Selasa, 8 September 2015

2015 09 11


2015 09 11
  
KHUTBAH PERTAMA

 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.      
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Di dalam kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan (as), menyebut - Apakah Manusia Memahami atau Menyedari Dengan Qalb (Hati)nya

Banyak disebutkan tentang Qalb dalam firman Allah Ta’ala:


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلۡبِهِ

Dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya. (Al Baqarah: 204)


وَلَـٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِيۖ

Akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku. (Al Baqarah: 260)


إِذۡ جَآءَ رَبَّهُ ۥ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ

Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. (As Saaffat: 84)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain. Adapun riwayat-riwayat yang menyebutkan Qalb adalah tersangat banyak, menerangkan bahawa orang mukmin menyedari atau memahami dengan hatinya. Qalbnya adalah suci bersih serta Arasy Allah dan lain-lain lagi.Jadi, apakah makna Qalb (hati)?

Penulis telah bertanya kepada
Imam Ahmad Al Hassan: Apakah diketahui bahawa seorang insan itu menyedari atau memahami dengan hatinya, saya sangat pasti ia bukanlah hati Qalb yang dikenali oleh manusia. Jadi apakah ia?

Maka dia (as) menjawab pertanyaanku: Benar, seseorang insan itu menyedari atau memahami dengan Qalbnya. QALB ADALAH ROH yang setiap insan mukmin menyedari atau memahami kalimat Allah menurut keadaan Qalbnya. Barangsiapa yang Qalbnya wujud di langit kedua sahaja, maka kesedaran atau kefahamannya adalah lebih kurang berbanding insan yang Qalbnya wujud di langit ketiga, begitulah seterusnya.

Dan Dia swt berfirman,

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

{Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa bisikan jiwanya kepadanya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya} [Surah Qaaf, 50:16].

Apakah yang dimaksudkan dengan "hati" dan "urat lehernya "?

Seorang lelaki itu bermakna manusia yang beriman kepada Allah dan hujjah Allah di bumi -Nya. Dan hatinya bermakna tanda (hujjah) kepada penciptaan, oleh itu hati adalah Imam Maksum, dan diumpamakan kesempurnaan (kemaksuman) adalah pada hati, kerana hati Imam menguruskan hal-hal alam semesta, sepertimana cara hati menguruskan hal-hal badan manusia.

Urat Leher Imam Maksum, adalah tali Allah yang kukuh, dan pintu di mana limpahan Ilahi diberikan kepada penciptaan. Oleh itu kemaksuman adalah ciptaan yang paling dekat kepada manusia yang beriman, dan orang yang beriman sangat-sangat berkehendakkan pertolongannya untuk memenuhi keperluan di sisi Allah SWT.

Ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa Allah adalah lebih dekat kepada kamu daripada para Nabi, Rasul-Rasul, dan Imam-Imam as dan jika kamu beralih kepada mereka untuk memenuhi keperluan kamu, Allah akan campur tangan di antara kamu dan mereka. Dengan ini, apakah kamu akan mengambil mereka sebagai tuhan-tuhan yang lain dari Allah, pada hal sepatutnya kamu perlu menjadikan mereka cara untukmendekatkan diri pada Allah, untuk memenuhi keperluan dan memberi syafaat di sisi Allah, kerana mereka as tiada syafaat, dan tidak boleh bercakap kecuali dengan izin Allah swt,

لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

{Mereka tidak mendahuluiNya dan mereka bekerja dengan perintah-Nya}. [Al Anbiyaa' 21:27]

Jadi, bagaimana Allah akan membenarkan mereka untuk memberi syafaat misalnya kepada seorang lelaki buta yang tidak melihat Allah, "Buta adalah mata yang tidak melihat Kamu."

Dia swt berfirman,

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

{Siapakah orangnya yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izin-Nya}, [Al-Baqarah 2:255]

dan Dia swt berfirman,

لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

{Tidak mereka berkata-kata melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Al-Rahman, serta ia berkata benar.}. [S. An-Nabaa’ 78:38]

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ وَ وُلْدِ هِیَ احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan, selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan, pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.



اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ﴾


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Imam Ahmad Al Hassan Tidak menyukai pujian berlebihan.

Beliau (as) telah mengingatkan ansar Imam Mahdi dan yang beriman dengannya di lelaman internet.

Allah berfirman:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
  
﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا﴾
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (Al Kahf: 18:110)
Semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan atas segala kata-kata baik yang telah ditulis oleh jari jemari kalian yang diberkati.
       
Ahmad Al Hasan adalah manusia biasa seperti kalian, yang Allah izinkan dirinya mengetahui kebenaran dan kemudian mengutuskannya buat umat manusia bagi mengetahui kebenaran. Apa yang aku harapkan buat semua mukminin dan mukminat agar menjadi lebih baik dariku. Pintu itu terbuka buat semua mukminin dan mukminat untuk mencapai kedudukan orang-orang tertinggi, lantas menjadi seperti para Rasul dan Nabi.

Jadi, aku berharap kalian dapat meninggalkan pujian yang berlebihan dan jangan ada seorang pun dari kalangan kalian yang menyangka bahawa semua pujian ini dapat menggembirakanku, dan sekaligus membuatkan aku berhenti dari membaca apa yang kalian tulis. Aku datang untuk meruntuhkan binaan kebatilan dan syaitan. Dengan ini semua tindak tanduk para penindas dan manusia angkuh adalah tertolak di sisiku sepenuhnya. Jadi, bagaimana kalian meletakkan aku dapat menerima perkara ini untuk diriku sendiri? Adakah kalian membayangkan aku akan menghulurkan tanganku untuk dicium, atau memaparkan gambarku di setiap jalan dan lorong seperti yang dilakukan oleh para manusia angkuh, iaitu mereka yang "menculik" para Syiah Ali (as)? Aku bersumpah demi Allah, ianya tidak akan berlaku. Contoh ikutan, Imam dan guruku adalah datukku, Muhammad Rasulullah (S), yang jelas terlihat kemarahan di wajahnya jika para sahabat berdiri di saat baginda menghampiri mereka. Contoh ikutanku adalah Ali bin Abi Thalib (as) yang duduk bersama para sahabat dan pengikutnya di atas lantai dan tidak menghulurkan tangannya untuk dicium oleh para sahabat serta pengikutnya, sepertimana yang dilakukan sesetengah ulamak dan para wakil mereka yang bongkak lagi sombong pada hari ini.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari setiap manusia yang bongkak lagi sombong yang tidak beriman kepada Hari Penghakiman.

Wahai kekasihku sekalian, aku berasa terhormat untuk membaca apa yang kalian tulis dan jika Allah izinkan, aku akan cuba membaca kesemua komentar kalian. Namun begitu, aku memohon maaf jika sekiranya aku tidak membalas komentar kalian kerana kesuntukan masa, dan aku akan berusaha membalas sebahagiannya melalui topik yang akan aku lontarkan kemudian. Semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan. Aku memohon kepada Allah agar mengakhiri diri kita semua dengan kebaikan dan di atas agamaNya yang benar, yang diredhaiNya. Dia adalah pendukungku dan Dia mendukung orang-orang yang soleh.


اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                            

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣


Tiada ulasan: