Isnin, 14 September 2015

Kitab Sholat - Rukun Pertama: - 7 Pengenalan

Syarai3 Islam
(Juzuk AL-Awwal)
                                                                                   

Kitab Thaharah
Kitab Sholat
Kitab Puasa
Kitab I'tikaaf




Kitab Sholat


Dan pengetahuan tentangnya akan diterangkan empat rukun:


Rukun Pertama:
Pengenalan ada tujuh:


Pengenalan I: Jenis-jenis Sholat


Difardhu sembilan jenis daripadanya:

Sholat Sehari Semalam,
1.   Sholat Jumaat,
2.   kedua-dua Sholat Eids
3.   Sholat Gerhana,
4.   Sholat gempa bumi,
5.   Sholat Al-Ayaat,
6.   Sholat Thawaf,
7.   Sholat Kematian (Jenazah),
8.   Sholat yang melibatkan nazar dan yang serupa dengannya, dan sebaliknya yang Sunat.

I Sholat Sehari Semalam Lima Waktu

Sholat Sehari Semalam berjumlah tujuh belas rakaat, Shubuh dua rakaat, Maghribi tiga rakaat, dan setiap satu daripada yang selebihnya empat rakaat. Dan digugurkan setiap yang empat rakaat dalam perjalanan (musafir) menjadi dua rakaat.

Dan Sholat Nawafil (nafilah - sunat) berjumlah tiga puluh empat rakaat: di hadapan Dzohor lapan rakaat, dan sebelum 3ashar juga lapan rakaat, dan selepas Maghrib empat rakaat, dan selepas 3isya’ dua rakaat sambil duduk (Al-Watirah) dan sebelas rakaat Sholat Malam termasuk dua rakaat Sholat Syaf3 dan satu rakaat Sholat Witir, dan dua rakaat sebelum fardhu Shubuh.

Dan Sholat Nawafil digugurkan ketika dalam perjalanan (musafir), dan Sholat Al-Watirah (selepas 3isya’ sambil duduk) tidak digugurkan. Dan Sholat Nawafil semuanya dalam dua rakaat dengan Tasyahud dan Salam selepasnya, kebanyakannya dua rakaat diakhiri dengan Salam kecuali khusus seperti Sholat Witir dan Sholat Al-A3rabi, dan akan disebutkan perincian Sholat-sholat lain pada tempatnya, Insya Allah.


Pengenalan II: Waktu Sholat

Mengenai: Jangka masa, dan hukumnya.

Yang pertama: Di antara gelincir rembang matahari (zawal) hingga matahari terbenam untuk waktu Dzohor dan 3ashar. Dikhususkan waktu Dzohor diawalkan dengan kadar melaksanakannya, dan waktu 3ashar pula pada akhirnya, dan di antara dua waktu itu dikongsi bersama. Dan juga apabila matahari telah tenggelam masuklah waktu Maghrib, dan dikhususkan pada awal waktu untuk mendirikannya dengan kadar tiga rakaat, kemudian dikongsi bersama dengan Sholat 3isyak sehingga pada pertengahan malam dan sebagai pilihan hingga terbit fajar bagi yang bermasalah. Dikhususkan Sholat 3isyak pada akhir waktu dengan kadar empat rakaat. Dan di antara terbit fajar yang kedua – sinar cahaya di kaki langit – hingga terbit matahari, adalah waktu bagi Sholat Shubuh.

Dan diketahui waktu Zawal (gelincir rembang matahari): apabila wujud sedikit baying-bayang, Tenggelam Matahari: hilangnya bulatan, hilangnya pandangan warna merah (pada bulatan) dari Timur, lebih baik untuk memastikan lagi hilangnya bulatan matahari, dan sebaik-baik amalan sholat adalah pada awal waktunya, dan Sholat 3isyak adalah lebih afdhal ditangguhkan sehingga hilangnya mega (warna) merah senja Maghrib. Bagi Sholat 3ashar satu jam atau dua jam dari gelincir (zawal) matahari, mengikurt panjang pendeknya siang hari.

Waktu Nawafil (Sholat-sholat Nafilah) setiap hari:

Untuk Dzohor: dari Zawal-hingga lepas setengah jam.

Untuk 3ashar: satu jam setengah atau dua jam setengah, mengikut panjang hari, maka jika terkeluar waktunya dan telah terpakai untuk Nafilah walaupun dengan satu rakaat, jika kesuntukan dengan sholat fardhu ia diringankan (diambilkira). Dan jika belum sholat lagi, dahulukan dengan sholat fardhu. kemudian barulah didirikan sholat Nafilah. Tidak boleh didahulukan (sholat Nafilah) sebelum Zawal melainkan pada hari Jumaat. Dan ditambahkan Nafilah-nya empat rakaat, dua daripadanya untuk Zawal.
.
Nafilah Maghrib: Selepasnya berlalu mega merah senja (Maghrib) iaitu sekadar mendirikan sholat fardhu. Jika sampai waktunya itu tidak boleh dirikan Nafilah sepanjang tempoh itu, dan dimulakan dengan sholat fardhu dahulu.

Dua rakaat sambil duduk selepas Sholat ‘3isyaa’. Dan dipanjangkan waktunya di sepanjang waktu sholat fardhu dan sepatutnya membuat kedua-dua rakaatnya untuk nawafil terakhirnya (penutup)..

Sholat Malam: Selepas tengah malam. dan lebih afdhal hampir ke terbit fajar. Tidak boleh didirikan sebelum tengah malam, melainkan untuk musafir yang menghalang kepentingannya, atau kemudaannya (anak muda) yang menghalang dari kelembapan kepalanya (memberatkannya) dan menqadhakannya  adalah afdhal, penghujung waktu (Sholat Malam) adalah sebelum terbit fajar kedua. Apabila terbit (fajar) tidak terpakai lagi padanya, dan sekadar empat (rakaat) yang dimulakan dengan dua rakaat (nafilah) Shubuh sebelum sholat fardhu sehingga terbit mega (cahaya) kemerah-merahan di sebelah timur, dilaksanakan sholat fardhu. Jika telah terpakai sekadar empat (rakaat), sempurnakan dengan ringan walaupun telah terbit fajar. Dan waktu dua rakaat (nafilah) Shubuh selepas terbit fajar pertama. Dan dibolehkan sholat sebelumnya. Masanya lebih afdhal selepasnya disepanjang masa itu sehingga terbit mega (cahaya) merah, dan kemudian akan menjadi sholat fardu lebih utama.

Adalah dibolehkan mengqadhakan (ganti) lima Sholat Fardu di semua waktu, tetapi jangan menyempitkan Sholat Fardu semasa, dan juga sholat-sholat fardhu yang lain, dan dirikan sholat Nawafil (qadha) sebelum masuk waktu sholat fardhu, demikianlah yang ditetapkan.

Mengenai Hukum-hukum, pada masalah berkaitan:

Pertama: Jika anda mendapat keuzuran yang mencegah dari mendirikan sholat seperti hilang akal dan dalam haidh, dan telah melepasi waktu kadar suci dalam melaksanakan yang fardhu diwajibkan mengqadhakannya, dan digugurkan dari mengqadhakannya jika ia selain hal itu. walaupun masih terhalang tetapi jika sedar telah suci (sekadar) satu rakaat dari yang difardhukan dia mesti melakukannya dan dapat membawanya, dan jika ia sedar sebelum matahari terbenam atau sebelum Shubuh salah satu dari kedua-dua fardhu ia tidak perlu lagi, dan sekiranya dia telah suci (sekadar) lima rakaat sebelum matahari terbenam dia perlu (laksanakan) kedua-dua fardhu itu.

Kedua: Waktu secara sukarela bagi kanak-kanak, Apabila dia telah dewasa (baligh) yang tidak membatalkan tempoh suci dan baki waktunya disambung semula, walaupun masih ada waktu tanpa satu rakaat untuk mendirikan Nafilahnya, tidak (perlu) memperbaharui niat fardhunya.

Ketiga: Jika anda mempunyai cara untuk mengetahui waktu tidak dibenarkan untuknya bergantung kepada agakan, maka jika telah mengetahui dengan usaha keras (ijtihad), ia berpendapat kemungkinan besar telah masuk waktu sholat, maka nyatalah baginya rosaknya agakan sebelum masuk waktu itu kembali, walaupun waktu telah masuk adalah digunapakai, walaupun ia belum masuk lagi. Sekiranya bersholat sebelum waktu dengan sengaja, jahil atau lupa sholatnya adalah tidak sah.

Keempat: Bagi sholat-sholat fardhu harian susunannya bagi melaksanakan sholat qadha untuk satu hari, jika dimasukkan ke dalam sholat fardhu dan menyatakan yang ia untuk sebelumnya pada hari yang sama hanya dengan niat seberapa lama yang boleh dilaksanakan, dan hanya disambung semula susunannya. Bagi hari yang berlainan tidak diperlukan susunan dalam melaksanakan sholat qadha, dia boleh qadha sholat Shubuh pada hari tersebut sebelum qadha sholat Dzohor untuk hari sebelumnya.

Kelima: Tidak makruh Nawafil pada permulaan apabila matahari terbit, dan pada waktu matahari terbenam, apabila mendirikannya, selepas sholat Shubuh dan selepas sholat 3ashar.

Keenam: Jangan meninggalkan sholat Nawafil malam, ia mustahab didirikan dengan cepat walaupun pada waktu siang, dan tertinggal pada siang hari mustahab didirikan dengan cepat pada waktu malam, dan jangan ditunggu hingga ke siang hari.

Ketujuh: semua sholat afdhal didirikan pada awal waktu, melainkan sholat Maghrib dan 3isyak bagi mereka yang telah bertolak dari Arafah, maka mentakhirkannya (ditangguhkan) ke Muzdalifah adalah lebih utama, walaupun tiba pada seperempat malam. Dan (pada hari biasa) sholat 3isyak afdhal ditangguhkan sehingga hilang senja merah. Dan dianjur mentakhirkan sholat Dzohor dan 3ashar dan sempat menyempurnakan kedua Nafilahnya. Bagi wanita yang menghadapi Istihaadah (darah yang bukan haidh yang tidak menentu) boleh mentakhirkan sholat Dzohor dan Maghribi.

Kelapan: Jika disangkakan bahawa dia bersholat Dzohor tetapi sedang mengerjakan sholat 3ashar, kemudian dia teringat, dia hanya perlu mengubah niatnya, Jika dia tidak mengingatnya sehingga selesai dan dia juga telah sholat pada awal waktu Dzohor hendaklah ia kembali selepas itu mendirikan sholat Dzohor, tetapi jika dalam waktu kongsi atau bersama yang mana masih sah dan sempurnakanlah sholat Dzohor.


Pengenalan III: Arah Kiblat

Mengenai: Arah Kiblat, dan pada arah menghadap, apa yang diwajibkan, dan hukum-hukum mengikut masalah.
          
Pertama Kiblat.

Iaitu: Ka’bah berada di dalam masjid, dan masjid berada di Al-Haram (Mekah), dan Al-Haram adalah daerah di luar masjid. Menghadap Ka'bah adalah arah (kiblat) bukanlah binaannya, walaupun binaannya tidak kelihatan, sholat tetap menghadap ke arahnya, sebagaimana bersholat orang yang berdiri di tempat yang lebih tinggi daripadanya, walaupun dia terpaksa bersholat di suatu ruang menghadap pada mana-mana dinding dengan perasaan yang tidak menyenangkan kerana kewajipan. Begitu juga jika bersholat di permukaan yang paling menonjol yang ada di hadapannya ketika bersholat, dia tidak perlulah dia memperdulikannya sedikitpun. Begitu juga jika bersholat di hadapan pintu yang terbuka.

Walaupun barisan (shaf) makmum dalam masjid memanjang sehingga sebahagian daripada mereka terkeluar dari menghala Ka’bah yang membatalkan solat sebahagian daripada mereka itu. Dan orang-orang setiap daerah menghadap dan menghala ke penjuru (Rukun) sebagai arah mereka, Orang-orang Iraq ke (Rukun) Iraqi di mana terletaknya Al-Hajar (Aswad), penduduk Syam (Syria) menghadap ke arah Rukun Al-Syami, penduduk Maghribi ke menghadap ke arah Rukun Al-Maghrib, dan penduduk Yaman menghadap ke arah Rukun Yamani. Dan Kiblat penduduk Iraq terletak di antara selatan dan barat, jika tahu Al-Jiddiy (Jeddah) tahulah (arah) Utara dan tahu pula selatan, jika menghadap ke arah ke selatan maka Kiblatnya terletak di antara kanannya dan mukanya.

Kedua: Pada Menghadap.

Diwajibkan menghadap dalam sholat dengan mengetahui arah kiblat, jika ia jahil dan bergantung kepada tanda-tanda berguna untuk dibuat agakan. Jika anda berijtihad dan keputusan ijtihadnya (budi bicara) tidak khilaf maka beramal dengan agakan itu dianggap sah. Walaupun ia bukan cara untuk berijtihad, yang memberitahunya orang yang tidak beriman yang beramal dengan pengalaman agakan untuk mengesahkannya. Dan bergantung kepada arah Kiblat sesuatu negara jika dia tidak tahu ia telah membuat kesilapan. Sesiapa yang tidak mahir dalam berijtihad seperti orang buta yang mengharapkan orang lain. Ia mempunyai ilmu dan agakan dan jika ada banyak masa untuk mendirikan sholat satu per empat dari keperluan waktu itu, tetapi jika masa suntuk untuk mendirikan sholat tersebut dari masa yang diperuntukan yang diberikan padanya, maka yang sempat hanya satu solat untuk didirikan kepada arah yang tersedia.

Musafir diwajibkan ke atasnya menghadap kiblat, dan dia boleh sholat dari sholat-sholat fardhu sambil menunggang unta (di atas kenderaan) ketika dharurat (perlu) dan menghadap kiblat, jika ia tidak dapat menghadap kiblat di dalam sholatnya, dan menyimpang dari arah kiblat setiap kali tersasar oleh binatang atau kenderaan itu, dan ia tidak dapat menghadap kiblat pada takbiratul-Ihram, walaupun tidak dapat berbuat demikian masih sah sholatnya dengan tidak menghadap kiblat itu. Demikian juga terpaksa untuk sholat sambil berjalan kerana kekangan masa. Malah penumpang itu dapat melakukan rukuk dan sujud dan rukun-rukun sholat juga boleh dilaksanakannya sebagai pilihan di atas kenderaan (menunggang unta) itu.

Ketiga: Apa yang diwajibkan.

Diwajibkan menghadap kiblat dalam rukun-rukun -sholat sedapat mungkin, dan ketika menyembelih (haiwan), dan pada Si mati (mayat) apabila dibawa ke pengkebumiannya dan sholat ke atasnya. Bagi sholat Nawafil adalah lebih afdhal menghadap kiblat. Dibolehkan sholat di atas kenderaan atau secara hadir, Dan pada yang bukan arah kiblat sangat dimakruhkan ketika mendirikannya, melainkan ia berjaya menghadap kiblat, jika tidak ia terbatal.. Rukun menghadap kiblat digugurkan di setiap tempat yang tidak boleh (dicari) seperti mengejar (bersegera) sholat, dan apabila menyembelih haiwan ganas dan yang haiwan terjatuh (patah) kerana tidak boleh dihadapkan ke arah kiblat.

Keempat: Hukum-hukum mengikut masalah.
.
Masalah-masalahnya:

Pertama: Orang-orang buta disebabkan oleh terbatasnya segala bentuk ijtihad lain, ia bergantung kepada fikirannya dengan adanya petanda untuk mencari dan mendapatkan kesahihan, jika tidak, hendaklah dikerjakan semula.

Kedua: Jika anda bersholat ke arah yang salah sama ada oleh penguasaan agakan semata-mata atau kerana kesuntukan masa dan kemudian ternyata ia tersilap, jika ia hanya tersasar di antara kanan dan kiri dan tidak tentu arah kiblatnya, solatnya sah dan tidak perlu diulang pada waktu itu atau di luar waktu, dan jika akan mententukan arah kiblatnya dan terletak dalam waktu, tidak perlu diulang pada luar waktunya, sama ada jika kesalahan itu ditemui ketika sedang sholat maka dia membetulkan arahnya itu dan tidak perlu dikerjakan semula.

Ketiga: Jika anda berijtihad untuk solat dan kemudian masuk waktu lain, maka telah datang keraguan yang baharu, dan ia kembali berijtihad, dan hanya perlu dibuat berdasarkan yang pertama sahaja.






Tiada ulasan: