Rabu, 9 September 2015

Soalan 525: Apakah Maksud Haram Penjualan senjata


Soalan 525: Apakah Maksud Haram Penjualan senjata
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Yang mulia Imam dan Saidi Al-Imam Ahmad Al-Hassan (as), saya menghantar salam saya kepada Al-Imam Al-A3dzam Mohammed Bin Al-Hassan dan kepada Washiy dan Utusannya, dengan harapan kepada Allah bahawa selawat dan salam saya kepada tuan, Imam Al-Ins dan Al-Jin, begitu juga saya berharap dari Allah melapangkan hati AL-Rasul Al-Karim Nabi Muhammad dan Aali Muhammad (as) supaya menolong tuan-tuan atas musuh-musuh Allah dan musuh-musuh tuan-tuan dalam menegakkan Negara Keadilan Ilahi.

Apa yang dimaksudkan dengan haram penjualan senjata dalam riwayat Al-Yamani; kerana para penentang mengatakan kepada  kami adakah ia satu larangan syar’ei atau penguasa atau kepemimpinan (takwini)??

Dihantar oleh: : Abu Murtadha Al-Ruba’ei,– Australia


Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                    
               
Pengharaman penjualan senjata kepada para penentang adalah masalah yang diterangkan Aali Muhammad (as), dan ianya adalah ketika zuhurnya Al-Qaim (as), dan dengan itu ia adalah sekatan ini (mengharamkan penjualan senjata) dalam kenyataan riwayat Al-Yamani kepada mereka yang memahami kata-kata mereka (as), bahawa Al-Yamani itu sendiri adalah Al-Qaim, Kerana dalam riwayat-riwayat mereka sekatan pengharaman penjualan dengan berlakunya penentangan pada keluarnya Al-Qaim, dan kini mereka mengatakan apabila Al-Yamani keluar diharamkan penjualan senjata, maka jelas menerangkan bahawa Al-Yamani adalah Al-Qaim itu sendiri, maka Al-Imam (as) mengatakan: (Jika Al-Yamani keluar diharamkan penjualan senjata kepada manusia dan kepada setiap Muslim) [13] dia mahu menerangkan bahawa Al-Yaman adalah Al-Qaim itu sendiri yang mengharamkan penjualan senjata apabila ia muncul dan mendapat penentangan, sebagai tambahan kepada riwayat kenyataan itu menerangkan bahawa Al-Yamani adalah Al-Qaim dan Hujjah dari Hujjah-hujjah Allah seperti yang diterangkan sebelum ini.

Berikut ini ada beberapa riwayat yang menerangkan bahawa pengharaman penjualan senjata tetapi juga ketika keluar Al-Qaim dan apabila penentangan peperangan antara beliau dan musuh-musuhnya:

Dari Hind Al-Sarraj, beliau berkata: (Aku berkata kepada Abi Ja'far (as): Semoga Allah mengislah mu, Bahawa aku membawa senjata kepada penduduk Syam lalu menjualkannya kepada mereka. Apabila Allah perkenalkan aku pada urusan ini aku mendapat kesulitan dengannya dan aku berkata aku tidak bawa kepada musuh-musuh Allah. Maka dia berkata. Membawa kepada mereka, maka Allah menggerakkan dengannya musuh kita dan musuh kamu iaitu Rom dan penduduknya. Jika terjadi perang antara kita maka jangan membawanya (menjual senjata itu), sesiapa yang membawa senjata kepada musuh kami, ia akan membantu mereka menentang kami maka dia adalah musyrik) ([14]).

Dan dari Abi Bakr Al-Hadhrami, beliau berkata: (Kami masuk (bertemu) Abi Abdillah (as) bertanya kepadanya hukum kuda tunggangan; apa pendapat tuan orang yang membawa kuda-kuda tunggangan ke Syam dan kelengkapannya? Jawabnya: tidak ada salahnya kamu pada hari ini, ia seperti kedudukan sahabat Rasulullah (S) bahawa kamu berada di dalam gencatan senjata, jika mendapat penentangan diharamkan kepada kamu membawa kuda-kuda tunggangan dan senjata kepada mereka) [15].

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Ahmad Al-Hassan
Pertenganan Sya3ban / 1431 H
       
                      
               
               
✡✡✡✡✡
                                             
______________________________
[13] – Ghaibah AL-Nu3mani: halaman 264..
[14] - Al-Kafi: Jilid halaman 112.
[15] - Al-Kafi: Jilid halaman 112..  




Tiada ulasan: