Soalan 543:
· Bagaimana mengatasi syak dan kurang yakin
· Hukum khums bagi harta anak
· Silaturrahim isteri dan anak-anak dan bapa
· Apakah Aali Mohammed berijtihad (berfstwa)
السلام عليكم
Salam
sejahtera .. saya menyampaikan mesej ini kepada Ahmad Al-Hassan
.
Soalan saya:
1. Apakah cara mengatasi syak dan kurang yakin walaupun terhadap
memperakui kepada dalil-dalil masalah Al-Wilayah, atau dengan makna yang lebih
luas untuk mengikuti jalan yang betul, semuanya adalah berdasarkan sangkaan
maka bagaimana mungkin mendapatkan keyakinan?
2. Apakah hukum bagi seorang gadis yang tidak dibayar khums
oleh bapanya. sementara dia tidak bekerja dan perbelanjaannya ditanggung oleh
ayahnya, Tetapi dia mempunyai banyak barangan yang digunakan yang ditinggalkan
dan lain-lain, yang sekali-kali tidak digunakan, adakah gugur bayaran khums
terhadapnya?
3. Adakah terputus tali persaudaraan (silaturrahim) jika diancam
pada seorang gadis yang menyambung silaturrahim dengan bapanya yang akan
menyebabkan kemarahan ibunya yang amat sangat, dia tidak bersetuju dengan hal
tersebut dan mengalami masalah dan menyebabkan bapanya sakit yang boleh menjadi
satu ancaman kepada hidupnya, iaitu jeritan ysng tidak tertanggung oleh
permasalahan?
4. Adakah tuan berfatwa dengan ijtihad tuan atau pendapat dari
Imam Mahdi?
5. Saya terbaca dalam perbualan antara seorang Kristian dengan
Ahmad Al-Hassan dari Imam Abi Ja'far bahawa setiap abad umat ini ada Rasul dari
keluarga Muhammad abad yang keluar kepada mereka ada Rasul, adakah semua abad
yang telah berlalu selepas keghaiban kubra Al-Qaim terdapat seorang Rasul?
Dihantar: Zahra - Arab Saudi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
dan salam pengiktirafan.
Jawapan 1: keyakinan adalah hasil dari keikhlasan kepada
Allah SWT, seorang hamba yang mengenal kebenaran dan jalan yang lurus dari Allah,
yang menjadikan dirinya saksi bagi orang yang mencari kesaksianNya SWT:
﴿قُلْ كَفَى بِاللّهِ
شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيراً بَصِيراً﴾
Katakanlah: "Cukuplah Allah
menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".[73 Al-Israa’17:96]
Jawapan 2: Bagi masalah sedemikian maka letakkan (ditetapkan)
untuknya suatu hari tertentu setiap tahun untuk kiraan bagi dirinya sendiri, dan
lebihan darinya pada hari tersebut dibayarkan khumsnya, sebagai contoh, jika
dia mempunyai wang pada hari tersebut untuk dibayar khums dan jika dia
mempunyai sesuatu yang tidak digunakan juga perlu dibayar khums.
Jawapan 3: menghormati (berbuat baik) kepada ibu bapa adalah wajib
dan juga tidak gugur dengan apa jua kemungkinan. ia wajib dipersetujui oleh
isteri dan anak-anak dan bapa. dan adapun hubungan silaturrahim keseluruhnya
sama ada wang atau kata-kata ia mustahab (sunat) dan tidak wajib..
Jawapan 4: Kami Aali Mohammed tidak berijtihad dalam urusan
agama. Semoga Allah menjayakan kamu. Bahkan itu adalah ilmu yang dikurnia Allah
kepada kami dan melebihkan kami dari seluruh penciptaanNya.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya
Ahmad
Al-Hassan
Rajab
Al-Ashab / 1431 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan