangkit darinya, melainkan uzur, walaupun kurang mengangkatnya kepada apa yang wajib dilaksanakan.

Keempat: Berhenti seketika (Al-Thama’ninah) ketika bangkit, ia adalah berdiri dan berhenti seketika (Al-Thama’ninah) tegak di tempatnya, walaupun seketika.

Kelima: bertasbih padanya, dan ia cukup dengan zikir walaupun lafaz-lafaz takbir, Tahlil, Tahmid atau lafaz syukur kepada Allah. Dikatakan ganjaran yang diberikan kepada yang memilih satu-satunya Tasbih yang lengkap, iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-3adzimi Wa Bihamdih atau
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَلِيِّ وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-3aliyi Wa Bihamdih atau
سبحان الله 
Subhana Allah tiga kali, dan pada keperluan yang kecil. Kita wajib bertakbir untuk rukuk.

Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah bertakbir untuk rukuk dengan berdiri sambil bertakbir dengan mengangkat tangannya sejajar telinganya, dan kemudian dia akan terus rukuk, dan meletakkan tangannya di atas lututnya dengan membuka jari-jarinya. Jika tidak dapat dilakuksn letakkan di tempat lain, hendaklah ditukar dari meletakkan pada lututnya kepada penggantinya, walaupun di pelipat lututnya, meluruskan lehernya selari dengan belakangnga, lalu membaca tasbih, dan bacaan tasbih diulang tiga, lima atau tujuh kali secara tambahan (ganjil), Imam hendaklah meninggikan suaranya dengan zikirnya, dan selepas ia bangkit katakan.
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami3a Allahu Liman Hanidah

(Allah mendengar sesiapa yang memujaNya) dan berdoa selepasnya. Dan makruh: rukuk dengan tangannya berada di bawah pakaiannya.




VI: Sujud >>





Tiada ulasan: