Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 121
Usia Adam Menurut Teks Keagamaan Dan Usia
Fosil Manusia Menurut Fakta Sains
Usia Adam menurut teks keagamaan atau catatan
wujudnya Adam sebagai manusia yang hidup atas muka bumi adalah suatu perkiraan
yang mudah, jika dibandingkan dengan usia manusia yang menjadi fakta di sisi
sains. Menurut teks kitab Taurat contohnya menjadikan usia Adam atau manusia
atas muka bumise ini sekitar 6-7 ribu tahun sahaja.
1. Inilah daftar
keturunan Adam. Pada waktu manusia itu diciptakan oleh Allah, dibuat-Nyalah dia
menurut rupa Allah;
2. Laki-laki dan
perempuan diciptakan-Nya mereka. Ia memberkati mereka dan memberikan nama
"Manusia" kepada mereka, pada waktu mereka diciptakan.
3. Setelah Adam hidup
seratus tiga puluh tahun, ia memperanakkan seorang laki-laki menurut rupa dan
gambarnya, lalu memberi nama Set kepadanya.
4. Umur Adam, setelah
memperanakkan Set, delapan ratus tahun, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki
dan perempuan.
5. Jadi Adam mencapai
umur sembilan ratus tiga puluh tahun, lalu ia mati.
6. Setelah Set hidup
seratus lima tahun, ia memperanakkan Enos.
7. Dan Set masih
hidup delapan ratus tujuh tahun, setelah ia memperanakkan Enos, dan ia
memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
8.Jadi Set mencapai
umur sembilan ratus dua belas tahun, lalu ia mati.
9.Setelah Enos hidup
sembilan puluh tahun, ia memperanakkan Kenan.
10.Dan Enos masih
hidup delapan ratus lima belas tahun, setelah ia memperanakkan Kenan, dan ia
memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
11. Jadi Enos
mencapai umur sembilan ratus lima tahun, lalu ia mati.
12. Setelah Kenan
hidup tujuh puluh tahun, ia memperanakkan Mahalaleel.
13. Dan Kenan masih
hidup delapan ratus empat puluh tahun, setelah ia memperanakkan Mahalaleel, dan
ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
14. Jadi Kenan
mencapai umur sembilan ratus sepuluh tahun, lalu ia mati.
15. Setelah
Mahalaleel hidup enam puluh lima tahun, ia memperanakkan Yared.
16. Dan
Mahalaleel masih hidup delapan ratus tiga puluh tahun, setelah ia memperanakkan
Yared, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
17. Jadi Mahalaleel
mencapai umur delapan ratus sembilan puluh lima tahun, lalu ia mati.
18. Setelah Yared
hidup seratus enam puluh dua tahun, ia memperanakkan Henokh.
19. Dan Yared masih
hidup delapan ratus tahun, setelah ia memperanakkan Henokh, dan ia
memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
20. Jadi Yared
mencapai umur sembilan ratus enam puluh dua tahun, lalu ia mati.
21. Setelah Henokh
hidup enam puluh lima tahun, ia memperanakkan Metusalah.
22. Dan Henokh hidup
bergaul dengan Allah selama tiga ratus tahun lagi, setelah ia memperanakkan
Metusalah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
23. Jadi Henokh
mencapai umur tiga ratus enam puluh lima tahun.
24. Dan Henokh hidup
bergaul dengan Allah, lalu ia tidak ada lagi, sebab ia telah diangkat oleh
Allah.
25. Setelah Metusalah
hidup seratus delapan puluh tujuh tahun, ia memperanakkan Lamekh.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 122
26. Dan Metusalah
masih hidup tujuh ratus delapan puluh dua tahun, setelah ia memperanakkan
Lamekh, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
27. Jadi Metusalah
mencapai umur sembilan ratus enam puluh sembilan tahun, lalu ia mati
28. Setelah Lamekh
hidup seratus delapan puluh dua tahun, ia memperanakkan seorang anak laki-laki,
29. dan memberi nama
Nuh kepadanya, katanya: "Anak ini akan memberi kepada kita penghiburan
dalam pekerjaan kita yang penuh susah payah di tanah yang telah terkutuk oleh
TUHAN."
30. Dan Lamekh masih
hidup lima ratus sembilan puluh lima tahun, setelah ia memperanakkan Nuh, dan
ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.
31. Jadi Lamekh
mencapai umur tujuh ratus tujuh puluh tujuh tahun, lalu ia mati.
32. Setelah Nuh
berumur lima ratus tahun, ia memperanakkan Sem, Ham dan Yafet.[1] (Terjemahan
versi Al-Kitab Indonesia, Kitab Perjanjian Lama, Kejadian:
Mereka menafsirkan berdasarkan teks ini bahawa
usia manusia tidak melebihi 7 ribu tahun di atas muka bumi:
“Sesetengah orang
mendakwa catatan rekod fosil-fosil menetapkan bahawa wujud rangka manusia yang
usianya melebihi jutaan tahun, sedangkan umur manusia seperti apa yang
dijelaskan melalui jadual ini tidak melebihi 6-7 ribu tahun. Respon ini adalah
berdasarkan perkiraan matematik, yang menunjukkan penduduk dunia yang wujud
pada hari ini tidak mungkin adalah hasil dari perkembangan melebihi 6 ribu
tahun atas muka bumi ini. Sebagai contoh, setiap keluarga melahirkan sekitar 3
orang anak setelah ditolak bilangan yang meninggal dunia disebabkan kematian
semulajadi dan bencana alam semulajadi serta peperangan… Jikalau sejarah
manusia bermula jutaan tahun dahulu, maka jika diambilkira populasi umat
manusia sejak waktu itu, nescaya seribu kali keluasan bumi ini tidak akan cukup
untuk menampung kewujudan mereka. Barangkali kerangka yang wujud adalah
daripada haiwan mamal yang memiliki rupa bentuk manusia, tetapi tanpa ruh yang
ditiup oleh Allah.”[1]
Jadinya, Antonios Fikri sebagaimana yang
lainnya mengakui bahawa usia manusia atau Adam di atas muka bumi tidak melebihi
tempoh 6 ribu tahun. Adapun kaedah pengiraannya bagi menghitung penduduk bumi
adalah percubaan yang sungguh naif sekali kerana beliau tidak mengambil kira
banyak perkara yang mempunyai kaitan dengan reproduksi dan survival, seperti
kehidupan primitif dan sukar yang dilalui oleh manusia di Afrika atau sebelum
adanya pertanian. Kombinasi antara serangan penyakit, kewujudan hidupan liar
yang ganas serta kesukaran mendapatkan makanan sudah memadai untuk menghadkan
bilangan manusia pada sesetengah period sehingga mereka diancam kepupusan. Jika
manusia di Afrika berjaya menghalang seleksi alam ganas yang meletakkan mereka
di ambang kepupusan, nescaya saiz otak manusia tidak akan berevolusi sebagaimana
yang kita lihat hari ini dalam tempoh masa yang singkat di atas neraca masa evolusi.
_________________
[1] Perjanjian Lama Kejadian 5: 1-32
[2] Syarah Kitab Al-Muqaddas - Perjanjian Lama
- Al-Qus Antonios Fikri - Kejadian – 5.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 123
Riwayat-riwayat yang menceritakan tempoh
sejarah ini adalah amat sedikit, walaubagaimanapun ulama sunni juga telah
menetapkan tempoh usia manusia sejak Adam adalah sekitar 7 ribu tahun.
Sekarang telah ada maklumat di sisi kita
tentang usia manusia yang telah didedahkan secara saintifik yang boleh kita
perolehi berdasarkan penemuan fosil-fosil. Jika kita hadkan pengkajian kita
hanya kepada “Homo erectus” dan manusia berbadan tegak yang mempunyai bentuk
rupa seakan-akan manusia, berbadan tegak, tidak berbulu, tahu menggunakan api
dan alatan berburu, maka usia manusia pastinya berlanjutan sehingga ke hampir
jutaan tahun. Angka ini sudah pastinya tidak bersesuaian dengan usia Adam yang
dibentangkan oleh agama, walaupun jika kita berkali-kali menggandakannya.
Tambahan pula Homo erektus tidak menanam mayat-mayat mereka dan rupa bentuk
mereka adalah amat berbeza sekali dengan rupa bentuk manusia hari ini. Ini
sudah tentunya tidak bersesuaian dengan Adam dan anak keturunannya
(alaihimussalam) yang menurut teks Quran, Allah telah mengajarkan mereka supaya
menanam mayat:
﴿وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ
قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ
الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ *
لَئِن
بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ
لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّي
أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ *
إِنِّي
أُرِيدُ أَن تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ
النَّارِ ۚ وَذَٰلِكَ
جَزَاءُ الظَّالِمِينَ *
فَطَوَّعَتْ
لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ *
فَبَعَثَ
اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ
أَخِيهِ ۚ قَالَ
يَا وَيْلَتَىٰ أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ
سَوْءَةَ أَخِي ۖ فَأَصْبَحَ
مِنَ النَّادِمِينَ﴾
[Dan bacakanlah
kepada mereka kisah dua orang anak Adam yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu
ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban. Lalu diterima
korban salah seorang di antaranya dan tidak diterima dari yang lain. Berkata
(Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!” (Habil) menjawab: “Hanyasanya
Allah menerima dari orang-orang yang bertakwa. Demi sesungguhnya! Jika engkau
hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan
menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut
kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Sesungguhnya aku mahu
supaya engkau kembali dengan dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan
itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang
zalim.” Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya membunuh saudaranya, lalu dia
membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak mengorek-ngorek di bumi supaya
diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil)
berkata: “Wahai celakanya aku, alangkah lemah dan bodohnya aku, aku tidak tahu
berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbus mayat saudaraku?
Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.]
Hatta, walaupun jika kita menghadkan pengkajian
pada Homo sapiens atau manusia berakal, maka kita akan dapati angka terbaik
adalah 200 ribu tahun dahulu. Period tersebut tidak bersesuaian dengan umur
Adam AS menurut agama. Sedangkan menurut sains, Homo sapiens yang terperangkap
di Afrika selama hampir 100 ribu tahun tidak menimbus mayat-mayat mereka,
kerana bukti-bukti terkini menunjukkan Homo sapiens mula menimbus mayat-mayat
mereka setelah mereka berada di luar bumi Afrika sekitar 100 ribu tahun lalu,
iaitu kelompok yang barangkali dahulunya berhijrah ke Palestin dan pupus. Adam
dan para nabi tidak pernah mendiami Afrika dan mereka pula menanam mayat-mayat
mereka berdasarkan teks keagamaan.
Umumnya, mustahil untuk menganggap kita adalah
dari kelompok Homo erektus,
_________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surat Al-Ma’idah Ayat
27-31
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 124
berdasarkan sains kerana terdapat perbezaan
yang besar antara saiz otak dan keupayaan akal antara kita hari ini dan mereka,
sekaligus menjadikan Adam secara mutlak bukanlah daripada manusia Homo erektus.
Ini juga menafikan secara mutlak bahawa Adam AS wujud lebih lama dari zaman
kewujudan Homo sapiens atau 200 ribu tahun dahulu. Dan Homo sapiens ini
terbelenggu lebih 100 ribu tahun di bumi Afrika dan menjalani kehidupan yang
primitif, serta tidak menanam mayat-mayat mereka. Malah Homo sapiens ini juga
tidak melengkapi bentuk sempurna yang bertepatan dengan manusia moden,
melainkan sekitar 100 ribu tahun dahulu. Oleh itu, Adam AS yang disebutkan di
dalam teks keagamaan tidak mungkin dijumpai dalam bentuk jasad secara
saintifiknya melainkan setelah 100 ribu tahun sebelum masihi. Tetapi proses
keseluruhan evolusi manusia bermula sejak jutaan tahun dahulu. Pastinya, ini
bermakna Adam adalah seorang anak yang memiliki ibu bapa.
“The evolutionary
dividing line between Homo erectus and modern humans was not sharp.
It extended over several
hundred thousand years during the middle of the Pleistocene Epoch.
Adding to the
confusion about this important transitional period is the fact that some regions were ahead of others in the
process of evolving into our species.
The evolutionary changes
above the neck that would lead to modern humans may have begun in Southern Europe and East Africa 800,000 − 700,000
years ago.
Elsewhere in the Old
World, this change apparently began around 400,000 years ago or later.
The transition to our
species,Homo sapiens , was not complete until around 100,000 years ago and even later in some regions.”
"Garis
pemisah evolusi antara Homo erectus dan manusia moden tidak berapa jauh.
Ia
berlanjutan selama beberapa ratus ribu tahun semasa pertengahan Zaman Pleistosen.
Yang menambah
kekeliruan tentang tempoh peralihan yang penting ini ialah hakikat bahawa
sesetengah wilayah mendahului yang lain dalam proses berkembang menjadi spesies
kita.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 125
Perubahan evolusi di
atas leher yang akan membawa kepada manusia moden mungkin telah bermula di
Eropah Selatan dan Afrika Timur 800,000 - 700,000 tahun dahulu.
Di
tempat lain di Dunia Lama, perubahan ini nampaknya bermula sekitar 400,000
tahun yang lalu atau terkemudian.
Peralihan kepada
spesies kita, Homo sapiens, tidak lengkap sehingga sekitar 100,000 tahun yang
lalu dan bahkan kemudian di beberapa wilayah.[1]
_________________
1. Dennis O'Neill. Heidelbergensis (Homo heidelbergensis)
boleh didapati di
http://anthro.palomar.edu/homo2/mod_homo_1.htm
Profesor Dennis O'Neill, Profesor Antropologi
Emeritus AS, Jabatan Sains Tingkah Laku, Palomar, Kolej San Marcos, California.
http://anthro.palomar.edu/oneil/
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 126
Rajah 5 Evolusi Homo erectus, Homo heidelbergensis, Neanderthal, dan Homo sapiens,
sehingga ke manusia moden
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 127
Kajian sejarah Homo sapiens tentang Adam AS
yang mungkin bersesuaian dengan teks keagamaan hanya terhad kepada period
penghijrahan kelompok terpilih daripada benua Afrika ke Semenanjung Arab dan
period selepas itu sahaja, iaitu sejak sekitar 70 ribu tahun dahulu.
Manusia yang wujud di muka bumi hari ini
menurut analisis genetik, kesemuanya kembali kepada kelompok kecil penghijrah
pertama daripada Afrika ke selatan semenanjung Tanah Arab sejak lebih kurang 70
ribu tahun dahulu. Hanya beberapa kabilah Afrika sahaja yang dipercayai berasal
dari sekumpulan Homo sapiens yang terus tinggal di Afrika.
Sebahagian manusia berhijrah ke Asia dan
Eropah dalam 60 atau 40 ribu tahun dahulu. Mereka adalah kelompok-kelompok yang
berasal daripada keturunan kelompok penghijrah pertama daripada Afrika ke
Semenanjung Arab. Apa yang ingin kami katakan adalah: secara fizikalnya kesemua
manusia yang wujud di atas muka bumi pada hari ini adalah berasal daripada
keturunan Adam AS dari sudut keagamaan, melainkan sebahagian kabilah Afrika.
Adam adalah daripada zuriat keturunan kelompok penghijrah pertama daripada
Afrika dan Adam AS mestilah telah dilahirkan daripada kelompok penghijrah, pada
period selepas penghijrahan mereka ke Semenanjung Tanah Arab, yang kemudiannya
kelompok kecil ini pupus dan yang tinggal hanyalah Adam serta zuriat
keturunannya yang beranak pinak dan berhijrah ke serata dunia.
Kita boleh membayangkan banyak sebab saintifik
yang membawa kepada pupusnya kelompok-kelompok pertama di semenanjung Tanah
Arab ini, antara sebab yang khusus adalah ketidaksesuaian untuk menjalani
kehidupan, khususnya kesesuaian hidup hanya wujud di sebelah selatan
semenanjung yang mengandungi sumber air. Sumber-sumber mata air ini kemudiannya
telah dilimpahi air laut masin. Bererti Adam yang disebutkan di dalam teks
keagamaan dan fakta-fakta sains tidak mungkin wujud dengan cara mana sekalipun
sebelum 70 ribu tahun dahulu. Bahkan menurut sesetengah-setengah teks
keagamaan, Adam mestilah datang daripada keturunan kelompok penghijrah daripada
Afrika ke semenanjung Arab. Teks keagamaan ini menjelaskan bahawa kelompok
Afrika tersebut adalah daripada manusia Homo sapiens Afrika yang menunaikan
haji dua ribu tahun sebelum kedatangan Adam, bererti mereka adalah orang-orang
yang dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah menurut kadar keadaan,
keupayaan dan pengetahuan mereka.
Daripada Zurarah berkata: Aku bertanya kepada
Abu Abdillah AS:
"Semoga Allah menjadikan
aku tebusanmu, aku bertanyakan kamu tentang haji sejak 40 tahun, maka
jelaskanlah kepadaku". Lalu beliau menjawab: "Wahai Zurarah, telah
menunaikan haji ke rumah itu dua ribu tahun sebelum Adam, kamu ingin aku
menyelesaikan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 128
persoalannya dalam 40
tahun."[1]
Oleh itu, fakta sains dan teks ini menunjukkan
bahawa Adam telah dilahirkan menerusi orang-orang mukallaf (yakni yang
dipertanggungjawabkan dengan hukum agama) dari kalangan mereka yang berhijrah,
tetapi nafs (jiwa) mereka tidak berada di tingkatan Adam atau anak keturunannya.
Hattakan, sejarah Sumeria telah menjelaskan
sesetengah teks yang sampai kepada kita bahawa asal-usul orang-orang Sumeria
kembali kepada kelompok penghijrah daripada Afrika, ketikamana orang-orang
Sumeria ini menamakan pendahulu-pendahulu mereka sebagai berkepala hitam.
“Dan selepas Ann,
Wanlil, Anki, dan Ninkhrasaj orang yang berkepala hitam dicipta, tanamannya keluar
dengan banyaknya dari bumi.” [1]
Kita boleh fahami dari frasa ini bahawa warna
kulit nenek moyang mereka adalah gelap.
Oleh itu, Adam dahulunya adalah daripada zuriat keturunan mereka yang berhijrah
ini. Dia dan anak keturunannya telah menetap di Lembah Teluk, yang kemudiannya
berlaku perselisihan yang disebutkan di dalam teks keagamaan iaitu peristiwa
pembunuhan Habil dan pengusiran Qabil ke kawasan pergunungan iaitu bahagian
tinggi di lembah yang subur (kawasan teluk hari ini) atau barat daya Iran hari
ini. Kemudian kelompok yang terusir ini bertebaran di Asia dan Eropah, serta
seluruh pelusuk dunia. Sebahagian zuriat yang berada di lembah itu kemudiannya
mengikuti jejak langkah mereka pada masa yang lain dan menyatu dengan mereka.
Apabila berlaku banjir besar di lembah tersebut, maka kelompok kecil dari
kalangan orang-orang soleh yang menetap di lembah itu telah keluar dan
memulakan kehidupan baru di bahagian tengah dan selatan Iraq pada hari ini.
Ungkapan orang-orang Sumeria bahawa mereka
adalah baki tinggalan zuriat manusia dan ungkapan keagamaan yang sama
dengannya, bahawa mereka sahajalah manusia yang terselamat daripada banjir
besar bermaksud mereka sahajalah kelompok yang masih tinggal daripada anak
keturunan Habil dan Seth, serta orang-orang soleh daripada anak keturunan Adam.
Keturunan mereka ini tidak menyatu dengan keturunan Qabil dan orang-orang tidak
baik daripada zuriat keturunan Adam.
Sementara manusia lain yang tidak dapat dinisbahkan
kepada anak keturunan Adam dari sudut fizikal seperti sesetengah puak Afrika
yang asal-usulnya tidak kembali kepada kelompok yang berhijrah, mereka boleh
disebutkan sebagai keturunan Adam, dari sisi jiwa mereka, selepas kelahiran
Adam (as). Ini bermakna, pada peringkat tertentu, ketika di dalam rahim, jiwa-jiwa
mereka disambungkan dengan jiwa-jiwa yang diambil dari Adam (as) di alam Al-Zhar.
_________________
[1] Sumber (Al-Hurr Al-Amili - Wasa’il Al-Syi’ah) Kitab
Haji: Kitab Al-Hajj: Jilid 11, ms 12
[2] Sumber (Kreamer - daripada kepingan tablet
(tinggalan sejarah) Sumer): ms 253
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 129
Mereka menjadi keturunan Adam dari sisi jiwa
mereka yang dicipta di syurga atau di langit pertama.
Rajah 6: Ia menunjukkan peningkatan saiz rongga otak di kalangan keluarga Homo dan keturunannya sehinggalah Homo sapiens (manusia moden) dan menunjukkan bahawa trend umum evolusi telah bergerak ke arah meningkatkan saiz otak.[1]
_________________
1. Sumber:
Evolusi Membaca: Pembuktian. Projek kelas
untuk kursus ANT 131: Introduction to Evolution, Fall Semester 1998, 2001,
Dept. Antropologi, Universiti Syracuse. Tersedia di: http://readingevolution.com/hominid_evolution.html
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 130
_________________
1. Peta National Geographic setelah diubah suai.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan