Bab
IV: Sholat Jenazah
Bahagian
I: Siapa disholatkan.
Ia
adalah kepada semua yang secara zahirnya mengucap dua kalimah syahadah, atau
kanak-kanak yang berumur enam tahun adalah di hukum sebagai Islam, dan sama
saja baik lelaki mahupun perempuan, merdeka atau hamba. Dan mustahab sholat ke
atas mereka yang tidak sampai umurnya jika ia dilahirkan hidup, jika berlaku keguguran
janin tidak disholatkan atasnya, walaupun pernah ada Roh padanya.
Bahagian
II: Orang yang sholat.
Dan
orang-orang yang lebih berhak dan lebih utama sholat atasnya adalah dari mereka
yang menjadi waris atasnya, dan seorang bapa lebih utama atas anaknya, dan juga
lebih utama anak-anak dari datuk, saudara lelaki dari sebelah bapa dan ibu lebih
utama dari yang tergolong pada salah seorang daripada kedua mereka, dan suami lebih
utama atas isteri dari hubungan keturunannya jika mereka diminta. Golongan orang-orang
lelaki lebih utama dari orang-orang perempuan, yang merdeka lebih utama dari hamba,
tidak didahulukan walinya melainkan jika ia menyempurnakan syarat-syarat menjadi
Imam yang tidak patut didahulukan selainnya. Jika sama keutamaannya dahulukan
yang ahli fiqh kemudian yang paling taqwa, dan tidak boleh sesiapa ke hadapan tanpa
kebenaran walinya, sama juga memenuhi syarat-syarat menjadi Imam, atau masih
belum menjadi orang yang sudah dewasa (taklif). Imam Al-Ashal (maksum) lebih
utama sholat dari yang lain, Al-Hashimi lebih utama dari orang lain, dan jika walinya
ke hadapan dan beliau memenuhi syarat-syarat menjadi Imam. Dan seorang perempuan
boleh membawa kepada kaum perempuan dan makruh menunjukkan diri secara terbuka antara
mereka, tetapi berdiri di saf mereka, walaupun dalam satu pimpinan sholat. Jika
perempuan mengikut lelaki berdirilah di belakangnya. Jika di belakangnya (Imam)
kaum lelaki dan berdirilah di belakang mereka, Jika ada di kalangan mereka perempuan
dalam haid mustahab diasingkan dari saf mereka.
Bahagian
III: Kaifiat Sholat.
Ia
adalah lima Takbir dan berdoa di antaranya tidak wajib tetapi mustahab, dan yang
lebih afdhal apa yang dikatakan: dari riwayat Muhammad bin Muhajir dari ibunya
- Ummu Salamah - dari Abi Abdillah (as) berkata: Bahawa apabila Rasulullah (S) sholatkan
atas mayat baginda bertakbir dan bertasyahud, kemudian bertakbir dan berselawat
atas nabi-nabi dan berdoa, kemudian bertakbir dan berdoa untuk mukminin, kemudian
bertakbir yang keempat dan berdoa untuk si mati, kemudian bertakbir yang [kelima]
dan mengakhirinya. Jika yang disholatkan seorang munafik adalah terhad kepada
empat takbir dan mengakhirinya atau berdoa untuk si mati pada takbir yang keempat
dan mengakhirinya pada takbir yang kelima.
Diwajibkan
berniat dan menghadap kiblat, dan keadaan kepala jenazah di sebelah kanan orang
yang sholat atasnya. Bersuci (wudhuk) tidak
disyaratkan dan jangan terlalu jauh dari jenazah. Jarak tidak mungkin lebih
untuk pengebumian, dan jangan sholatkan jenazah melainkankan selepas dimandikan
dan dikafankan. Jika ia tidak mempunyai kain kafan untuk dikuburkan maka tutup
auratnya, dan disholatkan selepas itu.
Perjalanan
Sholat: Imam
berdiri di tengah-tengah mayat lelaki dan mayat perempuan di dada, dan setelah
berkumpul, orang-orang lelaki di belakang Imam dan orang-orang perempuan di bahagian
belakang, dan menjadikan dadanya bertentangan dengan kedudukan tengah di tempat
Imam berdiri, Jika terdapat kanak-kanak tempatkan di belakang perempuan.
Orang
yang akan sholat hendaklah suci dan menanggalkan kasutnya, mengangkat tangannya
pada takbir pertama dan takbir berikutnya. Mustahab selepas takbir keempat mendoakan
si mati jika ia seorang mukmin, dan juga
pada orang yang munafik, dan mendoakan mustadh3afin (kedudukan yang lemah, yang
tertindas) jika dia sedemikian, jika tidak tahu minta kepada Allah supaya
dibangkitkan bersama dengan apad yang dipegangnya, jika dia seorang kanak-kanak
minta kepada Allah supaya menjadikan dia mendapat syafaat kebaikan bapanya. Apabila
selesai sholat tetaplah berdiri sehingga jenazah diangkat, dan bersholatlah
atas jenazah di tempat biasa, dan boleh disholatkan di masjid-masjid. Dan makruh
disholatkan dua kali atas jenazah.
Lima
Masalah:
Pertama: Barangsiapa yang mendapati
Imam sedang bersalat ikutlah dia,
dan apabila (Imam) selesai sambung baki yang tertinggal, walaupun jenazah diangkat
atau selesai dikebumikan di kubur.
Kedua: Makmum jangan mendahului
takbir Imam atau lebih panjang doanya dari
imam.
Ketiga: Barangsiapa yang belum sholatkan
atas jenazah, dia dibenarkan bersholat di kuburnya pada bila-bila masa,
walaupun selepas masa yang lama dan jangan tinggalkan sholat atas jenazah
mukmin.
Keempat: Setiap waktu adalah sah
untuk sholat
jenazah,
melainkan kesuntukan waktu sholat Fardhu semasa. seliranya khuatir ke atas mayat - atas kesempatan masa – dahuluksn
sholat atasnya.
Kelima: Apabila mengerjakan sebahagian
sholat jenazah dan kemudian hadir sholat yang lain adalah bebas untuk memilihnya,
samada mahu mulai kedua-dua sholat (fardhu), atau lebih utama sempurnakan atas
yang pertama dan mulakan pula bagi yang kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan