Adakah
Mutasi Genetik 100 Peratus Rambang?
Para penentang kita, atau sesiapa sahaja yang
menafikan kewujudan Tuhan, tidak dapat membuktikan dengan bukti yang konklusif,
bahawa mutasi genetik, atau perubahan berterusan dalam gen-gen yang menjadi
asas dalam evolusi, adalah sentiasa bersifat rambang pada perubahan atau
mutasinya. Pointnya adalah mereka menganggap ia sebagai rambang (rawak) kerana
ketidak-rambangnya masih tidak dibuktikan. Ini bermakna, kedua-dua kemungkinan
adalah masih munasabah dari segi saintifik. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa
mutasi ini adalah rambang atau tidak rambang, malah ia bersifat menuruti suatu
hukum dan sangat tersusun. Atau kita boleh katakan ia adalah gabungan antara
rambang dan tidak rambang dalam spektrum kemungkinan yang luas, yang dapat
dimungkinkan oleh rantaian asid amino.
Untuk menjadikan perkara ini lebih jelas, kita
mulakan dengan kebarangkalian yang sama untuk mutasi genetik itu menjadi
rambang atau tidak rambang.
Kita boleh mengatakan jumlah kebarangkalian
yang mungkin bagi mutasi genetik dalam alam semulajadi adalah sangat besar.
Malah kita boleh katakan ia adalah nombor yang tidak dapat dimuatkan ke dalam “umur kehidupan” di bumi ini. Malah, umur
alam semesta ini menjadi sangat kecil jika dibandingkan dengan kebarangkalian
tersebut.
Saya tidak merasakan perlu untuk saya ingatkan
berkenaan jumlah yang sangat besar dan astronomikal berkaitan gen, ada beberapa
darinya telah saya tunjukkan dalam bahagian berkaitan hemoglobin. Nombor yang
besar ini menjadikan mustahil untuk kita – kerana kita dihadkan oleh “umur” ini – untuk melihat susunan dan
ketidak-rambangan jika ia wujud. Ini kerana kita hanya akan mengetahui
kewujudan ketidak-rambangan di dalam mutasi atau perubahan genetik melalui
pengulangan sistematik mutasi, kerana pengulangan ini akan menunjukkan kepada
kita bahawa sistem ini tidak rambang. Sebuah tempoh masa yang besar akan
diperlukan untuk pengulangan sistematik ini berlaku, yang mana melebihi had
masa yang kita miliki, apatah lagi untuk ia berlaku dalam had masa yang kita
boleh perhatikan.
Jadi adalah mustahil untuk kita secara positif
menyimpulkan tanpa sebarang keraguan, bahawa mutasi genetik atau perubahan yang
menjadi prinsip evolusi, adalah tidak rambang, atau untuk menyimpulkannya
sebagai rambang seperti yang dilakukan oleh Dawkins, kerana membuktikan
kerambangan memerlukan kita menganalisa ruang masa besar yang diperlukan untuk
membuktikan ianya non-berulang atau non-rambang. Kewujudan sesetengah mutasi
rambang tidak memadai untuk mencapai kesimpulan ini. Oleh itu, kenyataan
Dawkins, ahli biologi dan ahli genetik yang lain bahawa wujud kerambangan
mutlak hanya sangkaan semata-mata tanpa dukungan bukti saintifik selain dari
kewujudan beberapa mutasi rambang yang terhasil dari pengeboman radiasi
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 205
ke atas DNA, sebagai contoh. Kewujudan mutasi
rambang ini tidak membuktikan semua mutasi genetik adalah rambang.
Untuk kita, dalam had masa kehidupan yang kita
ketahui, wujud ketidakpastian samada mutasi ini bersifat rambang atau
non-rambang, dan tidak ada sebab saintifik untuk kita lebih memilih kerambangan
sebagai lebih pasti. Ini kerana adalah mustahil dan tidak tepat bagi kita untuk
mengesahkan mutasi atau perubahan genetik sebagai rambang. Dakwaan bahawa
evolusi itu tidak mempunyai matlamat agung adalah berat sebelah serta
kekurangan bukti.
Kita boleh menyimpulkan secara positif bahawa
dakwaan evolusi tidak mempunyai matlamat telah terbukti sebagai kesimpulan yang
berat sebelah dan tidak membawa sebarang nilai saintifik sebenar. Ini kerana ia
hanya bersandarkan kepada hakikat bahawa ia adalah mustahil untuk dibuktikan
sebaliknya. Sebagai contoh, adakah logik untuk saya menyimpulkan Dr. Dawkins
sebagai seorang yang mengimani agama, hanya kerana saya tidak mempunyai bukti
yang mencukupi untuk membuktikan beliau adalah seorang ateis?!
Ini mungkin merupakan salah satu dari sebab
utama disebalik konflik antara kami dan Dawkins (dan saintis ateis yang lain),
kerana jika perubahan genetik, atau mutasi, telah terbukti sebagai tidak
rambang dan mengikuti suatu hukum, ini menunjukkan ia bermatlamat sekaligus
menunjukkan tuhan itu wujud, dan Dialah yang yang menulis hukum-hukum tersebut
demi mencapai suatu matlamat dengannya. Untuk mendakwa sebaliknya juga
memerlukan bukti. Dawkins mengabaikan perkara ini dengan berulang kali
mengatakan perubahan genetik atau mutasi genetik adalah rambang tanpa sebarang
bukti saintifik. Beliau menyatakan perkara ini kerana mahu menafikan kewujudan
Tuhan. Beliau membuat keputusan untuk menyimpulkan perubahan genetik atau
mutasi, adalah rambang secara mutlak berdasarkan mutasi rambang yang boleh
terjadi dalam meiosis untuk menghasilkan sel reproduktif, atau kerana kesalahan
replikasi atau pengeboman radiasi kosmik.
Oleh itu, penentuan samada perubahan genetik
atau mutasi adalah rambang atau tidak mesti dibuat secara luaran. Apa yang
wujud secara luaran, iaitu hasil dari evolusi yang kita ketahui atau dapat diperhatikan
menjadikan lebih mungkin bahawa mutasi atau perubahan genetik sentiasa terjadi
berdasarkan suatu hukum dan tidak rambang.
Pelan genetik yang pertama telah dihimpunkan
berdasarkan sebuah hukum yang membawa kepada sebuah sistem yang sempurna. Sistem
ini termasuklah hidupan; metabolisme; kebolehan untuk menghasilkan tenaga;
bergerak ke arah penambahbaikan; dan pecutan mutasi genetik semasa proses
peng-spesis-an, dan kemundurannya dalam tempoh masa yang berbeza. Hasilnya, ia
telah menghasilkan mesin kecerdikan. Oleh itu, adalah tidak boleh untuk kita
membuat kesimpulan bahawa pelan genetik tidak mempunyai pembuat hukum,
memandangkan ia bersifat mengikuti suatu hukum; tidak boleh kita sebutkan ia
tidak tersusun, memandangkan ia sangat tersusun;
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 206
atau tidak boleh untuk kita katakan ia tidak
mempunyai “penutur”,
memandangkan ia adalah sebuah bahasa yang difahami dan diterjemahkan kepada
protein-protein, sebagai contoh, oleh kilang-kilang kehidupan yang berada dalam
sel. Ini akan dibahaskan dalam masa terdekat.
Apa yang menarik
adalah semua molekul ini tersusun dengan corak yang lebih rumit berbanding
molekul-molekul benda tidak hidup, dan ketersusunan ini dilakukan dengan
mengikuti program-program, beberapa set arahan tentang bagaimana untuk
berkembang, yang dibawa oleh organisme di dalam diri mereka. Mungkin mereka
bergetar dan berdenyut dengan “kejengkelan” dan bersinar dengan kehangatan yang “bernyawa”, namun semua sifat ini muncul secara tidak sengaja. Apa yang
wujud di tengah-tengah setiap benda hidup bukanlah api, bukan juga nafas yang
hangat, bukan juga “percikan api kehidupan”. Apa yang wujud adalah maklumat,
perkataan-perkataan, arahan-arahan. Jika anda mahukan metafora, jangan fikirkan
api, percikan dan nafas. Sebaliknya, fikirkan tentang sebilion huruf-huruf
digital yang diskret, diukir pada tablet-tablet kristal. Jika anda mahu
memahami kehidupan, jangan fikirkan berkenaan gel-gel dan lendir-lendir yang
berwarna warni serta berdenyut, sebaliknya fikirkan tentang teknologi maklumat.[1].
___________________________
1. Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms
161
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan