Bagaimana Binatang Ternak Diturunkan?
﴿...........
وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ
أَزْوَاجٍ ۚ........﴾
“…Dia menurunkan untuk kamu binatang-binatang
ternak lapan pasang..” [1]
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah Allah
menurunkan bentuk idealsme mereka ke alam fizikal ini. Dari perspektif
keagamaan, ayat ini bermaksud proses evolusi sejak awal lagi ditadbir oleh
peraturan pelan genetik dan pada waktu lain, ia ditadbir oleh mutasinya yang
mematuhi peraturan. Menurut teks di atas, laluan, kemajuan dan matlamat evolusi
adalah ditadbir oleh peraturan yang menghasilkan bentuk yang dikehendaki oleh Allah.
Sesetengah riwayat menunjukkan anjing dicipta
dari air liur Iblis dan tanah liat lembab. Perkara ini sama sahaja dengan perkara
Adam. Ia tidak berkonflik dengan teori evolusi kerana apa yang dimaksudkan
bukanlah penciptaan jasad material anjing itu sendiri, ia adalah penciptaan
jiwanya, iaitu bentuk idealnya. Saya telah jelaskan perkara ini dalam buku
Al-Mutasyabihat. Tanah liat tersebut diambil dari bahagian pusat jasad Adam
yang diangkat, sebelum roh disambungkan ke jasad tersebut, dan sebelum jiwa
diciptakan darinya. Seperti yang telah saya jelaskan dalam buku tersebut, ini
menyebabkan anjing, sejenis haiwan pemangsa, menjadi haiwan yang sangat jinak
kepada manusia, setelah Adam (as) diturunkan ke bumi.
Umumnya ini adalah perkara ghaib, yang tidak
dapat dibuktikan melalui alam material ini, dan mempercayainya memerlukan
keimanan. Oleh itu, sesiapa yang mencari bukti berkenaan hal ini sebenarnya
sedang mencari kebenaran agama. Walaubagaimanapun, wujud beberapa persoalan
saintifik yang memberi isyarat kepada apa yang telah saya sebutkan, dan ia
mungkin lebih bermanfaat kepada orang yang beriman berbanding orang lain. Persoalan
yang selari dengan apa yang telah saya bentangkan adalah, secara saintifiknya,
anjing adalah haiwan paling lama berhabitat bersama manusia.
___________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Az-Zumar Ayat: 6
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 164
Manusia tidak menjinakkan anjing, seperti mana
yang telah mereka lakukan kepada haiwan lain. Sebaliknya, anjinglah yang
menjinakkan diri mereka sendiri, dengan kata lain, mereka mempunyai naluri untuk
mendambakan manusia. Generasi demi generasi, ia berevolusi untuk menjadi haiwan
yang jinak dan taat kepada manusia. Ringkasnya, teori pendomestikan anjing
menyebutkan bahawa pada awalnya, sekumpulan serigala telah terasing dan tinggal
berhampiran bahan buangan di sekitar komuniti manusia primitif ribuan tahun
yang lepas, kerana bahan buangan itu mengandungi lebihan makanan. Secara
normalnya, serigala yang mempunyai sifat keramahan akan menjadi lebih dekat
secara fizikal kepada manusia dan seterusnya mendapat lebih makanan dari
serigala lain yang bersifat takut kepada manusia. Lebih banyak makanan akan
menyebabkan lebih tinggi peluang untuk terus hidup dan mewariskan gen kepada
generasi seterusnya. Dengan cara ini, seleksi semulajadi menetapkan sifat
keramahan tersebut dan sifat akrab kepada manusia itu dalam keseluruhan
generasi, sehingga haiwan tersebut dijinakkan. Hari ini, kita menyebutnya
dengan nama anjing, dan dalam hal ini, ia menunjukkan kepada kebenaran yang
tidak terlihat.
“Behavioral biologist Raymond
Coppinger and Lorna Coppinger have taken Morey’s model of dog’s
self-domestication a step further , they envision the following scenario for dog
domestication.
First agriculture created human settlement, a way of living that contrasted with nomadic hunter gatherer life style.
In every human village, there will be discarded products such as bones, carcasses, grains, fruits as well as human waste.
the coppingers argue that this human dump site became the first niche for some wolves. these wolves would frequent the garbage dump to gain access to the new food source.
those wolves that were less frightened by human tended to be more successful in making living this way because they would waste less energy evading humans when they saw them approach. such wolves by definition were more tam , thereby leading to the early association of wolves and human , which ultimately led to the domestication of dogs”
Ahli biologi
behavioral (sifat / perangai / ciri) Raymond Coppinger dan Lorna Coppinger
telah membawa model pendomestikan kendiri anjing oleh Morey setepak ke hadapan.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 165
Mereka membayangkan
senario berikut bagi pendomestikan anjing.:
Pertama, pertanian
telah membangunkan penempatan manusia, sebuah cara hidup yang berbeza dengan
cara hidup nomad pemburu-pengumpul sebelumnya. Di setiap perkampungan manusia,
akan ada bahan buangan seperti tulang-temulang, bangkai, bijirin, buah-buahan
dan begitu juga bahan buangan manusia.
Pasangan Coppinger[1] menghujahkan bahawa kawasan buangan ini menjadi kawasan tumpuan untuk sesetengah kumpulan serigala. Kumpulan serigala ini akan kerap mengunjungi kawasan buangan ini untuk mendapatkan sumber makanan baru.
Serigala yang kurang
takut kepada manusia akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk
terus hidup dengan cara ini, kerana mereka akan membazirkan tenaga untuk
mengelakkan diri dari manusia apabila terlihat mereka. Serigala yang tidak
takut kepada manusia atau kita sebutkan sebagai lebih ramah, maka membawa
kepada perkenalan pertama antara serigala dan manusia, seterusnya menghasilkan
pendomestikan anjing.[2]
﴿يَا
بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ.....﴾
Firman Allah: {Wahai
anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup
aurat kamu dan pakaian perhiasan...}[3]
Menurunkan pakaian di dalam ayat di atas
bermaksud menurunkan bahan-bahan untuk menghasilkan pakaian tersebut iaitu
tumbuhan, haiwan atau unsur-unsur kimia. Semua bahan-bahan tersebut mungkin
tidak akan wujud di bumi, atau di alam fizikal ini jika bentuk ideal mereka
tidak diperturunkan kerana ia berada dalam bentuk tersebut di alam ini. Ia juga
boleh sahaja bermaksud menurunkan keupayaan dan ilmu yang membolehkan manusia
menghasilkan dan mencipta pakaian sehinggalah sampai kepada kemampuan
menghasilkan fabrik[4] dari teknologi nano.
Nota: Bible, atau Perjanjian Lama dan Baru,
dan kisah-kisah dalam Taurat khususnya adalah bercanggahan dengan teori
evolusi. Penciptaan Hawa dari rusuk Adam adalah salah satu contoh percanggahan
ini yang akan dibincangkan kemudian.
______________________________
[1] Prof. Ray Coppinger: Beliau ialah seorang profesor
biologi di Jabatan Sains Kognitif di Kolej Hampshire di Hampshire.
Massachusetts sehingga 2006, dan kini adalah Profesor
Emeritus di Universiti Boston
[2] Sumber (Wang, Dogs: Their Fossil Relatives and
Evolutionary History) daripada buku Dogs, Their Fossil Relatives and Their
Evolutionary History, dikarang oleh Xiaoming Wang.
[3] Al-Quran Surah Al-A’raf Ayat: 26
[4] Seperti beberapa fabrik yang tahan api
atau kurang dipengaruhi oleh suhu.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 166
Perkataan di dalamnya:
Kemudian TUHAN Allah
menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN
mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula
dengan daging. Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan,
lalu membawanya kepada lelaki itu.
Bagaimanapun, kami mempercayai Perjanjian Lama
telah menghadapi pengubahan. Atas sebab itu, sebarang percanggahan antara
literitur Perjanjian Lama dan teori evolusi sama sekali tidak menandakan Agama
Tuhan itu terbatal.
Sebelum✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan