Bab
III: Sholat Gerhana (Al-Ayaat)
Dalam
Menyatakan: Sebab-sebab, Kaifiat, dan Hukumnya.
Yang pertama: Diwajibkan apabila
berlaku gerhana matahari (Kusuf) dan gerhana bulan (Khusuf), gempa bumi, dan juga
diwajibkan selain daripada itu seperti angin ribut yang gelap dan dari langit yang
menakutkan. Waktu Sholat Gerhana adalah dari mula terjadi gerhana hingga ia
berakhir, Jika gerhana tidak memenuhi ruangnya (betul-betul bertindih) ia tidak
diwajibkan dan begitu juga dengan rebut gelap dan yang menakutkan. Dan pada
gempa bumi diwajibkan walaupun tidak kekal lama menghadapinya, dan sholatlah dengan
niat tunai jika ia berhenti. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui gerhana
sehingga melepasi waktunya, tidak wajib diqadha’kan, melainkan cakera (bulatan)
betul-betul bertindih pada matahari (gerhana) keseluruhannya, dan selain dari
Sholat Gerhana tidak wajib diqadha’kan, tetapi jika tidak mengetahuinya kerana kecuaian
atau lupa wajib mengqadha’kan setiap satu darinya.
Kaifiat: ia adalah dengan
1. Tujuh
takbir (yang pertama Takbiratu l-Ihram dan diikuti dengan enam Takbiraat wajib),
2. Kemudian
baca "Al-Hamd" dan surah,
3. Kemudian
rukuk,
4. Kemudian
mengangkat kepalanya, hendaklah ia membaca "Al-Hamd" kali Kedua
sambung bacaan Surah dari tempat berhenti, bacaan Surah bersambung sehingga
lima kali mengikut tertib (susunan) ini,
5. Kemudian
rukuk dan sujud dua kali.
6. Kemudian
berdiri dan membaca "Al-Hamd" dan surah mengikut tertib (susunan) rakaat
pertama, sehingga ke sujud dua kali, membaca tasyahud, dan memberi salam.[✡✡✡]
Mustahab
(disunatkan):
Berjamaah, memanjangkan Sholat mengikut kadar masa gerhana, dan mengulangi Sholat
jika selesai sebelum berakhirnya (gerhana), dan kadar rukuknya adalah mengikut kadar
masa membacanya, dan hendaklah membaca surah yang panjang dengan mengikut kadar
masa berlakunya
(Al-Ayaat),
dan bertakbir setiap kali mengangkat [kepala] dari semua rukuk, kecuali
pada (bangkit dari rukuk) kelima dan kesepuluh barulah menyebut:
سمع الله لمن حمده
Sami3a Allahu Liman Hamidah
dengan
lima kali Qunut (bangkit dari rukuk ke 2, 4, 6, 8 dan 10).
Hukum
dan Masalahnya, tiga perkara:
Pertama: Apabila gerhana yang
berlaku pada waktu Sholat Fardhu adalah dibebaskan memilih untuk melaksanakan mana
satu di antara dua yang dikehendakinya, dengan pengecualian mana yang lebih
dahulu hadir diutamakan.
Kedua: Jika gerhana bertembung
(gerhana bulan) pada waktu Sholat Nafilah malam, maka Sholat Gerhana lebih
utama walaupun Sholat Nafilah akan berakhir waktunya, kemudian Sholat Nafilah harus
diqadha’kan.
Ketiga: Adalah dibenarkan melaksanakan
Sholat Gerhana di atas belakang binatang yang berjalan (sedang menunggangnya)
jika terpaksa berbuat demikian.
✡✡✡✡✡
_____________
[✡✡✡] penj - secara
ringkas
Rakaat Pertama
1. Tujuh
takbir
2. Bacaan
masa berdiri, dan ulangannya
i.
Baca Al-Hamd dan surah lalu Rukuk
ii.
Baca Al-Hamd dan sambung surah, Qunut
lalu Rukuk
iii.
Baca Al-Hamd dan sambung surah lalu Rukuk
iv.
Baca Al-Hamd dan sambung surah, Qunut
lalu Rukuk
v.
Baca Al-Hamd dan sambung surah lalu Rukuk
3. Bangkit
dari rukuk kelima Sami3a Allahu Liman Hamidah
4. Sujud
dua kali.
5.
Kemudian bangkit ke Rakaat Kedua
Rakaat Kedua
1. Bacaan Semasa
berdiri dan ulangannya
vi.
Baca Al-Hamd dan surah, Qunut lalu
Rukuk
vii.
Baca Al-Hamd dan sambung surah lalu Rukuk
viii.
Baca Al-Hamd dan sambung surah, Qunut
lalu Rukuk
ix.
Baca Al-Hamd dan sambung surah lalu Rukuk
x.
Baca Al-Hamd dan sambung surah, Qunut
lalu Rukuk
2. Bangkit
dari rukuk kesepuluh Sami3a Allahu Liman Hamidah
3. Sujud dua
kali.
4. Duduk Tasyahud,
Salam dan 3 Takbir penutup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan