Bab 2.8 Bukti Evolusi: Menggunakan Prinsip Umum Evolusi Kosmik Terhadap Kehidupan Di Muka Bumi
Menggunakan Prinsip Umum Evolusi Kosmik
Terhadap Kehidupan Di Muka Bumi
Di peringkat alam semesta secara
keseluruhannya, kita dapati, mengikut Teori Dentuman Besar (Big Bang), alam
semesta mempunyai permulaan yang ringkas, kemudian ia mula berkembang dan
menjadi semakin kompleks. Oleh itu, bilangan besar jirim, bintang,
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 89
planet dan galaksi adalah tunggal atau bermula
dari satu titik ketunggalan. InsyaAllah, kita akan membincangkan kemunculan
kehidupan ini dengan terperinci, dan kita akan melihat bahawa alam semesta ini
sedang berkembang berdasarkan pemerhatian astronomikal pada alam ini serta
menggunakan efek Doppler (Kesan Doppler atau Anjakan Doppler) padanya. Kita juga akan mendapati
kelajuan setiap galaksi bergerak dari satu sama lain semakin bertambah, dan planet
baru, bintang dan galaksi terbentuk berterusan. Oleh itu, alam semesta ini
sentiasa menggandakan dirinya, bertambah dan membesar pada kadar yang sangat
pantas. Disebabkan kehidupan di bumi adalah sebahagian dari alam ini, maka
tiada masalah jika kita menganggap ia turut ditadbir oleh prinsip evolusi
kosmik yang sama. Permulaannya sangat ringkas, kemudian semakin berganda dan
kompleksiti akan muncul dari permulaan ringkas ini.
Selain dari selari dengan sains, ia juga
selari dengan doktrin keagamaan yang benar berkenaan penciptaan dan bersesuaian
dengan kaedah Tuhan (sunnah Allah) yang tidak berubah. Ketujuh-tujuh langit,
dan potensi kewujudan (atau umumnya, kewujudan yang diciptakan) bermula dengan
pancaran permulaan yang ringkas. Kemudiannya, muncullah kepelbagaian dan
kompleksiti selepasnya. Semakin kita bergerak menjauhi sumber kewujudan (atau
dengan kata lain, semakin makrifat kita berkurangan), kita boleh melihat bahawa
objek yang wujud bertambah dan rumit (kompleks). Sebagai contoh: setiap kali
kita menjauhkan diri (dimensi kognitif) daripada sumber kewujudan, kita akan
mendapati makhluk membiak dan menjadi lebih kompleks dan percanggahan antara kewujudan
bertambah. Langit keenam mempunyai lebih banyak kompleksiti dari langit ketujuh
dan yang kelima lebih daripada yang keenam, dan seterusnya.
Selain itu, jika kita mengkaji alam (langit)
fizikal itu sendiri, kita akan dapati, menurut teori Dentuman Besar (Big Bang),
alam ini mempunyai permulaan yang ringkas, dan bergerak ke arah kompleksiti (rumit)
dan kepelbagaian. Jadi apakah masalahnya jika kehidupan di bumi turut ditadbir
oleh prinsip kosmik yang sama, atau apa yang kita sebut sebagai kaedah (sunnah)
ketuhanan yang tidak berubah. Malah, keperluan kepada kaedah Tuhan yang tidak
berubah menyatakan seperti itu. Oleh itu, ia mempunyai permulaan yang ringkas,
kemudian muncul kompleksiti dan kepelbagaian dari permulaan ringkas tersebut,
sama seperti kaedah Tuhan terhadap tujuh langit dan alam (langit) fizikal.
Ada juga orang yang mengatakan alam fizikal
bergerak ke arah keruntuhan dan kemusnahan, maka kehidupan di bumi pasti juga
sedemikian, kerana bumi terikat kepada perundangan kosmik yang sama. Dengan
pernyataan ini, mereka percaya dan membantah prisip evolusi, atau teori
evolusi.
Walaubagaimanapun ini adalah tidak benar dan
kenyataan keraguan yang tidak cerdik (naif). Walaupun jika kita mengandaikan
alam ini sedang bergerak ke arah kehancuran - walaupun hakikatnya ia masih muda
- ia tidak bermakna alam ini bermula sebagai kompleks dan pelbagai. Sebaliknya,
telah terbukti secara saintifik bahawa alam ini mempunyai permulaan yang
ringkas, dan kemudian Dentuman Besar terjadi. Kemudian kepelbagaian dan
kompleksiti terjadi secara beransur-ansur. Jadi walaupun kita mengandaikan
bahawa kehidupan di bumi bergerak ke arah keruntuhan dan kemusnahan, ia tidak
akan memberi kesan kepada kesahihan Teori Evolusi, kerana ia terjadi pada waktu
penghujung, serta sama sekali tidak bermaksud alam ini bermula sebagai pelbagai
dan kompleks dalam apa jua keadaan. Mungkin permulaannya boleh sahaja sangat
ringkas, dengan hanya satu sel sebagai contoh. Selepas itu, kepelbagaian dan kompleksiti
mula terjadi. Kepelbagaian dan kompleksiti ini kemudian akan bergerak ke arah
keruntuhan dan kehancuran seperti mana yang terjadi dalam kehidupan manusia.
Kehidupan yang bermula sebagai sel ringkas
dalam rahim seorang ibu, kemudian ia membiak dan menjadi semakin kompleks.
Manusia tumbuh dan membesar dan sampai ke masa
muda, kemudian menuju ke arah keruntuhan dan kemusnahan, menjadi tua dan mati.
Kita telah membincangkan hal ini dengan terperinci dalam bab pertama.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan